Bekas Timbalan Naib Canselor Unisel ditahan

14 Mar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kerana disyaki menggunakan dokumen palsu bagi melanjutkan kontraknya.

Beliau yang berumur 55 tahun ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Syukri Abdul berkata, bekas Timbalan Naib Canselor itu menggunakan dokumen palsu tersebut tahun lepas.

“Beliau tamat kontrak sebagai Timbalan Naib Canselor di universiti terbabit pada 2007, bagaimanapun menggunakan dokumen palsu untuk menyambung perkhidmatannya dalam jawatan yang sama pada 2008.

“Sekarang beliau bertugas di sebuah universiti awam di Lembah Klang dan akan dituduh Isnin depan di Mahkamah Klang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. BERNAMA

2 Responses to “Bekas Timbalan Naib Canselor Unisel ditahan”

  1. jasri aliah March 16, 2009 at 7:16 am #

    yahoo…. puas setelah memburukkan tindakan kerajaan pakatan rakyat kononnya tidak berlaku adil dan nepotisme terhadap orang senior di unisel, akhirnya terbukti segala tohmahan dan fitnah itu benar belaka. hari ini, 16 mac, bekas tnc unisel yang memalsukan dokumen penyambungan kontraknya dihadapkan ke mahkamah. jelas. dia baluci umno! fitnah yang benar. quo vadis umno.

  2. joe April 10, 2009 at 2:10 pm #

    seronok nampak? seronok makan ketupat ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: