Aduhai Kerajaan PR Selangor

19 Oct

http://selangortoday.wordpress.com/2008/10/09/skandal-balkis-rantings-of-selangor/

Beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini banyak mengujudkan suasana kurang menarik kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.

Jika diperingkat awal penubuhan kerajaan dahulu, jelas terlihat bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang kuat menyokong BN kecut dan bimbang akan kedudukan mereka. Pada hari ini setelah 6 bulan Selangor diprintah oleh Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim suasana sudah seperti biasa. Seperti macam zaman BN.

Masih terdapat ramai pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri ini berani mencabar terang-terangan usaha-usaha kerajaan negeri. Paling jelas adalah dalam pembahagian kontrak kerja-kerja di Jabatan Kerajaan, kaedah yang tidak telus seperti zaman BN masih di amalkan. Kontrak-kontrak dan tender masih dikuasai oleh orang yang sama.

Satu kes yang amat jelas berlaku di Kuala Selangor apabila YDP Majlis Daerah cuba menghalang penggunaan padang ketika hendak diadakan program Forum Perdana dengan memberi alasan padang akan rosak. Bukankah yang hadir itu adalah penduduk sekitar Kuala Selangor yang membayar cukai yang dikutip oleh MDKS?

Amat memalukan perkara ini datangnya dari seorang YDP yang beragama Islam.

Begitu juga dalam kes surat sokongan, telah dibuktikan terdapat pegawai di tingkat 20/21 SUK membuat surat sokongan seolah-olah mewakili kerajaan tetapi tindakan hanya dibuat terhadap Yahya Saari. Apakah Tingkat 20 mengamalkan pendakwaan terpilih??

Dalam isu pasir, kini seperti jelas kelihatan kurang minat bagi pengusaha pasir untuk tampil kehadapan. Jika diteliti dengan halus, beberapa persoalan berkaitan ketelusan isu pasir ini boleh dibangkitkan. Akhirnya nanti, tolak abuk balik asal.

Dalam kes Unisel, sehingga hari ini, ia tidak mempunyai Naib Cancelor yang hakiki. Yang ada hanyalah pemangku yang sudah diketahui akan ditamatkan khidmatnya pada Disember ini. Adalah dilaporkan Unisel mengalami enrolment yang merosot sejak Dr Razali Agus dan Dr Rustam Abbas di tamatkan kontrak.

Penamatan tanpa persediaan pengganti adalah kelemahan pentadbiran pendidikan Selangor. Seperti menebang sawit tua tetapi tidak disulam benih baru, maka rumput dan lalang yang tumbuh. Ini belum kira lagi dengan politiking yang bobrok yang sedang berlaku di universiti itu.

Bidasan keras perlu diterima oleh exco pendidikan Selangor yang tidak habis-habis mewar-warkan hub pendidikannya yang hingga kini belum terlihat sehelai blue-print.

Di Yayasan selangor, masih belum berlaku rombakan walaupun jelas terbukti pimpinan Yayasan Selangor gagal meningkatkan prestasi pendidikan anak negeri dengan bukti kemerosotan pencapaian dalam peperiksaan ditahun-tahun kebelakangan ini.

Satu perkara khusus yang perlu diberikan perhatian ialah menurunnya populariti Menteri Besar Selangor sejak kebelakangan ini. Kemungkinan berlaku kerana tidak berkesannya Setiausaha Akhbar dan bahagian media, Setiusaha politik dan lain-lain organ pentadbiran kerajaan negeri.

Agak hairan, Hari terbuka Aidilfitri MB selangor tidak mencium muka-muka akhbar tempatan samada media cetak mahupun letronik. Puas di cari, tapi tiada sedangkan TG Nik Aziz Kelantan dan Nizar Jamaludin Perak dan yang lain mendapat liputan arus perdana.

Kini terdengar pula desas desus ujudnya “fifth floor boys” di Bangunan SUK. Mengikut laporan, sebuah Kelab Penyokong Menteri Besar sudah diujudkan. Ia diketuai oleh adik Khalid sendiri Hajiman Ibrahim serta anak saudaranya Remy. Soalnya, apakah keperluan kelab ini?

Di samping itu seolah-olah aliran menentang tindak-tanduk MB Selangor dari kalangan parti semakin ketara. Terbaru ialah bantahan MP Kapar “Mike” Manickavasagam. Kini dikatakan diadakan pula satu task force politik terdiri dari Ahli Parlimen-Ahli Parlimen untuk mengukuhkan politik PKR di Selangor.
Hairan sekali Ketua-Ketua Bahagian PKR tidak dilibatkan.

“Akan berlaku peperangan besar dalam PKR Selangor jika ia diteruskan”, pendapat beberapa Ketua Bahagian.

Masih terlalu banyak isu yang sepatutnya selesai masih tidak di atasi di Selangor ini. Jika keadaan ini berterusan ia pasti akan membuka ruang untuk dimanipulasi oleh pihak pembangkang Khir Toyo dan Barisan Nasional.

3 Responses to “Aduhai Kerajaan PR Selangor”

  1. Anonymous October 22, 2008 at 5:05 pm #

    Unisel-enrolment rendah selepas razali dan rustam.. betul ke? cerita drp orang dalam-pemangku NC diarahkan oleh Dato Ramli SS (CEO PIYSB la katakan) jangan ambil student ramai2 sebab capacity dah full gear. Nanti hostel meletup, bilik kuliah meletup, tenaga pengajar pun meletup, akibatnya nanti MQA pun meletup. Semua tak cukup bila populasi udah maksimum. Zaman Razali (dan rustam?) enrolment ramai bukanlah hasil kerja mereka. Tahun 2006, mantan NC Adnan Alias zaman menanam-bekerja keras dapatkan pengiktirafan program, jadi tak hairanlah 2007 zaman menuai-ramai permintaan.

    Sentuh pasal budak rustam tu.. abang BPR kata kes lekat, tak ada pembatalan.. cuma tgu kes berprofil tinggi selesai. Tapi..dia ni memang kemaruk duit dan pangkat. Ada hati mohon jawatan TNC (penyelidikan) di UITM.. dah temubual pun pd 19 Sept lalu… senarai nama agak corot jugak. Ialah mana ada budak ini buat penyelidikan, dengarnya paper yg dia bentang kat Batam tahun lalu diciplak drp pengampu BN tersohor. Hati2lah UITM!!!!

    Pasal NC dan 3 TNC di Unisel. Memang kerajaan selangor LEMBAB dan tak pandai mentadbir apatah lagi berpolitik. Apa guna PR menang PUR12 di Selangor, kulit je PR punya sedangkan isinya masih dikuasai oleh BN terutamanya UMNO. Itulah yg jadi kat Unisel. suara2 di SUK kata YB yg jaga hal pendidikan tak pernah bawa kes Unisel dalam mesyuarat exco..tak pernah.. mengapa ye!!. Sidang DUN tadi (22 okt) soalan oleh Adun pembangkang di negeri selangor “Mengapa NC dipecat?”. Jawapan YB tu, ” sebab Razali tak perform”. Hai YB, saya setuju Razali tu wajar keluar-cuma masanya tak sesuai, tapi awak tu bawa lambang PAS, mengapa cakap bohong/fitnah kpd Razali. Tak takut dosa ke. Jangan echo apa yg Ramli SS cakap. Ramli SS yg bawa masuk Razali ke Unisel tapi Ramli SS tak sahkan jawatan Razali, manakala Pendaftar disahkan betul2 seblm PUR12, kira2 5 bulan selepas bekerja di Unisel- cemerlang gila tu!!. Apa yg Razali usahakan? -program banyak dapat pengiktirafan, PTPTN dapat bayaran ke Unisel (apa jadi tahun ni turun kekategori 2 zaman Razali kategori 1), hutang lapuk dapat pungut Rm4X juta. tak perform lagi? Sebenarnya, Razali tak nak sekongkol dgn Ramli SS & ‘the gang’ utk kaup duit Unisel. Maka pedang yg dihunus MB dengan luka lama ijok by election diguna oleh Ramli SS utk dilepaskan ketengkuk Razali. Ini kifarah dosa Razali agaknya.

    PR janganlah tipu pengundi. Hakikatnya di Unisel, kuasa mentadbir sepenuhnya dipegang oleh UMNO totok dan luncai2nya-CEO PIYSB, Setiausaha syarikat (ni kena ada ruang khas pasal dia), Pemangku NC (sejak tuduhan kes pertama lagi tidak menyukai DSAI), Pendaftar (ini pun kena ada ruang khas) dan Bendahari. Orang2 PR sama ada dari rumpun PKR dan PAS serta orang dulunya sokong UMNO ditindas oleh mereka melalui pegawai bernama ******

    Allahuakbar!!
    Reformasi!!!

  2. drhalimahali November 8, 2008 at 6:26 pm #

    Salam ukhuwah. Kerja bercakap dan menulis memang mudah. Sesiapa boleh buat. Dalam dunia hari ini, kita kena kemukakan bahan bukti salah laku, kita mesti beri surat tunjuk sebab, kita mesti yakinkan ahli Lembaga Pengarah yang mengurus institusi seperti KUIS, Unisel dan lain-lain. Siapa yang sanggup ketengah dan jadi saksi salah laku kakitangan awam? Heresay? Tak main. Dalam Lembaga Pengarah Unisel, hanya MB Selangor dan saya sendiri orang baru, yang lainnya semua “pro yang lama”. Kita baru lantik seorang peguam sebagai ahli. Untuk siasat salah laku, perlu ada jawatankuasa khas, BPR dan lain-lain. Semua ini mengambil masa. Silap langkap, pecat sebarangan tanpa bukti yang kukuh, siapa yang akan bayar ganti rugi? Duit rakyat juga. Kesimpulannya, tak semudah yang di”fikirkan”. harap maaf. Terima kasih di atas teguran dan tunjuk ajar.

  3. Sabah Selangorian November 11, 2008 at 10:19 pm #

    My God, PR took over the Selangor govt since Mar08. I’ve heard about these UNISEL problems and until today not solved? Now the exco is commenting it is not an easy task? What this doctor knows about managing university? No wonder. She should be given the health portfolio and not education then. She can’t identify the problem? UNISEL NEEDS VC AND DVC BADLY. Since July 08 the seats are VACANT. Come on stop complaining and buck up!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: