Golongan terpelajar akan memilih Pas – Tun Mahathir

15 Nov

14.11.2008
Pas perlu mulakan perubahan ,” bahan mentah” telah pun tersedia parti pas tidak kekurangan cerdik pandai malahan jika diperhatikan kepimpinan Pas sering bertukar corak tetapi prinsip tidak pernah kelihatan tergadai.
Bahan mentah yang penulis maksudkan adalah insan yang soleh masih ramai dikalangan pimpinan , kejujuran mereka terhadap agama dan parti masih belum ternoda .
Kekurangan Pas hanyalah di peringkat pelaksanaan .Maksudnya kita masih berada dikelompok ‘mencadang ‘ ,” membangkang ”  kepada kerajaan BN.
Tetapi belum jelas kelihatan contoh – contoh yang rakyat  mahu lihat dengan mata kepala ,bahawa PAS adalah alternatif kepada parti – parti yang lain.
Pas perlu menjadi contoh kepada parti – parti lain. Negeri – negeri yang dikuasai perlu lebih Islamik jika ada ruang – ruang dapat dilaksanakan.
Supaya tidak hanya dilihat sebagai retorika ketika berkempen . Selepas kemenangan PR  masyarakat masih tidak nampak ada perbezaan ketara diantara zaman Umno dan Pas.Yakni dari sudut dakwah terhadap golongan sasaran malahan maksiat masih berjalan seperti biasa.
Kita akui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu peraturan tambahan pula di sebahagian negeri kalangan pemimpin PAS adalah minoriti didalam pembentukan kerajaan .
Tapi itu bukanlah menjadi suatu halangan .Dakwah tetap wajib kita jalankan  bagaimana pihak Kawasan, cawangan apakah juga ada masalah ?.
Kita sepatutnya tidak hanya terikat kepada dakwah untuk mendapat undi yang akan berlansung 4 – 5 tahun sekali.Dimana unit – unit dakwah parti yang boleh bergerak secara meluas .
Tujuannya agar dakwah itu sampai kepada masyarakat maka tidaklah Pas dilihat sebagai parti pilihanraya semata – semata.
Masyarakat perlu didekati secara sewajarnya bukan bererti mereka yang kelihatan ‘ kurang iman ‘ secara otomatis ahli parti menjauhkan diri.Lantas membiarkan masyarakat hanyut , ini suatu pandangan dan tindakan yang paling silap.
Dengan  keadaan masyarakat kini memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilentur tetapi sekurang – kurangnya ada perbezaan daripada keadaan sebelumnya.
sedang mencuba kaedah dakwah yang penulis maksudkan cuma ia masih lagi diperingkat awal. Dan perjalanan kami masih jauh doa dari kalian kami mohonkan.
Kami cuba bergaul dengan golongan muda malahan rockers .Dikampung kami bukanlah terdiri daripada masyarakat yang terdedah dengan Pondok – pondok agama .Kampung kami ‘biasa – biasa aje ‘ tetapi harapan kami usaha yang sedikit ini akan berputik dan menghasilkan buah yang ranum untuk ISLAM.
Apa yang penting adalah sokongan daripada saf – saf kepimpinan peringkat cawangan dan kawasan dan seterusnya.
Unit – unit Amal PAS adalah antara yang kami respek dimana sahaja ada bencana mereka akan berada.Mereka adalah pengerak parti pada masa hadapan.Jika mereka bergerak kekampung pasti ALLAH akan membantu didalam dakwah tauhid bukan sekadar diarah sebagai peraih undi.
Tun Mahathir pernah mengatakan didalam rancangan temubual bersama AWANI astro bahawa “golongan terpelajar akan menyertai PAS ” .Ini suatu signal jelas dari seterus politik PAS.
Maknanya, PAS ada harapan yang sangat cerah cuma bagaimana kita mengarapnya itu tugas kita bersama .
Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai – partai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .
Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .
Ekonomi
Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri – negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ‘ lembah hub halal ‘ wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.
Cabaran  ekonomi dialam internet  juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai kalangan  agamawan apatah lagi rakyat teramai  yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama – ulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .
Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.
Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas  ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan ).
Hubungan
Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes – kes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.
Sebagai contoh baru – baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu menjerit – jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan hujah secara baik bukan agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?
Penulis bukan anti demontrasi malah pernah  terlibat dalam beberapa demontrasi sebelum ini .  Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.
Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali – kali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak – pihak tertentu .Lihatlah pada hari tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga  pendemontrator  masuk kedalam premis bangunan hingga wujud ketegangan.
Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah’ westernized  minded ‘.
Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.
Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .
Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .
Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.
Berebut mayat
Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua – dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.
Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.
Soalnya kenapa kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?
Pas mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar – benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .
( peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).
Hiburan
Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.
Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?
Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .
Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?
visit us at ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: