Benarkah Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali Pegawai Khas kepada Jamaluddin & Osman ?

4 Feb

Oleh Amin Iskandar@Black

Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

“orang-orang yang mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu bukanlah pegawai khas kepada kedua-dua exco tersebut. Kenyataan tersebut boleh dicabar kerana kedua-dua exco kerajaan negeri Perak tersebut tidak mempunyai sebarang kenyataan sendiri”

Semalam Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai khas kepada kedua-dua exco terbabit mengedarkan kenyataan kepada media tanpa kemunculan kedua-dua exco terbabit.

Saya menelefon teman terbabit untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini. Teman saya memberitahu bahawa informasi yang beliau terima adalah melalui salah seorang pegawai khas kepada exco yang lain di Perak.

Menurut teman saya lagi, Firdaus Saharuddin yang mendakwa dirinya adalah pegawai khas kepada Jamaluddin Mat Radzi adalah seorang kontraktor di Behrang dan merupakan ahli Umno disitu.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak menurut teman saya lagi.

Sejauh manakah kebenarannya?

Apakah Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali dihantar oleh Umno untuk membuat kenyataan bagi pihak Jamaluddin dan Osman?

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.

Advertisements

Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud , Speaker ada bukti – MB Perak

2 Feb

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

“Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

“Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

“Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut,” katanya.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu.

“Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.

Perak Masih Teguh Di Bawah Pakatan Rakyat

2 Feb

Tindakan Speaker yang mengumumkan perletakan jawatan dua orang exco PKR adalah tepat yang dengannya telah menyebabkan kedua-dua exco berkenaan dikeluarkan dari tempat persembunyian mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kedua-duanya menafikan telah menghantar surat perletakan jawatan tetapi kedua-duanya tidak menafikan pernah menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh selepas memenangi pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Semasa menandatangani surat tersebut pada 8 Mac lalu, sepastinya mereka penuh berkesadaran akan implikasinya, dan menerima risiko seandainya berpaling tadah.

Seperti sekeping cek kosong yang ditandatangi sekalipun tanpa tarikh, ia boleh ditunaikan di bank dengan pembawanya menulis tarikhnya bila masa cek itu perlu ditunaikan.

Sewaktu negara sedang sibuk menjejaki mereka, mereka berdua membisu, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, malah daripada kenyataan adik salah seorang dari mereka menyatakan abangnya telah keluar dari PKR. Ini diperkuatkan kenyataan Perdana Menteri yang mengiyakan kemungkinan kedua-dua mereka menyertai UMNO/BN.

Justeru apa selepas ini? Perak kusut? Oh tidak. Speaker pada bila-bila masa boleh menarik balik perisytiharannya apatah lagi jika perisytiharan rasmi belum dikemukakan kepada pihak SPR.

Kedua, tindakan kedua-dua exco PKR ini perlu di siasat dan diselidiki dengan teliti. Apakah sebenarnya yang telah berlaku. Tidak cukup untuk menerima alasan mereka menyatakan cuti sakit. Tidak mungkin satu perkara yang “kebetulan” dua-dua yang menghadapi tekanan pertuduhan rasuah tiba-tiba kedua-dua sakit pada hari yang sama dan pulih pada masa yang sama.

Ketiga, mereka perlu dilucutkan jawatan exco kerana gagal untuk melaporkan kepada Ketua Kerajaan, di dalam konteks ini, Menteri Besar Perak, terhdap kehilangan mereka. Surat cuti sakit tidak dihantar ke Menteri Besar tetapi dikatakan diletakkan di pejabatnya. Siapa mengajarnya berbuat begitu? Perlucutan jawatan exco tidak boleh dipertikaikan kerana ia hak mutlak kepimpinan PR dan sekali lagi di dalam konteks ini MB Perak yang mempunyai bidangkuasa itu.

Keempat, mereka perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat yang telah menyebabkan kekecohan ini sehingga memaksa Speaker mengumumkan perletakan jawatan mereka kerana tidak mungkin sesuatu kawasan terbiar kosong tanpa wakil rakyat apa tah lagi mereka gagal untuk menghubungi pimpinan PKR sewaktu “kehilangan” mereka.

Kelima, mereka perlu bertindak jujur dengan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku dan bukan mencipta helah sekadar menyatakan sakit. Apa yang nyata tindakan mereka yang berdiam diri sebelum ini benar-benar merupakan satu penyakit dan mereka perlu meminta maaf kepada rakyat sebelum mereka dihumbankan oleh rakyat sepertimana rakyat telah menghumbankan UMNO/BN sebelum ini!

Kuasa rakyat kuasa keramat!
Video akan menyusul

http://greenboc.blogspot.com

MARILAH KITA BERGANTUNG HARAP DENGAN ‘ALLAH

2 Feb

Membelah Minda.

“Dan janganlah kamu sembunyikan saksi, barang siapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang jahat hatinya”. – (Al Baqarah : 383)

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan “Tuhan kami ialah ‘Allah” kemudian teguh pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan “Jangan kamu merasa takut dan bersedih dan bergembiralah mereka dengan nikmat syurga yang telah dijanjikan ‘Allah kepada kamu”. – (Al fushshilat : 30)

“Maka ingatkanlah, kerana sesungguhnya memberi peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukimin”. – (Az – Zariat : 55)

‘Aku adalah mengikut prasangka baik hamba-Ku terhadap Aku. Aku bersamanya apabila ia menyebut Aku. Jika dia menyebut-Ku dalam diri-Ku. Jika menyebut-Ku di hadapan kumpulan orang ramai maka Aku akan menyebutkan di hadapan kumpulan orang ramai yang lebih baik darinya. Jika dia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkl, Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekatkan sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, aku datang kepadaya berlari’. – (Hadith Qudsi: al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

Kita Tangani Bersama; Berat Sama Dijinjing Ringan Bersama Dijunjung.

Sama-samalah kita panjat doa restu kepangkuan ‘Allah, agar ‘Allah yang menguasai kerajaan langit dan kerajaan bumi, mudah-mudahan kerja-kerja jahat lagi cemar dan kotor yang dirancang dan diprogremkan oleh musuh-musuh PR-PAS berzaman iaitu UMNO-BN untuk menghancur kerajaan PR Perak Darul Redzuan; agar ‘Allah kembali lipatkan balik rancangan kotor cemar dan jahat itu kepangkuan mereka sendiri agar mereka diporakperanda dan dihancurkan oleh ‘Allah mengikut kehendakNYA, Inshaallah.

Sesungguhnya penyokong dan seluroh umat Islam wajar wajar mendoakan keselamatan dan perlindungan serta mendirikan solat hajat untuk kerajaan PR Perak ini. Dengan matlamat memohon Rahman dan Rahim dan PerkasaNya untuk melindungi dan memulihara kerajaan PR – Pakatan Rakyat Perak Darul Redzuan agar ketika ini dan saah ini, diusahakan oleh musuh tradisinya untuk menghancurkan. Terutama diharapkan semua pimpinan utama PR khususnya di Negeri Perak PAS, PKR dan DAP now! Mixkan dengan penuh jujur iklas dikalangan pemimpin khususnya dan khasnya setiap individu ADUN PR PAS, PKR dan DAP wajib dengan jiwa yang besar istiqamah yang tinggi dan solid pergantungan dengan ‘Allah.

Ambillah iktibar serta pengajaran, ingatlah didalam keadaan dan suasana kritikal ini ‘Allah adalah hadapkan kita, maka kita menjadi kecil dan ego sombong pribadi wajar disingkirkan keluar dan buang jauh dari diri kita. Wajib semua usaha digembeling dilakukan sedayaupaya yang mampu, berdoa dan bertawakkal dengan ‘Allah itulah jalan keluar yang terbentang. Ingatlah! Disaat berdepan musibah dan kehancuran baik Adun PKR, DAP dan PAS selepas ini bina dan kawallah diri masing-masing disemua sudut dalam semua perkara agar tidak lagi singgung menyinggung selama semasa kita menguruskan kerajaan PR. Ingatlah PAS,DAP dan PKR kita saling lengkap dan melengkapi; saling perlu dan memerlukan untuk melengkapkan perjuangan hakiki rakyat dalam alat lengkap melengkapi.

Bukan bangga diatas banyaknya kerusi didalam DUN. Ingatlah banyak pun kalau tidak dilengkapkan oleh pelengkap yang lain pasti satu kerajaan tidak dapat ditegakkan. Apabila kerajaan ditegak jangan sombong aku banyak kerusi, maka aku!!!!Aku!!!! Aku!!!!!, detik ini semuanya kerdil dan mengharapkan pertolongan ‘Allah menerusi doa dan solat hajat, sebagai penganut Islam sejuta peratus saya mempercayai ini sekalipun ianya ghaib. Keiklasan dan kejujuran membantu rakyat Inshaallah pertolongan ‘Allah adalah dekat. Pertolongan ‘Allah adalah hampir dengan kita. Hanya jiwa yang besar, iman yang kental sahajalah mampu menghadapi berlawan dengan musibah atau kejahatan yang dirancang oleh UMNO-BN sejak 8 Mac 2008 lagi.

Kepada YAB Saudaraku Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang menjawat jawatan MB Perak yang sedang menghadapi ujian getir langsung, bersabarlah. Bersama-samalah anta Akhie YAB DS MB gabungkan tenaga langsung bersama-sama dengan Al Fadzil Ustaz Ahmad Awang, seluroh Adun PAS dan Adun PKR berugama Islam padukanlah senjata mukmin yang diajar Junjungan Muhammad Ibnu Abdullah Rasulallah, yang tidak ada hijab dan dinding antara kita dengan-Nya. Panjatlah doa langsung dan mengadulah kita dengan sesungguhnya kepangkuan ‘Allah sebagaimana doa di panjatkan oleh YAB MB Kelantan yang diaminkan sekelian penyokongnya, dan doa itu disambut dan diaminkan dilangit sana. ‘Allah sedang melihat kita dan hati dzamir kita, ‘Allah Maha mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. Yakinlah ‘Allah tidak meneruskan kita berdukalana, jalan lepas dan jalan keluar ada terbaik, Inshaallah.

Wahai diriku, isteriku dan anak-anakku kita mempunyai tugas berat dan tugas besar yang mampu kita bantu sahabat kita yang memerlukan pertolongan di Perak sana. Disana jembalang dan tangan belang sedang dan berusaha untuk mengigit dan mengugat kerajaan PR Perak dan lukanya telah dikesani. Doa kita adalah senjata supersonic yang tidak ada penghalang diantara dibumi meminta dengan pehak langit dan pintu langit dibuka. Inilah keluarga kita mampu dan berupaya dalam pertolongan langsung kehadzrat kerajaan PR Perak yang diterajui PAS.

Wahai seluroh umat Islam di Malaysia, Indonesia dan Nusantara bantulah dengan doa dan solat hajat agar Kerajaan PR Perak terus dilindungi dan ditegakkan oleh ‘Allah. Bangun di 2/3 malam adalah lebih mulia daripada selimut diatas katil tilam empuk untuk solah hajat dab berdoa. Bantuan dan pertolongan yang suci iklas sekalipun dengan 2 rakaat solat hajat dan sekumit baris doa yang suci kudus di 2/3 malam, ianya punyai nilai value besar disisi Allahtaala. Saya berseru bantu dan berdoalah untuk keselamatan dan tegak gagah kerajaan PR Perak Darul Redzuan.

Hebahan Perdana Menteri siang Tadi Tersasar

Saya mendengar dengan jelas pagi tadi di warta tv, disisi Menteri wilayah Persekutuan YB Datuk Zul Hasnan Rafeq iaitu YAB Perdana Menteri DS Abdullah Badawi, bila wartawan perempuan bertanya “Berapa ramai DS yang nak masuk UMNO dua ke tiga ke lima ke” menyambung kata PM kira-kira “Lima ka duabelas ka atau lima belas dan orang nak masuk UMNO kita terimalah, jangan kira dia dari mana-mana”. Ya! Dalam masa yang dekat mereka akan masuk UMNO dan perubahan akan berlaku”. Yakinnya PM DS Abdullah mengharapkan Adun PKR masuk UMNO-BN tumbanglah kerajaan PR Perak”.

Umno menerusi stail lanun bertindak mencolek yang diketuai dan dipepoluri (saya dikhabarkan bukan saya menuduh) oleh Ketua Perhubungan UMNO Perak yang baru dan Timbalan Ketua Perhubungan yang baru iaitu TPM DS Najib Tun Tazak berganding dengan YB Dr Zahid Hamidi. DS Najib akan gunakan segala ruang kejahatan dan penyelewengan untuk memusnahkan kerajaan PR Perak dengan mencolek 2 Adun/Exco Kerajaan PR PErak dari PKR dan MCA mencolek Adun/Timbalan Speaker. Semua kerja-kerja ini adalah untuk membalas dendam dan menuntut malu besar oleh Jenderal yang putus kaki kiri didalam peperangan konvensional PRK P.44 Permatang Pauh dan kaki kanan putus kudung didalam PRK P.36 Kuala Terengganu.

Dalam 2 peperangan langsung dalam PRK, TPM/MK DS Najib Tun Razak merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil BN dengan mencipta kejayaan besar dengan mencapai kekalahan besar berturut-turut yang memalukan dirinya secara pripadi dan turut sokongan keatasnya menurun seperti daun getah. Untuk menjulang nama dan sokongan kembali ahli UMNO kepada beliau maka beliau akan gunakan semua modium Kerajaan ditungganginya seperti menunggang diatas belakang babi dengan membabi buta serta buta tuli kerja-kerja dijalankan asalkan UMNO-BN kembali berkuasa di Perak sekalipun terpaksa DS Najib menggunakan askar upahan dan askar bantuan dikalangan SPRM, lanun, naga sekalipun pelacur tua di lorong-lorong, asalkan UMNO-BN kembali berkuasa. Usah kira lendir maupun hanyir lendat saja UMNO sudah tidak ada kamus dosa dan pahala.

Diatas keseronakkan Perdana Menteri, kita doakan ianya tidak menjadi kenyataan. Ianya kalau ‘Allah menghendakiNya pasti progrem rakus mereka berdepan dengan jalan kandas dan jalan buntu. Mudahan-mudahan dilangit sana melihat siapakah pembela dan pendusta dalam menangani rakyat Perak darul Redzuan sekaran.

Isnin: 6 Safar 1430 / 2 Februari 2009 – 8.40 pagi
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/02/marilah-kita-bergantung-harap-dengan.html

Dinukilkan oleh:
Ibn Abdullah Awab:
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

Kereta NISSAN SYLPHY Baru Siapa Ini ? Ada 3 Buah … Tunggu …..

31 Jan

NISSAN UNISEL?

UNISEL makin teruk dirosakkan PR?

31 Jan

Artikel ini ditulis oleh seorang Hamba Allah yang berkhidmat di UNISEL, sebelum dan selepas PR memerintah Selangor:-

ISU desakan menamatkan khidmat isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) menarik perhatian pegawai dan kakitangan universiti berkenaan.

Isu ini nampaknya lebih kepada kepentingan politik kumpulan pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya memperjuangkan hak anak Selangor sebaliknya cuba menyembunyikan impian sebenar.

Sejak kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih pentadbiran Unisel pelbagai peristiwa berlaku yang menyebabkan pegawai dan kakitangan Unisel berada dalam keadaan kebingungan dan terpinga-pinga.

Bermula dengan pemecatan bekas Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohd Razali AgusOgos lalu sehinggalah sekarang timbul pula isu Canselor mahu diberhentikan.

Sebagai kakitangan Unisel saya berhak untuk menyatakan perasaan dan isi hati warga Unisel berkaitan dengan beberapa isu yang melanda universiti sejak kebelakangan ini.
Kononnya prestasi kerja Dr Mohd Razali tidak memuaskan yang menjadi punca beliau dipecat adalah rekaan kerajaan negeri bersama beberapa pegawai kanan Unisel yang dianggap talam dua muka semata-mata.

Semasa kerajaaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri Selangor mereka jadi penyokong kuat tetapi berubah haluan apabila PR mengambil alih.
Ramai orang tidak tahu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr Rustam Abas turut disingkir bersama Dr Mohd Razali dalam tempoh yang sama dan beliau kini berkhidmat semula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Kenyataan prestasi Dr Mohd Razali tidak memuaskan masih disebut dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor, baru-baru ini. Sebenarnya dakwaan itu tidak benar kerana dalam tempoh 10 bulan Dr Mohd Razali berkhidmat, mahasiswa Unisel bertambah sebanyak 5,000 termasuk pelajar luar negara yang dating dari Indonesia, Yemen, Arab Saudi dan Afrika.

Kehadiran ramai pelajar Indonesia adalah hasil usaha dan perjanjian persafahaman (MoU) yang dibuat antara Dr Mohd Razali dengan lebih 50 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Indonesia sebelum ini.

Perkara ini boleh berlaku kerana kebanyakan Kepala Kantor IPTS berkenaan adalah bekas anak muridnya di peringkat PhD ketika beliau bertugas di Universiti Malaya (UM) sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Profesor di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial.

Pengalamannya melawat ke luar negara ketika berada di UM menyebabkan beliau mempunyai jaringan pendidikan di negara Arab dan Afrika sehingga berjaya menarik pelajar baru ke Unisel.

Sejak Dr Mohd Razali diberhentikan, jumlah kemasukan pelajar baru ke Unisel semakin merosot dan pelbagai masalah dalam wujud tanpa diketahui orang luar.

Difahamkan Menteri Besar tidak berpuas hati dengan Dr Mohd Razali yang kononya menghantar surat kepada Menteri Pengajian Tinggi yang berasa kurang selesa berada di bawah pentadbiran PR menjadi punca utama beliau dipecat.

Perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel pada akhir Julai lalu. Atas alasan itu Ahli Lembaga Pengarah Unisel bersetuju memberhentikan Dr Mohd Razali kerana kononnya beliau sendiri tidak berminat bekerja di bawah kerajaan negeri yang baru.

Tan Sri Abdul Khalid juga sebenarnya menyimpan perasaan marah kepada Dr Mohd Razali kerana terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang kononnya Dr Mohd Razali menyumbang kepada kekalahannya dalam pilihanraya kecil Ijok 2007.
Dr Mohd Razali dikatakan membawa mahasiswa UM berkempen di Ijok bagi mengalahkan Abdul Khalid yang merupakan calon PR ketika itu. Secara kebetulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo tidak mengesahkan jawatan Dr Mohd Razali selepas enam bulan berkhidmat di Unisel kerana tersalah mendengar nasihat pegawai kanannya yang “diposkan” ke universiti berkenaan.

Selepas peristiwa pemecatan itu timbul suara daripada salah seorang anak Selangor yang mahukan anak Selangor menduduki kerusi baru Naib Canselort Unisel. Kakitangan Unisel menganggap tindakan itu tidak bijak kerana kedua-dua anak Selangor (Mohd Razali dan Rustam) yang pernah diberi peluang dikatakan kurang berkemampuan.

Perlu diingat 70 peratus pelajar di Unisel adalah daripada luar negeri Selangor dan anak Selangor di universiti berkenaan hanya 30 peratus atau 5,000 daripada 15,000.

Kalau nak harapkan kutipan yuran daripada anak Selangor , Unisel ini boleh ditutup bila-bila masa. Tambahan pula 95 peratus pelajar Unisel menerima bantuan pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipelopori kerajaan Persekutuan.

Setidak-tidaknya kehadiran Rosmah boleh mempertahankan institusi ini daripada ranap pada bila-bila masa. Unisel tidak boleh berkembang sekiranya kerajaan Persekutuan mengarahkan PTPTN mengurangkan pembiayaan kepada pelajar IPTS termasuk Unisel.

Kami berharap pemuda PR bertindak rasional dan tidak berlagak bodoh sombong yang boleh merugikan anak negeri Selangor sendiri. Jangan bermegah kerana kerajaan negeri sekarang dipimpin PR yang Menteri Besarnya seorang bekas tokoh korporat yang digilap sendiri kerajaan BN.

Perlu diingat bahawa Tan Sri Abdul Khalid sekarang jaga Selangor State dan bukan lagi jaga Guthrie Estate. Skop pemimkirannya sebagai Menteri Besar mesti luas kerana ia membabitkan ramai manusia yang berada di luar PR, termasuk golongan bijak pandai di Unisel.

Sebenarnya kerajaan PR mengambil alih Unisel dalam keadaan baik, sudah terbina indah dan tidak lagi memerlukan suntikan kewangan daripada kerajaan negeri. Kini Unisel pula terpaksa membayar elaun Ahli Lembaga Pengarah beribu ringgit setiap kali mesyuarat hasil daripada kutipan yuran anak orang kampung yang miskin.

Sepatutnya kerajaan PR sediakan peruntukan khas dalam belanjawan tahunan kerajaan negeri Selangor untuk Unisel tetapi ia tidak berlaku. Sehingga kini Unisel diterajui seorang pemangku Naib Canselor yang juga seorang Profesor bersara daripada UiTM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pe;lajar (HEP) dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Inovasi masih belum dilantik sebagaimana dijanjikan. Pemangku Naib Canselor yang mentadbir sendirian dengan Pendaftar tidak berpengalaman menyebabkan banyak program gagal berjalan dengan baik.

Arah tuju kakitangan sentiasa kabur di samping menunggu janji Mnteri Besar melantik Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor dalam tempoh terdekat. Dengar khabar nak lantik sebelum hariraya Aidilfitri tetapi selepas Deepavali pun ia masih tidak berlaku. Alasannya sukar mencari pengganti berkelayakan dalam masa terdekat sedangkan terlalu banyak Profesor berpengalaman di negara ini.

Sebenarnya dia mungkin nak cari mana-mana professor kangkung yang boleh menyokong cita-cita kerajaan PR di Selangor.

Sehubungan itu kami berharap pemuda PR tidak usah timbulkan banyak isu di Unisel ini sebaliknya desak Menteri Besar segera selesaikan kemelut universiti berkenaan yang sudah berlanjutan beberapa bulan.

Kebanyakan kami orang bijak pandai terlatih dan pemuda PR tidak perlu ajar bekerja serta menentukan arah tuju Unisel. Hasrat mereka nak menaikkan Dr Syed Husin Ali sebagai Canselor Unisel menggantikan Rosmah patut difikir berkali-kali terutamanya faktor usia dan sumbangannya kepada negara.

Apa jasa dan kecemerlangan Syed Husin sepanjang menjadi Profesor di UM selain dekan fakulti sebelum masuk politik? Dalam politik dan pendidikan dia tidak pula menyerlah sebagaimana professor Shamsul Amri Baharudin dan Profesor Ahmad Attory. Setiap kali bertanding dalam pilihanraya dia kalah dan tidak pernah menjadi wakil rakyat yang dianggap berjasa besar.

Sungguhpun tidak mempunyai PhD, Rosmah adalah seorang sarjana dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang wajar dipertahankan kedudukannya di Unisel.

Kalau mahu diambil kira, beberapa Sultan yang tidak punya PhD dan gelaran Professor juga tidak layak menjadi Canselor universiti awam. Tapi kita lantik juga atas dasar menghormati dan mementingkan kepentingan institusi berkenaan. Canselor mestilah dianggap mampu menyumbang secara berkesan kepada institusi ilmu.

Kesimpualannya, tindakan pemuda PR lebih kepada mahu mencapai kepentingan politik dan sentiasa membohogi rakyat yang cerdik dan pandai di negara ini.

Golongan seperti tidak patut diberi sokongan. Kerana mereka sendiri pun tidak berpendidikan tinggi. Jangan menghalalkan yang haram dan jangan pula mengharamkan yang halal semata-mata mahu mengisi perut.

Isu Arak Di Selangor: Sudah Terlaksanakah Undang-undang…

28 Nov

Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN

Teman memetik sepenuhnya satu tulisan yang disiarkan oleh Portal Komuniti ukhwah.com bertajuk Syarat penjualan arak di Malaysia yg dilupakan.

Dalam dok sibuk2 Tony Phua nak keluarkan DAP dari Pakatan Rakyat Selangor kununnya atas alasan PAS secara paksa cuba mengimplimentasikan pengharaman penjualan arak di Selangor, dia lupa akan syarat2 penjualan arak yang telah sedia ada di negara kita.

Teman bukan apa…tak payah pergi jauhlah…sudah terpenuhkah segala syarat oleh berpuluh mungkin beratus kedai di Ampang ni yang membolehkan mereka menjual arak?

Kalu jalan2 atau lalu di Ampang Waterfront tu cuba tengok kedai KK Supermart yang beroperasi macam 711 tu. Barang runcit sikit aje tapi belakang…nuh penuh macam2..

Begitu juga di Kosas. Nun kedai jual ubat cina (singseh) tu…ubatnya sikit yang lain barang runcit dengan arak sekali….ada lesen ke tu? Kat situ aje dah 3 buah kedai seumpama itu.

Setahu teman kalu nak jual arak mesti iklankan kat paper dulu…bukan apa..kalu ada apa2 objection dari masyarakat setempat atau apa…ada syarat2 lain yang perlu dipenuhi dulu. PBT tak kan boleh senang2 bagi kelulusan.

711 jangan ceritalah. Yang kerja jadi macai budak melayu semua. Orang Islam kerja jual arak…baguslah tu…ehhmm pandai.

Kalu gi Mont Kiara umpamanya jangan ceritalah…anak2 melayu serve arak ni biasa. Macam di hotel2 di Langkawi…KL…Hmmm…Hard Rock Cafe apa kurangnya…dengo cerita taukenye…? Malas nak cerita..cari sendirilah ye…Wallahu ‘alam.

Teman ada experience beli susu anak sekali di kedai singseh ni…anak dara (melayu) yang mungkin dah tak de dara lah kot dok beli arak….Guano? Terang2 yob. Hancus…

Jadi tu lah…Tony Phua dok bantah macam nak rak tu apa ke hei.? You are outdated lah budak…Afterall Shah Alam tu teman ingat lebih 80% melayu dan muslim penduduknya.

Teman petik beberapa komen pengunjung blog YB Khalid Samad mengenai isu ini…

djambu said…
di thailand, minuman keras dijual lepas waktu pejabat sahaja. dan di waktu malam, xdibenarkan minum di khalayak umum.di UK, membawa botol/tin beer yang terbuka di dalam pengangkutan awam telah diharamkan.di paris, minuman keras xboleh diminum semasa piknik di sekitar menara eiffel.kita org islam sepatutnya lebih baik lagi 🙂
November 26, 2008 7:32 PM

Mr. Smith said…
In America, there is no way a teenager can buy a bottle of bear/liquor from any store unless he produces an I/D to prove he is above 21 years of age.Do the same here instead of banning the sale of liquor altogether.If someone wants to drink, he will go out of his way to get it. It does not want, then he will shun it even though it is offered to him free of charge.PAS should pay attention to more important issues affecting the country instead of wasting time on trifles and non-issues.
November 26, 2008 7:48 PM

Anonymous said…
well well well mr smith. you must be very alien to how malaysians do business. let me tell you… traders here (esp the chinese) would sell alcohol (and perhaps P/ganja) even to a 5 year old kid as long as they get money. your american law will not work here. the best thing to do is to limit access to alcohol… why 7 eleven has to sell alcohol in muslim majority malaysia? if you want alcohol, go to designated wine shop or madam kwan!
November 26, 2008 11:18 PM

CHIA, Chin Yau said…
Salam YB,As a Chinese, I do agree to exercise some control over alcohol or even gambling.The most affected group is not the malay teens, instead the non-muslim are affected the most.Ban may be way, but, isn’t it good to look at how others implement similar measures, and we sit down and pick the best for ourselves?
November 27, 2008 12:14 AM

Wawa said…
When i went to A1Gp at Sepang last weekend, beers (carlsberg) was sold openly.I doubt the need of selling alcohol drinks at places like that, and it was during daylight. Not night.I believe alcohol are bad for Muslims and non-muslims.So where are we heading to with this issue?
November 27, 2008 9:22 AM

Anonymous said…
salam..Alhamdulillah. ini lah yg saya mahukan. usaha dari Pas.kenapa arak perlu diharamkan.1.arak adalah satu benda yg merosakkan. satu article dlm readers digest mengatakan bahawa arak ie alkohol tidak membawa apa2 kebaikan utk kesihatan. 2. tiada kematian akibat ‘memerlukan arak’.saya setuju pengharaman total dilakukan. 1.sebelum olimpik, utk mengurangkan bilangan sampah yg dibuang, supermarket di beijing meletakkan harga utk setiap bag plastik yg diberikan. ttp usaha itu gagal. akhirnya mereka mengharamkan terus pemberian bag plastik. hasil- berkesan.2.korea membuat undang2 supaya pengguna mengasingkan sampah mengikut jenis. sekiranya tidak, pbt mereka tidak akan mengutip sampah mereka. mereka berjaya mengubah mentaliti rakyat mereka.
November 27, 2008 10:18 AM

faridshah said…
Salam YB,Sewajarnya komen-komen ringkas di sini dikongsikan bersama rakan-rakan non-muslim terutama dari DAP dan PKR. Pengawalan yang akan dilaksanakan BUKAN penghapusan seluruhnya. Penjelasan perlu disebarkan secara meluas terutama di media.Tetapi awas dengan sikap sesetengah pihak media yang sering memutar belitkan fakta dan kenyataan.Sekian.Salam Perjuangan..
November 27, 2008 12:48 PM

abu razeen said…
klu tak silap dah ada undang2 larang org Islam beli dan minum alkohol.kuatkuasakan seluruh s’ngor.premis yg engkar, tarik lesen premis sbb khabarnya lesen niaga arak bawah federal.dlm hal org Islam, non muslim jgn campur.klu non muslim nak juga hadkan jualan arak kpd remaja non muslim, itu perkara lain yg boleh dibincangkan dm pakatan.jadi tak perlu media nak sensasikan isu ini.
November 27, 2008 2:04 PM

Diver.Miskin said…
Salam,Di Australia, alkohol tidak dijual di kedai serbaneka 24 jam spt di sini… hanya kedai2 yg dilesenkan shj yg dibenarkan… jika negara barat pon bleh buat.. kita sebagai negara majoriti umat islam, sepatutnya lebih dari itu…bukan kita mintak ia diharamkan terus… tetapi dikawal penjualannya… bukan aper… sesetengan kedai runcit or restoran nie, cuma mementingkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial.. maka perlulah satu kawalan yg sistematik…
November 27, 2008 5:21 PM

Ini artikel penuh yang teman petik dari ukhwah.com untuk sama2 PBT dan ahli politik PR membaca dan melaksanakannya…

hanzaalah menulis “Antara syarat-syarat penjualan arak yang ditetapkan oleh kerajaan melalui lesen Eksais/Bia ialah MENYEDIAKAN PAPAN TANDA YANG SERAGAM DAN PAPAN TANDA LARANGAN “ARAK ADALAH HARAM BAGI ORANG ISLAM”.

Adakah kita dapati papantanda tersebut terpampang di Pasaraya Giant, 7-11 serta mana-mana pasaraya yang giat mempromosikan jualan arak sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina?

Kebebasan agama ialah bukan Islam bebas makan dan minum apa yang mereka mahu, tetapi sensitiviti umat Islam hendaklah dijaga.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia sudah tidak sensitif lagi atau jahil mengenai perundangan sivil yang sedia ada?

Lesen Eksais/Bia ialah lesen penjualan Minuman Keras atau Liquor sama ada sebagai Pemborong, Peruncit, Pengedar ataupun terlibat secara jualan terus mengikut Akta Kastam Diraja.

Jenis-Jenis Lesen Eksais/Bia :

(i) Jualan Runcit – jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis
(ii) Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit
(iii) Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi.
(iv) Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja
(v) Pemborong – jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis setiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan:
a. Lagenda – nama premis
b. Menyimpan buku-buku rekod pembelian minuman dan penjualannya.
c . Pemegang lesen hendaklah membenarkanPegawai Kastam/Ahli-ahli Lembaga masuk ke premis untuk mengadakan pemeriksaan pada bila-bila masa.

Pihak Yang Mengeluarkan Lesen Eksais/Bia ialah Pihak Berkuasa Tempatan seperti , Pejabat Daerah dan Tanah , adalah dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan dan mengeluarkan Lesen Eksais kepada mereka-mereka yang telah diluluskan permohonan oleh Ahli Lembaga Pelesenan Bia terdiri daripada:
Pegawai Daerah -Pengerusi Sekurang-kurangnya 4 ahli yang dilantik -bukan kakitangan Kerajaan.

Kesemua ahli-ahli Lembaga yang dipilih tidak boleh terlibat dengan kegiatan penjualan Liqour dan perlantikan mereka adalah diatas kelulusan MMK dan diwartakan bagi menjalani tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun. Mana-mana ahli Lembaga yang tidak hadir ke Mesyuarat sebayak dua (2) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah boleh dilucutkan jawatannya sebagai ahli Lembaga berkenaan.

Selain daripada ahli-ahli yang dilantik, lain-lain pegawai atau wakil dari agensi kerajaan adalah terdiri daripada:
a. Pegawai Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja MajlisDaerah
b. Pegawai Polis Diraja Malaysia
c. Pegawai Kesihatan Daerah
d. Pihak Berkuasa Majlis Daerah

Syarat-syarat untuk Memohon Lesen Eksais?
1. Menjaga kebersihan premis dan store dalam keadaan bersih dan memuaskan, tidak sempit, gelap, dan sesak.
2. Menyediakan papan tanda yang seragam dan papan tanda larangan “Arak adalah Haram bagi Orang Islam”
3. Mengasingkan arak (Bia) daripada barang-barang makanan lain.
4. Mengikut peraturan-peraturan Eksais (PenjualanLiqour yang memabukkan) tahun 1977.

A. Masa Perniagaan (Peraturan 5,6 dan 12)
i. Lesen Borong : 7.00 pagi – 9.00 malam
ii. Lesen Runcit : 7.00 pagi – 9.00 malam
iii. Lesen Rumah Awam :
Kelas I : 10.00 pagi – 12.00 malam
Kelas II : 10.00 pagi – 10.00 malam
Kelas III : 10.00 pagi – 9.00 malam

B. Peraturan 7A -Liqour tidak boleh dijual kepadaorang yang berumur di bawah 18 tahun.

C. Peraturan 8, 17 -Hendaklah menyimpan Buku Rekod dan Akaun

D. Peraturan 14 -Kedai hendaklah sentiasa bersih dan mempunyai tandas lelaki dan perempuan.

Lanjutan Sementara Waktu-waktu buka :- Rumah Awam RM 30.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam Rumah Bir RM 15.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/11/isu-arak-di-selangor-sudah.html