Archive | November, 2008

Isu Arak Di Selangor: Sudah Terlaksanakah Undang-undang…

28 Nov

Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN

Teman memetik sepenuhnya satu tulisan yang disiarkan oleh Portal Komuniti ukhwah.com bertajuk Syarat penjualan arak di Malaysia yg dilupakan.

Dalam dok sibuk2 Tony Phua nak keluarkan DAP dari Pakatan Rakyat Selangor kununnya atas alasan PAS secara paksa cuba mengimplimentasikan pengharaman penjualan arak di Selangor, dia lupa akan syarat2 penjualan arak yang telah sedia ada di negara kita.

Teman bukan apa…tak payah pergi jauhlah…sudah terpenuhkah segala syarat oleh berpuluh mungkin beratus kedai di Ampang ni yang membolehkan mereka menjual arak?

Kalu jalan2 atau lalu di Ampang Waterfront tu cuba tengok kedai KK Supermart yang beroperasi macam 711 tu. Barang runcit sikit aje tapi belakang…nuh penuh macam2..

Begitu juga di Kosas. Nun kedai jual ubat cina (singseh) tu…ubatnya sikit yang lain barang runcit dengan arak sekali….ada lesen ke tu? Kat situ aje dah 3 buah kedai seumpama itu.

Setahu teman kalu nak jual arak mesti iklankan kat paper dulu…bukan apa..kalu ada apa2 objection dari masyarakat setempat atau apa…ada syarat2 lain yang perlu dipenuhi dulu. PBT tak kan boleh senang2 bagi kelulusan.

711 jangan ceritalah. Yang kerja jadi macai budak melayu semua. Orang Islam kerja jual arak…baguslah tu…ehhmm pandai.

Kalu gi Mont Kiara umpamanya jangan ceritalah…anak2 melayu serve arak ni biasa. Macam di hotel2 di Langkawi…KL…Hmmm…Hard Rock Cafe apa kurangnya…dengo cerita taukenye…? Malas nak cerita..cari sendirilah ye…Wallahu ‘alam.

Teman ada experience beli susu anak sekali di kedai singseh ni…anak dara (melayu) yang mungkin dah tak de dara lah kot dok beli arak….Guano? Terang2 yob. Hancus…

Jadi tu lah…Tony Phua dok bantah macam nak rak tu apa ke hei.? You are outdated lah budak…Afterall Shah Alam tu teman ingat lebih 80% melayu dan muslim penduduknya.

Teman petik beberapa komen pengunjung blog YB Khalid Samad mengenai isu ini…

djambu said…
di thailand, minuman keras dijual lepas waktu pejabat sahaja. dan di waktu malam, xdibenarkan minum di khalayak umum.di UK, membawa botol/tin beer yang terbuka di dalam pengangkutan awam telah diharamkan.di paris, minuman keras xboleh diminum semasa piknik di sekitar menara eiffel.kita org islam sepatutnya lebih baik lagi ūüôā
November 26, 2008 7:32 PM

Mr. Smith said…
In America, there is no way a teenager can buy a bottle of bear/liquor from any store unless he produces an I/D to prove he is above 21 years of age.Do the same here instead of banning the sale of liquor altogether.If someone wants to drink, he will go out of his way to get it. It does not want, then he will shun it even though it is offered to him free of charge.PAS should pay attention to more important issues affecting the country instead of wasting time on trifles and non-issues.
November 26, 2008 7:48 PM

Anonymous said…
well well well mr smith. you must be very alien to how malaysians do business. let me tell you… traders here (esp the chinese) would sell alcohol (and perhaps P/ganja) even to a 5 year old kid as long as they get money. your american law will not work here. the best thing to do is to limit access to alcohol… why 7 eleven has to sell alcohol in muslim majority malaysia? if you want alcohol, go to designated wine shop or madam kwan!
November 26, 2008 11:18 PM

CHIA, Chin Yau said…
Salam YB,As a Chinese, I do agree to exercise some control over alcohol or even gambling.The most affected group is not the malay teens, instead the non-muslim are affected the most.Ban may be way, but, isn’t it good to look at how others implement similar measures, and we sit down and pick the best for ourselves?
November 27, 2008 12:14 AM

Wawa said…
When i went to A1Gp at Sepang last weekend, beers (carlsberg) was sold openly.I doubt the need of selling alcohol drinks at places like that, and it was during daylight. Not night.I believe alcohol are bad for Muslims and non-muslims.So where are we heading to with this issue?
November 27, 2008 9:22 AM

Anonymous said…
salam..Alhamdulillah. ini lah yg saya mahukan. usaha dari Pas.kenapa arak perlu diharamkan.1.arak adalah satu benda yg merosakkan. satu article dlm readers digest mengatakan bahawa arak ie alkohol tidak membawa apa2 kebaikan utk kesihatan. 2. tiada kematian akibat ‘memerlukan arak’.saya setuju pengharaman total dilakukan. 1.sebelum olimpik, utk mengurangkan bilangan sampah yg dibuang, supermarket di beijing meletakkan harga utk setiap bag plastik yg diberikan. ttp usaha itu gagal. akhirnya mereka mengharamkan terus pemberian bag plastik. hasil- berkesan.2.korea membuat undang2 supaya pengguna mengasingkan sampah mengikut jenis. sekiranya tidak, pbt mereka tidak akan mengutip sampah mereka. mereka berjaya mengubah mentaliti rakyat mereka.
November 27, 2008 10:18 AM

faridshah said…
Salam YB,Sewajarnya komen-komen ringkas di sini dikongsikan bersama rakan-rakan non-muslim terutama dari DAP dan PKR. Pengawalan yang akan dilaksanakan BUKAN penghapusan seluruhnya. Penjelasan perlu disebarkan secara meluas terutama di media.Tetapi awas dengan sikap sesetengah pihak media yang sering memutar belitkan fakta dan kenyataan.Sekian.Salam Perjuangan..
November 27, 2008 12:48 PM

abu razeen said…
klu tak silap dah ada undang2 larang org Islam beli dan minum alkohol.kuatkuasakan seluruh s’ngor.premis yg engkar, tarik lesen premis sbb khabarnya lesen niaga arak bawah federal.dlm hal org Islam, non muslim jgn campur.klu non muslim nak juga hadkan jualan arak kpd remaja non muslim, itu perkara lain yg boleh dibincangkan dm pakatan.jadi tak perlu media nak sensasikan isu ini.
November 27, 2008 2:04 PM

Diver.Miskin said…
Salam,Di Australia, alkohol tidak dijual di kedai serbaneka 24 jam spt di sini… hanya kedai2 yg dilesenkan shj yg dibenarkan… jika negara barat pon bleh buat.. kita sebagai negara majoriti umat islam, sepatutnya lebih dari itu…bukan kita mintak ia diharamkan terus… tetapi dikawal penjualannya… bukan aper… sesetengan kedai runcit or restoran nie, cuma mementingkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial.. maka perlulah satu kawalan yg sistematik…
November 27, 2008 5:21 PM

Ini artikel penuh yang teman petik dari ukhwah.com untuk sama2 PBT dan ahli politik PR membaca dan melaksanakannya…

hanzaalah menulis “Antara syarat-syarat penjualan arak yang ditetapkan oleh kerajaan melalui lesen Eksais/Bia ialah MENYEDIAKAN PAPAN TANDA YANG SERAGAM DAN PAPAN TANDA LARANGAN ‚ÄúARAK ADALAH HARAM BAGI ORANG ISLAM‚ÄĚ.

Adakah kita dapati papantanda tersebut terpampang di Pasaraya Giant, 7-11 serta mana-mana pasaraya yang giat mempromosikan jualan arak sempena Hari Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina?

Kebebasan agama ialah bukan Islam bebas makan dan minum apa yang mereka mahu, tetapi sensitiviti umat Islam hendaklah dijaga.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia sudah tidak sensitif lagi atau jahil mengenai perundangan sivil yang sedia ada?

Lesen Eksais/Bia ialah lesen penjualan Minuman Keras atau Liquor sama ada sebagai Pemborong, Peruncit, Pengedar ataupun terlibat secara jualan terus mengikut Akta Kastam Diraja.

Jenis-Jenis Lesen Eksais/Bia :

(i) Jualan Runcit – jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis
(ii) Rumah Awam Kelas I menjual minuman keras secara runcit
(iii) Rumah Awam Kelas II tidak termasuk todi.
(iv) Rumah Awam Kelas III Jual dan minum di premis sahaja
(v) Pemborong – jualan sahaja dan tidak dibenarkan minum di premis setiap pemegang lesen hendaklah mempamerkan:
a. Lagenda – nama premis
b. Menyimpan buku-buku rekod pembelian minuman dan penjualannya.
c . Pemegang lesen hendaklah membenarkanPegawai Kastam/Ahli-ahli Lembaga masuk ke premis untuk mengadakan pemeriksaan pada bila-bila masa.

Pihak Yang Mengeluarkan Lesen Eksais/Bia ialah Pihak Berkuasa Tempatan seperti , Pejabat Daerah dan Tanah , adalah dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan dan mengeluarkan Lesen Eksais kepada mereka-mereka yang telah diluluskan permohonan oleh Ahli Lembaga Pelesenan Bia terdiri daripada:
Pegawai Daerah -Pengerusi Sekurang-kurangnya 4 ahli yang dilantik -bukan kakitangan Kerajaan.

Kesemua ahli-ahli Lembaga yang dipilih tidak boleh terlibat dengan kegiatan penjualan Liqour dan perlantikan mereka adalah diatas kelulusan MMK dan diwartakan bagi menjalani tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun. Mana-mana ahli Lembaga yang tidak hadir ke Mesyuarat sebayak dua (2) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah boleh dilucutkan jawatannya sebagai ahli Lembaga berkenaan.

Selain daripada ahli-ahli yang dilantik, lain-lain pegawai atau wakil dari agensi kerajaan adalah terdiri daripada:
a. Pegawai Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja MajlisDaerah
b. Pegawai Polis Diraja Malaysia
c. Pegawai Kesihatan Daerah
d. Pihak Berkuasa Majlis Daerah

Syarat-syarat untuk Memohon Lesen Eksais?
1. Menjaga kebersihan premis dan store dalam keadaan bersih dan memuaskan, tidak sempit, gelap, dan sesak.
2. Menyediakan papan tanda yang seragam dan papan tanda larangan “Arak adalah Haram bagi Orang Islam”
3. Mengasingkan arak (Bia) daripada barang-barang makanan lain.
4. Mengikut peraturan-peraturan Eksais (PenjualanLiqour yang memabukkan) tahun 1977.

A. Masa Perniagaan (Peraturan 5,6 dan 12)
i. Lesen Borong : 7.00 pagi – 9.00 malam
ii. Lesen Runcit : 7.00 pagi – 9.00 malam
iii. Lesen Rumah Awam :
Kelas I : 10.00 pagi – 12.00 malam
Kelas II : 10.00 pagi – 10.00 malam
Kelas III : 10.00 pagi – 9.00 malam

B. Peraturan 7A -Liqour tidak boleh dijual kepadaorang yang berumur di bawah 18 tahun.

C. Peraturan 8, 17 -Hendaklah menyimpan Buku Rekod dan Akaun

D. Peraturan 14 -Kedai hendaklah sentiasa bersih dan mempunyai tandas lelaki dan perempuan.

Lanjutan Sementara Waktu-waktu buka :- Rumah Awam RM 30.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam Rumah Bir RM 15.00 tiap-tiap jam atau sebahagian jam

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2008/11/isu-arak-di-selangor-sudah.html

Advertisements

MB Kedah buat potongan gaji sehingga 70% sebulan

25 Nov

Azizan sumbang gaji RM10,000 sebulan
Jimadie Shah Othman | malaysiakini |

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

azizan abdul razakPotongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana “(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan”.

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa “bongkak dengan PKR”.

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan “cakap-cakap di kaki lima”.

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah ‚Äúdicuri pihak tertentu‚ÄĚ.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

PAS Selangor Kenapa Pas Selangor Dirombak? Saari dan Khalid Digugurkan

25 Nov

TIBA-TIBA saja Pas Selangor membuat rombakan ‚ÄėKabinetnya‚Äô. Tiada pula kedengaran apa-apa yang tidak beres yang berlaku dalam Pas negeri berkenaan dalam tempoh sehari dua ini. Selama ini, selepas pilihan raya umum Badan Perhubungan Pas Selangor berada dalam keadaan aman damai saja. Perpaduan dan ukhwan Pas Selangor kuat dan bersemangat.

Kalaupun ada sedikit pergolakan ialah menjelang pembentukan Kerajaan Selangor selepas pilihan raya umum lalu. Ada sedikit perselisihan pendapat, ada yang merasakan Pas lebih baik membentuk kerajaan bersama Umno atas kepentingan Melayu manakala ada yang merasakan tidak dan lebih baik Pas meneruskan pembetukan Kerajaan dengan PKR dan DAP sebagai untuk tidak melukai hati rakyat yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Apapun selepas itu, isu itu selesai. Kedua-dua pihak yang berselisih pandangan akhirnya akur kepada kehendak semasa, iaitu Pas harus membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP menerusi Pakatan Rakyat.

Jadi apabila Jumaat lalu, Badan Perhubungan Pas dirombak ini menyebabkan pemerhati politik sedikit terjungkit dan tercari-cari apakah sebab musababnya maka ia dirombak. Apa lagi rombakan itu melibatkan Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Khalid Samad dan Ketua Penerangan, Saari Sungip.

Kedua mereka adalah orang penting dalam Pas Selangor. Khalid juga ahli Parlimen kawasan Shah Alam, manakala Saari Sungi ADUN kawasan Ulu Klang. Kelantangan Khalid dalam membangkitkan isu-isu rakyat di Parlimen menjadikan ahli Parlimen itu sebagai aset Pas Selangor untuk di masa depan.

Begitu juga dengan Saari Sungip. Aktivis sosial ini nampak begitu menekankan soal-soal kemanusiaan yang harus diperjuangkan oleh Pas. Walaupun beliau dilihat tidak ekstrem tetapi merupakan seorang yang kuat berpegang kepada doktrin Islam.

Sebagai anggota Dewan Harian, merekalah yang menentukan gerak nadi Pas Selangor. Segala keputusan penting termasuk berhubung peranan Pas dalam kerajaan Pakatan Rakyat turut melibatkan pemikiran mereka berdua.

Tempat Abdul Khalid itu diganti oleh Ahli Parlimen Ulu Langat, Che Rosli Che Mat. Che Rosli ialah bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis dan bekas Yang Dipertua Pas Ulu Langat. Melihat kepada jawatan itu beliau mempunyai pengalaman untuk menjabat jawatan itu.

Manakala tempat Saari Sungip diganti oleh Roslan Shahir, yang juga Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Roslan juga merupakan Yang Dipertua Pas Kelana Jaya dan salah seorang barisan pemimpin pelapis Pas Selangor yang rajin menumpahkan idea dan bersikap konservatif. Sebelum pilihan raya lalu, Roslan sudah menjawat jawatan itu. Jawatan itu diserahkan kepada Saari selepas Roslan dilantik menjadi setiausaha akhbar Presiden Pas kerana bimbang beliau tidak dapat memberi tumpuan kepada jawatan berkenaan.

Sudah pasti Dr Hassan ada alasan tersendiri kenapa rombakan perlu dilakukan dan melibatkan dua individu itu. Apakah peranan Saari sebagai Ketua Penerangan tidak berfugsi dengan baik maka beliau ditukar? Ataupun ada sesuatu yang sedang beralun antara beliau dengan timbalannya, Khalid menyebabkan ia perlu diganti dengan Che Musa?

Dalam sesebuah organisasi kalau ketua tidak sehaluan dengan timbalan apa lagi kalau orang nombor dua pandai bertindak sendiri dan bersikap lebih berani ia memang menimbulkan masalah. Sukar untuk seorang ketua menjaga anak buah yang cerdik dan cuba menguruskan diri sendiri tanpa mengambil kira suara majoriti dan tidak tahu menghormati parti.

Apakah situasi itu yang berlaku di sekitar Khalid Samad? Sebab jika diperhatikan kepada beberapa tindakan dan kenyataan Khalid Samad sebelum ini ia menggambarkan beliau seorang yang berbuat mengikut kepalanya saja dan seorang yang terlalu outspoken sehinggakan adakalanya sikap itu menimbulkan masalah kepada parti. Dia juga seorang yang vokal dalam memperkatakan sesuatu yang tidak semakan dengan kepalanya.

Khabarnya pertukaran jawatan dan rombakan itu diterima sebulat suara oleh kesemua anngota badan perhubungan Pas Selangor. Tidak ada apa-apa bantahan. Walaupun itu adalah hak prerogatif Pesuruhjaya, namun Hassan katanya membincangkan soal rombakan itu dalam mesyuarat terbuka bagi mendapat pandangan semua ahli Badan Perhubungan. Kedua-dua mereka yang terlibat dengan pertukaran itu juga turut hadir dan menerima dengan baik keputusan itu.

Seperti mana dilaporkan media massa, alasan rombakan untuk memantapkan lagi Pas Selangor dan bagi memastikan segala polisi dan dasar Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan diputuskan parti berjalan dengan lancar.

Ada desas-desus mengatakan rombakan itu sebagai pembersihan mereka yang menyokong Anwar Ibrahim? Apakah tanggapan itu benar? Memang mereka ini dilihat rapat dan banyak memberi masa kepada Anwar Ibrahim. Saya sendiri kerap melihat kehadiran Khalid Samad ke rumah Anwar bersama beberapa pemimpin Pas lain yang dilihat ‚Äėbau-bau bachang‚Äô dengan Anwar.

Tetapi saya fikir pemecatan itu bukan kerana sebab itu. Keakraban dan keyakinan Khalid kepada ketokohan Anwar untuk jadi PM saya rasa bukan alasan kenapa beliau harus ditiadakan dalam badan perhubungan Pas Selangor. Pemergian Khalid ke rumah Anwar dan keakrabannya dengan Anwar tidak wajar dijadikan hujah. Kalau Khalid mendatangi Anwar sebagai kunjungi orang mengkagumi Anwar apalah salahnya?

Begitu juga kalau pemergian atau keakraban Khalid dan pemimpin lain dengan Anwar dalam rangka untuk menjayakan projek 16 September tidak wajar kalau mereka dihalang apa lagi ianya diambil tindakan. Bukankah pemergian dan penglibatan mereka itu untuk memastikan kerajaan BN tumbang dan bukankah itu juga cita-cita Pas selama ini?

Cuma apa yang salahnya kalau penglibatan secara eksklusif itu tanpa premisi daripada parti ia adalah salah. Kerana setiap yang berjemaah itu harus akur dan taat kepada jemaah! Harus berwalad kepada ketua dalam jemaah bukan ketua di luar jemaah.

Apapun yang pasti rombakan itu ada sebab-sebab lebih rahsia dan munasabah. Kalau tidak masakan Pas Selangor rela mengorbankan mereka. Jika dilihat rombakan itu berlaku selepas Pas mengadakan retreat di Langkawi 7 dan 9 November lalu mungkin tindakan merombak badan perhubungan itu terilham di Langkawi.

Mungkin ada sesuatu berlaku di Langkawi kalau tidak masakan rombakan itu dibuat selepas kepulangan dari pulau sumpahan itu. Bagaimana pun sukar untuk dikatakan apa yang berlaku di pulau lagenda itu. Tetapi yang jelasnya selepas pulang dari Langkawi membuatkan hati Hassan Ali terbuka untuk merombak badan perhubungan Pas. Mungkinkah ada seseorang yang hadir pada retreat itu telah menimbulkan masalah! [wm.kl. 6:45 pm 24/11/08]

Untuk memberikan komen / respons:  http://msomelayu.blogspot.com/2008/11/pas-selangor.html

16 Sept: Perwakilan dijangka tuntut penjelasan-MALAYSIAKINI

15 Nov

Kongres Nasional Tahunan PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini dijangka menjadi medan bagi para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan mengenai projek peralihan kuasa 16 September yang diusahakan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.”Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.

Menurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.”Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat,” kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.Kira-kira 2000 perwakilan PKR daripada lebih 160 bahagian akan bersidang pada 29 dan 30 November ini di Stadium Melawati Shah Alam.

Kongres kali ini menjadi tumpuan kerana ia adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum Mac lalu.Gerak tenaga partiPKR adalah parti dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah di lima negeri yang dimenanginya dalam pilihanraya umum lalu.Dihubungi Malaysiakini semalam, Khalid berkata, peralihan kuasa dalam Umno juga dijangka turut disentuh dalam ucapan Anwar.”Saya difahamkan Anwar akan buat beberapa pembaharuan dalam aspek tema dan cara organisasi parti.”Kongres ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi mesti menggerakkan tenaga parti kerana kita akan menghadapi suasana getir Mac 2009 di mana berlaku peralihan kuasa dalam Umno.”Saya percaya, bukan sahaja PKR, ia turut memberi kesan terhadap parti-parti lain dalam Pakatan,” katanya yang juga ketua bahagian Bukit Katil, Melaka.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Abdul Halim Mohamed Yusof berkata kongres bertemakan “Harapan Baru” itu akan memfokuskan isu pemantapan parti dari aspek keahlian.Katanya, perkara itu menjadi keperluan bagi menghadapai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila peralihan kuasa kelak.Beberapa pindaaan teknikal terhadap cawangan juga akan dibuat, tambahn Abdul Halim.

RAYUAN QURBAN 1429

15 Nov
Y Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan

Assalamualaikum W.B.T

RAYUAN QURBAN 1429

Pihak Global Peace Mission (GPM) mendoakan semoga Tan Sri/Puan Sri/
Dato’/Datin/Tuan/ Puan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah swt.
2. Tahun demi tahun, GPM melaksanakan ibadah Qurban untuk manfaat komuniti Islam yang terpinggir di 16 buah negara, iaitu Afghanistan, Chechnya, Filipina, Indonesia, Iraq, Kashmir, Kemboja, Laos, Myanmar, Pakistan, Palestin, Sri Lanka, Sudan, Thailand, Timor Leste dan Vietnam.
3. Pada tahun ini, selain negara-negara di atas, GPM juga akan melaksanakan Program Qurban di dalam negara. Tumpuan utamanya ialah untuk manfaat beberapa komuniti Islam yang terpinggir seperti masyarakat Orang Asli dan masyarakat Islam di pedalaman Sarawak, khususnya di sekitar Bintangor.
4. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon jasa baik pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan untuk turut menggembirakan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dengan menyertai Program Qurban GPM pada tahun ini.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat GPM di talian 03-6188 8409 / 016- 212 8409 (Mohd Shakir) atau layari laman sesawang http://www.gpm.com.my/. Borang penyertaan Qurban turut dilampirkan.
Semoga Allah menerima amal kita, Amin.

Sekian, terima kasih
‚ÄĚMisi Kemanusiaan Merentas Sempadan‚ÄĚ

Yang menjalankan amanah

MOHD ASRI ABDUL
Ketua Pegawai Eksekutif

shahrulpeshawar.wordpress.com/

Golongan terpelajar akan memilih Pas – Tun Mahathir

15 Nov

14.11.2008
Pas perlu mulakan perubahan ,” bahan mentah” telah pun tersedia parti pas tidak kekurangan cerdik pandai malahan jika diperhatikan kepimpinan Pas sering bertukar corak tetapi prinsip tidak pernah kelihatan tergadai.
Bahan mentah yang penulis maksudkan adalah insan yang soleh masih ramai dikalangan pimpinan , kejujuran mereka terhadap agama dan parti masih belum ternoda .
Kekurangan Pas hanyalah di peringkat pelaksanaan .Maksudnya kita masih berada dikelompok ‘mencadang ‘ ,” membangkang ”¬† kepada kerajaan BN.
Tetapi belum jelas kelihatan contoh Рcontoh yang rakyat  mahu lihat dengan mata kepala ,bahawa PAS adalah alternatif kepada parti Рparti yang lain.
Pas perlu menjadi contoh kepada parti – parti lain. Negeri – negeri yang dikuasai perlu lebih Islamik jika ada ruang – ruang dapat dilaksanakan.
Supaya tidak hanya dilihat sebagai retorika ketika berkempen . Selepas kemenangan PR  masyarakat masih tidak nampak ada perbezaan ketara diantara zaman Umno dan Pas.Yakni dari sudut dakwah terhadap golongan sasaran malahan maksiat masih berjalan seperti biasa.
Kita akui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu peraturan tambahan pula di sebahagian negeri kalangan pemimpin PAS adalah minoriti didalam pembentukan kerajaan .
Tapi itu bukanlah menjadi suatu halangan .Dakwah tetap wajib kita jalankan  bagaimana pihak Kawasan, cawangan apakah juga ada masalah ?.
Kita sepatutnya tidak hanya terikat kepada dakwah untuk mendapat undi yang akan berlansung 4 –¬†5 tahun sekali.Dimana unit – unit¬†dakwah parti yang boleh bergerak secara meluas .
Tujuannya agar dakwah itu sampai kepada masyarakat maka tidaklah Pas dilihat sebagai parti pilihanraya semata – semata.
Masyarakat perlu didekati secara sewajarnya bukan bererti mereka yang kelihatan ‘ kurang iman ‘ secara otomatis ahli parti menjauhkan diri.Lantas membiarkan masyarakat hanyut ,¬†ini suatu pandangan dan tindakan¬†yang paling silap.
Dengan  keadaan masyarakat kini memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilentur tetapi sekurang Рkurangnya ada perbezaan daripada keadaan sebelumnya.
sedang mencuba kaedah dakwah yang penulis maksudkan cuma ia masih lagi diperingkat awal. Dan perjalanan kami masih jauh doa dari kalian kami mohonkan.
Kami cuba bergaul dengan golongan muda malahan rockers .Dikampung kami bukanlah terdiri daripada masyarakat yang terdedah dengan Pondok – pondok agama .Kampung kami ‘biasa – biasa aje ‘ tetapi harapan kami usaha yang sedikit ini akan berputik dan menghasilkan buah yang ranum untuk ISLAM.
Apa yang penting adalah sokongan daripada saf – saf kepimpinan peringkat cawangan dan kawasan dan seterusnya.
Unit Рunit Amal PAS adalah antara yang kami respek dimana sahaja ada bencana mereka akan berada.Mereka adalah pengerak parti pada masa hadapan.Jika mereka bergerak kekampung pasti ALLAH akan membantu didalam dakwah tauhid bukan sekadar diarah sebagai peraih undi.
Tun Mahathir pernah mengatakan didalam rancangan temubual bersama AWANI astro bahawa “golongan terpelajar akan menyertai PAS ” .Ini suatu signal¬†jelas¬†dari seterus politik PAS.
Maknanya, PAS ada harapan yang sangat cerah cuma bagaimana kita mengarapnya itu tugas kita bersama .
Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai Рpartai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .
Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .
Ekonomi
Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri – negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ‘ lembah hub halal ‘ wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.
Cabaran  ekonomi dialam internet  juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai kalangan  agamawan apatah lagi rakyat teramai  yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama Рulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .
Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.
Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas  ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan ).
Hubungan
Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes Рkes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.
Sebagai contoh baru – baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu menjerit – jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan hujah secara baik bukan agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?
Penulis bukan anti demontrasi malah pernah  terlibat dalam beberapa demontrasi sebelum ini .  Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.
Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali Рkali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak Рpihak tertentu .Lihatlah pada hari tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga  pendemontrator  masuk kedalam premis bangunan hingga wujud ketegangan.
Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah’ westernized¬† minded ‘.
Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.
Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .
Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .
Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.
Berebut mayat
Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua – dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.
Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.
Soalnya kenapa kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?
Pas mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar – benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .
( peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).
Hiburan
Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.
Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?
Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .
Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?
visit us at ;

P. Pinang gerakkan gagasan Masyarakat Madani

13 Nov

Mohd Sabri Said

Gagasan Masyarakat Madani akan dipacu semula dalam semua aktiviti Kerajaan Negeri untuk tujuan melahirkan sebuah tamadun yang baik dan berdisplin kata, Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin.

etika berucap dalam majlis tauliah dan perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) peringkat Seberang Perai Tengah (SPT) di Pejabat Jabatan Kerjaraya (JKR) Bukit Mertajam semalam beliau menambah, percambahan ilmu masyarakat madani boleh menyelamatkan kedudukan Islam daripada hancur serta masa depan generasi muda.

“Pemacuan semula konsep ‘Masyarakat Madani’ akan dibuat sesuai dengan keadaan sekarang setelah kepimpinan yang dilantik benar-benar mengamalkan tatacara yang baik,” ujarnya.

Gagasan ini pernah diusahakan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di era 90-an tetapi tidak lama apabila dicantas oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bimbang ia boleh mencetuskan haluan kiri yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sedangkan tambah Fairus, gagasan ini sangat penting untuk mendidik di samping menterjemahkan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam adalah agama penyelamat bukan ektrim.

Beliau percaya sekiranya gagasan tersebut berjaya ditonjolkan maka Umno akan hilang kepercayaan dan keyakinan lebih-lebih lagi ia digarapkan dalam pentadbiran yang menjurus kepada pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Sehubungan dengan matlamat itu, seluruh kepimpinan negeri ini dilarang menikmati penerbangan kelas pertama atau menginap di hotel mewah sebagaimana amalam kepimpinan negara sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih.

“Kami tidak mahu mengambil wang rakyat untuk kepentingan kerajaan tetapi cuba berjimat cermat kerana sikap itu lebih bertamadun daripada boros yang berterusan,” ujar beliau.