Archive | Datuk Seri Anwar Ibrahim RSS feed for this section

Benarkah Unisel Dakwa Datuk Seri Anwar Campurtangan Urusan Dalaman IPT Selangor?

22 Sep

Kemelut UNISEL nampaknya masih berpanjangan. Walaupun telah 6 bulan kerajaan PR mentadbir negeri, masalah IPT Selangor itu nampaknya belum selesai.

Isu terbaru, Penasihat UNISEL merangkap Ahli Lembaga Pengarah PIYSB yang baru dilantik oleh YAB Menteri Besar , Dato’ Dr. Mohamed Ariffin bin Hj. Aton pula menimbulkan kontroversi. Khabarnya ia berlaku dalam satu majlis berbuka puasa dan temuduga 3 orang bakal TNC UNISEL di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 16 September 2008. Beliau yang mempengerusikan majlis bersama dengan bakal2 TNC UNISEL telah mengungkap kata-kata sinis bahawa ramai yang campurtangan dalam urusan UNISEL termasuk pengerusi PR , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah cuba campurtangan dalam urusan UNISEL. Sekiranya ini benar, ia jelas satu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan PR di Selangor.

Persoalannya disini :

Salahkah jika DSAI campurtangan ? Itupun jika betul DSAI campurtangan.

Tidak layakkah beliau untuk campurtangan ?

Mengapa setelah 6 bulan PR mentadbir negeri, masalah politik dalaman UNISEL masih tidak selesai?

Siapakah Dato’ Dr. Mohamed Ariffin Aton?

Mengapakah Tan Sri Khalid masih membiarkan kroni-kroni mantan MB bermaharajalela di UNISEL?

Mengapakah tokoh-tokoh akademia PR dipinggir dan tidak dilantik menerajui UNISEL?

Persoalan-persoalan tersebut perlu dijawab oleh MB Selangor. Tidak sepatutnya seorang wakil MB mempersoalkan wibawa DSAI. DSAI sendiri, selain pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri (pernah juga memangku jawatan PM), merupakan mantan Presiden UIAM dan mantan Menteri Pelajaran. Beliau juga terlibat dalam UNESCO serta menjadi Fellow di sebuah IPT  (Stanford) di Amerika Syarikat. Malahan, manifesto PRU-12 PKR sendiri memerlukan beliau mengambil berat dalam bidang pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, memang wajar DSAI campurtangan sekiranya beliau mahukan kerana keadaan UNISEL sekarang dilihat agak huru-hara.

YAB Tan Sri Menteri Besar sepatutnya peka dengan isu-isu berbangkit di UNISEL sejak memegang tampuk pentadbiran Selangor. Tan Sri Khalid tidak sepatutnya bersikap lepas tangan. Ini bukan masalah kecil. Telah timbul rasa kurang senang rakan-rakan PR di dalam PAS dan DAP. Beri peluang juga kepada mereka memberikan pendapat. Apa salahnya tokoh-tokoh akademia PAS dan DAP yang tidak kurang hebatnya diajak untuk turut sama-sama menyumbang kepada kegemilangan UNISEL?

Mungkin saranan Tan Sri bahawa jangan politikkan UNISEL. Namun, Tan Sri harus ingat bahawa memang UNISEL lahir dari politik. Cuma jangan jadikan UNISEL tempat mengaut untung politikus-politikus serta pendokong mereka yang tidak ambil pusing betapa besarnya amanah ALLAH kepada mereka. Begitu mudah mereka menggadaikan pendidikan untuk tujuan kekayaan dunia.

Kesemua mantan NC UNISEL adalah lantikan politik. Jangan bercakap ibarat ahli korporat. Pendidikan adalah amanah, Ia juga perlu menjadi asas untuk memperkukuhkan PR di Selangor. Inilah masanya membuktikan keupayaan PR dalam bidang pendidikan. Ini juga masanya untuk menunjukkan contoh kepada kerajaan pusat bahawa PR juga wibawa dalam mendokong pendidikan tinggi. UNISEL bukan sahaja universiti negeri pertama seperti yang diwawarkan. Ia juga universiti bukan BN pertama.

Adalah menjadi harapan agar YAB Tan Sri dapat memilih tokoh-tokoh yang tidak mencabar DSAI dan mempunyai aspirasi Pakatan Rakyat. Ingatlah bahawa ALLAH memenangkan PKR dengan DSAI sebagai pemangkinnya. Tidak ada maknanya jika PR mentadbir Selangor tetapi pentadbiran dikuasai oleh orang terdahulu. Mana mungkin mantan MB masih mempunyai akses dalam maklumat negeri jika tidak disalurkan oleh orang-orangnya yang masih di dalam pentadbiran.

Ingatlah, rakyat marhaen sedang menilai prestasi PR di Selangor. Rakyat sedang memerhati. Rakyat juga akan menghakimi. Rakyat Hakim Negara.

Advertisements

Imbasan P44 di Lokasi DSAI Mengundi

26 Aug
PDRM

PDRM Polis mengawal warga PRBN

DSAI Tiba

DSAI Tiba

Panas

Panas

FRU

Lokasi

Lokasi

FRU
Tempat DSAI Mengundi

Tempat DSAI Mengundi

Bilik Panas PR

Bilik Panas PR

Anwar dibogel, diperiksa alat sulit

18 Jul

kemaskini 5:56pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur apa yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arahan doktor)”.

“Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua,” kata Anwar di sidang media di kediamannya di Bukit Segambut petang ini.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

“Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada,” katanya.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

“Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?” katanya.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau – yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 – masih ada dalam simpanan polis.

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

“Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan,” kata Anwar.

“Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi,” katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Sebelum dibawa ke HKL, tambahnya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Namun, sekembalinya daripada HKL, pengawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira mengatakan bahawa beliau perlu memberi keterangan lanjut pada pagi ini.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 07Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis menahannya semalam untuk merakam percakapannya dan dibebaskan menjelang 10 pagi tadi.

Tokoh utama pembangkang itu disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat olehnya.

Tambah Anwar, beliau terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

“Saudara tahu lokap apa? Lokap penjenayah besar di Malaysia. Betul, pegawai (polis) layan dengan cukup baik, menyentuh saya pun tidak. Tetapi saya diletakkan berbaring di atas simen sepanjang malam dengan kedudukan (sakit) pinggang saya diketahui,” jelas Anwar.

Jelasnya lagi, hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau mengalami sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.

Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.

Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.

“Saya tidak pertikaikan layanan (baik) pegawai polis di semua peringkat (jawatan) semasa saya di IPK Kuala Lumpur. Memang saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Pertama, sebab saya tidak dipukul dan sewaktu memberikan keterangan, saya memberikan kerjasama penuh,” katanya.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 08Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab “diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)”.

“Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?” katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

“Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda,” katanya.

Mengulas kaedah penangkapannya semalam, Anwar berkata: “Saya kesal kerana polis bertindak begitu. Terutama kenyataan (pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Bakri (Mohd Zinin) yang mengingatkan saya gaya dan lagak ketua polis negara pada 1998, Tan Sri Rahim Noor.

“(Beliau) cakap dengan angkuh dan tidak benar, umpamanya mengatakan saya enggan untuk ke balai polis.”

Anwar turut berterima kasih kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bersedia menjamin keselamatannya sepanjang dalam jagaan polis.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa beliau dibebaskan atas pertolongan perdana menteri.

“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak harus masuk (lokap) kalau pelaksanaanya profesional,” kata Anwar.

Selain kehadiran lebih kurang 50 wartawan dan jurugambar, kira-kira 200 penyokong turut berkumpul di perkarangan rumahnya.

Beberapa tokoh pembangkang yang hadir di situ termasuklah setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

http://www.malaysiakini.com

Jadual Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim 18-26 Julai

18 Jul

18 – 26 Julai 2008

1) Tarikh: 18hb. Julai 2008 (Jumaat)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Melaka

9.00 pm – Ceramah di Batu 5 1/2, Cheng

10.30 pm – Ceramah Perdana di Dataran Hamas, Jasin

Untuk Dihubungi:
En. Konoel Hashim (Cheng)
Tel: 012-2572262
Mahani (Jasin)
Tel: 012-9721559

2) Tarikh: 19hb. Julai 2008 (Sabtu)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Pahang

9.00 pm – Ceramah Perdana di Kampung Razali Kuantan
Untuk Dihubungi:
En. Zakaria
Perhubungan Negeri Kuatan
PKR Kuantan
Tel: 019-2340997
En.Hasanin
Tel: 016-9221803

3) Tarikh: 20hb. Julai 2008 (Ahad)
Program Lawatan DSAI ke Negeri Johor

10.00 pm – Ceramah Perdana di Parit Raja, Batu Pahat

Untuk Dihubungi:
En.Anuar Bin Ali
Setiausaha Perhubungan Negeri
PKR Johor
Tel: 019-7221424

Tahniah DSAI – Komen Awal KPPR

15 Jul

Debat Tentang Minyak anjuran Agenda Daily pada malam ini (15 Julai) yang disiarkan oleh beberapa stesen tv begitu menarik dan membuka mata rakyat Malaysia.

Ini komen warga KPPR di Taping :
“Debat Saberi merapu, melencong, tak bersandar fakta, menyerang peribadi. Alhamdulillah DSAI bijak dan menggunakan sebaik-baik masa yang singkat untuk mengupas fakta dengan jelas dan meyakinkan”

Secara keseluruhan Debat tersebut menunjukkan kewibawaan DSAI dalam penjelasan yang berfakta berkenaan isu tersebut. Nyata apa yang cuba diwawarkan oleh Menteri penerangan dengan dibantu mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (kini NC UUM) tidak berjaya. Hasil dari kekecewaan, beliau telah menyerang dari sudut peribadi … Namun, semua itu dapat ditangkis oleh DSAI dengan penuh hikmah, tanpa menyerang balas peribadi lawan (bekas orang kuat Semangat 46). Jelas mantan pensyarah Jabatan Dialog Peradaban itu gagal meyakinkan pendengar kerana kerap kembali kepada serangan 1974 dan 1990. Hujah DSAI penuh dengan fakta, angka yang meyakinkan dan jalan penyelesaian yang logik dan masuk akal.

jadi … FAKTA lawan AUTA … nilailah sendiri. KPPR akan membawa isu debat ini sedikit masa lagi.