Hab Pendidikan di Negeri Selangor

11 Nov

SHAH ALAM, 27 Okt – Universiti Madinah bakal menjadi kampus utama kepada rakyat Selangor dalam bidang pendidikan, sama ada pengajian jarak jauh, sepenuh masa atau menyambung pengajian ke luar negara.

Menurutnya, dengan adanya universiti seperti ini akan memberi maanfaat kepada rakyat tempatan, luar negara, seperti OIC untuk belajar di Universiti Madinah, sekali gus menjadikan Selangor hab pendidikan utama di negara ini.

“Kerajaan Selangor sedang membangunkan pusat pendidikan ulung di negara ini, contohnya Universiti Madinah yang beroperasi di Plaza Masalam, Shah Alam,” kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Dr Halimah berkata, Madinah International University sudah beroperasi selama beberapa tahun di Plaza Masalam dan mahu mengembangkan universiti mereka supaya menjadi ‘main campus versual’.”

Di samping itu ibu bapa dari negara Arab sendiri berminat menghantar anak mereka ke Malaysia selepas peristiwa 11 September 2001, di mana perasaan islamfobia yang dibangkit Barat, menjadi halangan kepada anak mereka untuk belajar di sana.

Kaedah sistem pendidikan yang baik dan terjamin menjadikan ibu bapa dari negara Arab datang ke Malaysia untuk melanjut pelajaran di sini.

Tambah Dr Halimah lagi, Lembah Klang sudah sesak ‘option’ di hala ke Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Ini dapat membangunkan prasarana yang lebih baik di kawasan itu.

Universiti Industri Selangor atau UNISEL kampus utama terletak di Bestari Jaya, Kuala Selangor menghubungkan dengan universiti-universiti yang berprestij di seluruh dunia seperti di UK, Universiti Syria, Universiti Cambridge dan Universiti Manchester.

“Lembah Klang penuh dengan IPTA, untuk itu pilihan yang ada ialah arah Kuala Selangor dan Hulu Selangor, yang mana kawasan tersebut juga mempunyai prasarana yang lengkap,” kata Ahli Dewan Undangan (Adun) Selat Klang itu.

Unisel menjadi pemangkin hab pendidikan di Kuala Selangor.

Menurut Dr Halimah, kerajaan negeri sedang meningkatkan mutu pendidikan lama dan baru ke arah pendidikan yang lebih holistik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: