Sejarah Alternatif Malaysia

Ruangan ini akan membincangkan berkenaan sejarah alternatif negara kita. Sejarah yang diinterpretasi semula hasil dari kajian semula para pengkaji sejarah yang berpengalaman. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia didedahkan dengan sejarah sebenar negara, jauh dari sejarah buku teks yang diwawarkan oleh UMNO dan BN serta penjajah Inggeris.

Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob
Tarmizi Mohd Jam
Wed | Sep 03, 08 | 4:39:11 am MYT

NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan ’50 Tahun
Kemerdekaan Negara’ tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan
yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku
dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan
‘Merdeka’ oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka
yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah?
Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU
ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan
kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD
JAM. Iklan

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen
melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya
untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.
Walhal faktanya palsu…

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat
dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang
sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan
semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan
pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba
menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu?
Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?

Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar
dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno
begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan
kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad
Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam
buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor
kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan
membakar api kemerdekaan.

Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor
kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu…

Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta
tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah.
Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat
bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka
mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!

Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan.
Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung
disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun,
selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy
dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad
Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan
Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui
oleh rakyat dan genarasi kini.

Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya,
orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan
keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam
penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin,
Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM,
PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah
pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah
ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu,
Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang
tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan.
Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang
boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang
atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin
yang awal?

Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari
pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah.
Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali
lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan
kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah,
dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi
penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah
ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang
tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan.
Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan
kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek.
Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat,
‘jenayah’ ini boleh dibetulkan?

Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan
sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai
teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan
secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang
yang bakal mentadbir negara.

Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu.
Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula
melaungkan kalimah merdeka kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika
itu.

Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku
Abdul Rahman?

Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu
dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim
Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea
kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura,
Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan
pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian
mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di
sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang
cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah
patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk
membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah
kemerdekaan Malaysia?

Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan
pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan
kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan
asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika
menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat
bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair
kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.

Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main.
Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya,
semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika
usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan
dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta
orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari
rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan
bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha
ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih
lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan
dilakukan oleh Umno.

2 Responses to “Sejarah Alternatif Malaysia”

  1. pejuang umno August 12, 2009 at 11:57 am #

    bodoh sombong punya pembangkang

  2. adam omar August 29, 2011 at 8:16 am #

    Sepatutnya usaha membuka sejarah yang sebenar sudah lama dibuat, walaubagaimana pun sekarang pun belum terlambat. Kta perlu sedarkan generasi baru kita siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan. Memang orang-orang UMNO dan penyokong-penyokong UMNO (bukan pemimpin UMNO, mnereka ini memanglah Opportunists) menyokong tanpa ada pengetahuan, menyokong membabi buta.Mereka tidak dapat mnembezakan yang mana hak dan yanag mana batil (paham ke dia orang tu apa yang dicakapkan ini??). Mereka adalah orang-orang yang masih belum merdeka keran membenarkan jiwa dan raga mereka di”kelentong” hidup-hidup oleh penyambung hayat Tuan-tuan Inggeris di Malaysia ini. Lihat lah komen pejuang umno tu, dari sini kita dapat lihat tahap pemikiran beliau, inilah kesan dan bahana menyokong tanpa ilmu dan maklumat. Sayang sekalikan? Sayang kerana yang semacam pejuang umno ini ada terlalu ramai dinegara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: