Seorang Pendokong Parti Bahagian Kuala Selangor Letak Jawatan Ahli Majlis

13 Nov

http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_pkr_selangor05.html

PKR Selangor

Selewat ini saya menerima berita yang tidak mengembirakan, memang sebelum ini beliau ada menyebut tentang perletakan jawatan di AMK, tetapi tidak terfikir untuk keputusan yang sama dibuat untuk jawatan Ahli Majlis Kuala Selangor.

Saya cuba susuri kenapa? Beliau seorang Cina pejuang hardcore sebelum 99 lagi, jangan tanya perjuangannya macamana tiada orang boleh lawan, dibelakangnya beribu penyokong Cina, ahli keluarganya besar, mereka golongan perniaga, duit jangan cakaplah, dalam hatinya memang seorang pejuangan sejati. Perjuangan yang ikhlas tiada berbelah bahagi.

Saya menyusuri kenapa? Yang pasti surat sudah dihantar, menanti satu jawapan rasmi dari pihak negeri, sebentar tadi sesama ahli majlis telah berbincang memujuk Sdr Khoo Chi Min untuk menarik balik keputusannya. Namun keputusannya tegas dan tidak akan menarik balik.

Sdr Khoo, memang kental seorang peniaga yang berjaya, namun sayangnya pada Parti menyebabkan dia membuat keputusan, beliau sebenarnya ingin menghantar mesej kepada Ketua Bahagian sendiri selaku MB yang difikirannya tidak membuat perubahan yang jelas di Kuala Selangor dan negeri umumnya dari segi politik. Saya menyesali perkara ini kerana bukan mudah kita ingin mendapatkan sokongan kaum Cina terutama seorang pendokong yang boleh bercakap dan berfikiran cukup tajam dari segi politik.

Bagi tidak mensia-siakan perletakan jawatannya dan mesej yang hendak disampaikan kepada kita, bahawa perletakkan jawatannya ada kaitan dengan sikap MB yang tidak prihatin kepada bahagian itu sendiri. Bagaimana seorang Ketua Bahagian begini hendak dibuat contoh oleh Ketua Bahagian yang lain? Mungkin orang mengatakan kita sengaja untuk memburukkan imejnya tetapi fikirkan sendiri dan lihat sendiri, apakah tindakan yang dilakukan di bahagiannya? Orang kekadang hanya mampu menuduh itu dan ini. Setuju atau tidak bahawa tindakan Ketua Bahagian ini amat merugikan dan mengecewakan. Berapa orang “general” lagi yang kita akan hilang? hilang memang berganti, tetapi adakah yang menggantikan itu sebaik dan sepengalaman orang yang diganti. Saya mengenali Sdr Khoo nama panggilan “ameng” dari tahun 1995 lagi.

Saya memahami sudah pasti pemergiannya akan digantikan oleh Sang Oportunis, yang sememangnya berlegar mencari ruang, kerana pejuangan sejati sudah letih kerana meraka ada prinsip dan matlamat pejuangaan yang satu. Masih saya katakan Perletakan Jawatan ini adalah berkaitan dengan sikap MB sendiri. Kita tunggu apa jawaban di sidang akhbar yang akan diadakan kelak atau yang ingin sangat nak tahu, tanya sendiri Sdr Khoo di talian 016-6656024 kerana saya tahu sikap dan hatibudinya. Saya juga menetahui ada lagi yang ingin meletakan jawatan dalam tempoh terdekat, siapa lagi yang akan tinggal?.

Berita dari Kuala Selangor, mungkin saudara saudara lain yang lebih tahu ingin mengulas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: