P. Pinang gerakkan gagasan Masyarakat Madani

13 Nov

Mohd Sabri Said

Gagasan Masyarakat Madani akan dipacu semula dalam semua aktiviti Kerajaan Negeri untuk tujuan melahirkan sebuah tamadun yang baik dan berdisplin kata, Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin.

etika berucap dalam majlis tauliah dan perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) peringkat Seberang Perai Tengah (SPT) di Pejabat Jabatan Kerjaraya (JKR) Bukit Mertajam semalam beliau menambah, percambahan ilmu masyarakat madani boleh menyelamatkan kedudukan Islam daripada hancur serta masa depan generasi muda.

“Pemacuan semula konsep ‘Masyarakat Madani’ akan dibuat sesuai dengan keadaan sekarang setelah kepimpinan yang dilantik benar-benar mengamalkan tatacara yang baik,” ujarnya.

Gagasan ini pernah diusahakan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di era 90-an tetapi tidak lama apabila dicantas oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bimbang ia boleh mencetuskan haluan kiri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sedangkan tambah Fairus, gagasan ini sangat penting untuk mendidik di samping menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama penyelamat bukan ektrim.

Beliau percaya sekiranya gagasan tersebut berjaya ditonjolkan maka Umno akan hilang kepercayaan dan keyakinan lebih-lebih lagi ia digarapkan dalam pentadbiran yang menjurus kepada pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Sehubungan dengan matlamat itu, seluruh kepimpinan negeri ini dilarang menikmati penerbangan kelas pertama atau menginap di hotel mewah sebagaimana amalam kepimpinan negara sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih.

“Kami tidak mahu mengambil wang rakyat untuk kepentingan kerajaan tetapi cuba berjimat cermat kerana sikap itu lebih bertamadun daripada boros yang berterusan,” ujar beliau.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: