Kes Kelas Ramai Sangat di IPT Milik Selangor

19 Aug

Ingin kami menyampaikan aduan dari beberapa ibubapa yang mempunyai
anak-anak yang belajar UNISEL. Isunya adalah berkenaan masalah
penumpuan pmbelajaran beberapa subjek terutama subjek -subjek yang
ramai pelajarnya.

Kami mendapat makluman bahawa ada kuliah yang satu sesi hingga lebih
500 orang pelajar dan diajar di dalam dewan besar. Seorang bapa dari
KL meaklumkan anaknya mengambil subjek pengajian malaysia di dalam
dewan yang memuatkan lebih 500 pelajar untuk 3 jam. Bayangkan pelajar
baru masuk dan di peringkat diploma belajar dalam situasi sebegini.
Tentu sukar. Ini ditambah dengan kelas terpaksa dibatalkan beberapa
kali keran dewan terpaksa digunakan. Sudah 7 minggu kelas berlangsung,
kuliah hanya berlangsung 4 kali kerana dibatalkan kerana dewan itu
digunakan. Kelas ganti sukar diadakan kerana pelajar datang dari
pelbagai fakulti dan berbeza jadual. Ini sudah tentu mengganggu
tumpuan dan pemahaman subjek itu yang merupakan subjek wajib. Para
pensyarah dikatakan tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka memberitahu ia
adalah arahan dekan fakulti subjek tersebut.

Mohon pemantauan dari Exco Selangor yang berkaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: