UNISEL makin teruk dirosakkan PR?

31 Jan

Artikel ini ditulis oleh seorang Hamba Allah yang berkhidmat di UNISEL, sebelum dan selepas PR memerintah Selangor:-

ISU desakan menamatkan khidmat isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) menarik perhatian pegawai dan kakitangan universiti berkenaan.

Isu ini nampaknya lebih kepada kepentingan politik kumpulan pemuda Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya memperjuangkan hak anak Selangor sebaliknya cuba menyembunyikan impian sebenar.

Sejak kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih pentadbiran Unisel pelbagai peristiwa berlaku yang menyebabkan pegawai dan kakitangan Unisel berada dalam keadaan kebingungan dan terpinga-pinga.

Bermula dengan pemecatan bekas Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohd Razali AgusOgos lalu sehinggalah sekarang timbul pula isu Canselor mahu diberhentikan.

Sebagai kakitangan Unisel saya berhak untuk menyatakan perasaan dan isi hati warga Unisel berkaitan dengan beberapa isu yang melanda universiti sejak kebelakangan ini.
Kononnya prestasi kerja Dr Mohd Razali tidak memuaskan yang menjadi punca beliau dipecat adalah rekaan kerajaan negeri bersama beberapa pegawai kanan Unisel yang dianggap talam dua muka semata-mata.

Semasa kerajaaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri Selangor mereka jadi penyokong kuat tetapi berubah haluan apabila PR mengambil alih.
Ramai orang tidak tahu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Profesor Dr Rustam Abas turut disingkir bersama Dr Mohd Razali dalam tempoh yang sama dan beliau kini berkhidmat semula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Kenyataan prestasi Dr Mohd Razali tidak memuaskan masih disebut dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor, baru-baru ini. Sebenarnya dakwaan itu tidak benar kerana dalam tempoh 10 bulan Dr Mohd Razali berkhidmat, mahasiswa Unisel bertambah sebanyak 5,000 termasuk pelajar luar negara yang dating dari Indonesia, Yemen, Arab Saudi dan Afrika.

Kehadiran ramai pelajar Indonesia adalah hasil usaha dan perjanjian persafahaman (MoU) yang dibuat antara Dr Mohd Razali dengan lebih 50 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Indonesia sebelum ini.

Perkara ini boleh berlaku kerana kebanyakan Kepala Kantor IPTS berkenaan adalah bekas anak muridnya di peringkat PhD ketika beliau bertugas di Universiti Malaya (UM) sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Profesor di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial.

Pengalamannya melawat ke luar negara ketika berada di UM menyebabkan beliau mempunyai jaringan pendidikan di negara Arab dan Afrika sehingga berjaya menarik pelajar baru ke Unisel.

Sejak Dr Mohd Razali diberhentikan, jumlah kemasukan pelajar baru ke Unisel semakin merosot dan pelbagai masalah dalam wujud tanpa diketahui orang luar.

Difahamkan Menteri Besar tidak berpuas hati dengan Dr Mohd Razali yang kononya menghantar surat kepada Menteri Pengajian Tinggi yang berasa kurang selesa berada di bawah pentadbiran PR menjadi punca utama beliau dipecat.

Perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel pada akhir Julai lalu. Atas alasan itu Ahli Lembaga Pengarah Unisel bersetuju memberhentikan Dr Mohd Razali kerana kononnya beliau sendiri tidak berminat bekerja di bawah kerajaan negeri yang baru.

Tan Sri Abdul Khalid juga sebenarnya menyimpan perasaan marah kepada Dr Mohd Razali kerana terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang kononnya Dr Mohd Razali menyumbang kepada kekalahannya dalam pilihanraya kecil Ijok 2007.
Dr Mohd Razali dikatakan membawa mahasiswa UM berkempen di Ijok bagi mengalahkan Abdul Khalid yang merupakan calon PR ketika itu. Secara kebetulan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo tidak mengesahkan jawatan Dr Mohd Razali selepas enam bulan berkhidmat di Unisel kerana tersalah mendengar nasihat pegawai kanannya yang “diposkan” ke universiti berkenaan.

Selepas peristiwa pemecatan itu timbul suara daripada salah seorang anak Selangor yang mahukan anak Selangor menduduki kerusi baru Naib Canselort Unisel. Kakitangan Unisel menganggap tindakan itu tidak bijak kerana kedua-dua anak Selangor (Mohd Razali dan Rustam) yang pernah diberi peluang dikatakan kurang berkemampuan.

Perlu diingat 70 peratus pelajar di Unisel adalah daripada luar negeri Selangor dan anak Selangor di universiti berkenaan hanya 30 peratus atau 5,000 daripada 15,000.

Kalau nak harapkan kutipan yuran daripada anak Selangor , Unisel ini boleh ditutup bila-bila masa. Tambahan pula 95 peratus pelajar Unisel menerima bantuan pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipelopori kerajaan Persekutuan.

Setidak-tidaknya kehadiran Rosmah boleh mempertahankan institusi ini daripada ranap pada bila-bila masa. Unisel tidak boleh berkembang sekiranya kerajaan Persekutuan mengarahkan PTPTN mengurangkan pembiayaan kepada pelajar IPTS termasuk Unisel.

Kami berharap pemuda PR bertindak rasional dan tidak berlagak bodoh sombong yang boleh merugikan anak negeri Selangor sendiri. Jangan bermegah kerana kerajaan negeri sekarang dipimpin PR yang Menteri Besarnya seorang bekas tokoh korporat yang digilap sendiri kerajaan BN.

Perlu diingat bahawa Tan Sri Abdul Khalid sekarang jaga Selangor State dan bukan lagi jaga Guthrie Estate. Skop pemimkirannya sebagai Menteri Besar mesti luas kerana ia membabitkan ramai manusia yang berada di luar PR, termasuk golongan bijak pandai di Unisel.

Sebenarnya kerajaan PR mengambil alih Unisel dalam keadaan baik, sudah terbina indah dan tidak lagi memerlukan suntikan kewangan daripada kerajaan negeri. Kini Unisel pula terpaksa membayar elaun Ahli Lembaga Pengarah beribu ringgit setiap kali mesyuarat hasil daripada kutipan yuran anak orang kampung yang miskin.

Sepatutnya kerajaan PR sediakan peruntukan khas dalam belanjawan tahunan kerajaan negeri Selangor untuk Unisel tetapi ia tidak berlaku. Sehingga kini Unisel diterajui seorang pemangku Naib Canselor yang juga seorang Profesor bersara daripada UiTM.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pe;lajar (HEP) dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Inovasi masih belum dilantik sebagaimana dijanjikan. Pemangku Naib Canselor yang mentadbir sendirian dengan Pendaftar tidak berpengalaman menyebabkan banyak program gagal berjalan dengan baik.

Arah tuju kakitangan sentiasa kabur di samping menunggu janji Mnteri Besar melantik Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor dalam tempoh terdekat. Dengar khabar nak lantik sebelum hariraya Aidilfitri tetapi selepas Deepavali pun ia masih tidak berlaku. Alasannya sukar mencari pengganti berkelayakan dalam masa terdekat sedangkan terlalu banyak Profesor berpengalaman di negara ini.

Sebenarnya dia mungkin nak cari mana-mana professor kangkung yang boleh menyokong cita-cita kerajaan PR di Selangor.

Sehubungan itu kami berharap pemuda PR tidak usah timbulkan banyak isu di Unisel ini sebaliknya desak Menteri Besar segera selesaikan kemelut universiti berkenaan yang sudah berlanjutan beberapa bulan.

Kebanyakan kami orang bijak pandai terlatih dan pemuda PR tidak perlu ajar bekerja serta menentukan arah tuju Unisel. Hasrat mereka nak menaikkan Dr Syed Husin Ali sebagai Canselor Unisel menggantikan Rosmah patut difikir berkali-kali terutamanya faktor usia dan sumbangannya kepada negara.

Apa jasa dan kecemerlangan Syed Husin sepanjang menjadi Profesor di UM selain dekan fakulti sebelum masuk politik? Dalam politik dan pendidikan dia tidak pula menyerlah sebagaimana professor Shamsul Amri Baharudin dan Profesor Ahmad Attory. Setiap kali bertanding dalam pilihanraya dia kalah dan tidak pernah menjadi wakil rakyat yang dianggap berjasa besar.

Sungguhpun tidak mempunyai PhD, Rosmah adalah seorang sarjana dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang wajar dipertahankan kedudukannya di Unisel.

Kalau mahu diambil kira, beberapa Sultan yang tidak punya PhD dan gelaran Professor juga tidak layak menjadi Canselor universiti awam. Tapi kita lantik juga atas dasar menghormati dan mementingkan kepentingan institusi berkenaan. Canselor mestilah dianggap mampu menyumbang secara berkesan kepada institusi ilmu.

Kesimpualannya, tindakan pemuda PR lebih kepada mahu mencapai kepentingan politik dan sentiasa membohogi rakyat yang cerdik dan pandai di negara ini.

Golongan seperti tidak patut diberi sokongan. Kerana mereka sendiri pun tidak berpendidikan tinggi. Jangan menghalalkan yang haram dan jangan pula mengharamkan yang halal semata-mata mahu mengisi perut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: