Pakatan Rakyat Perlu Prihatin Dengan Pendidikan Tinggi di Selangor

9 Oct

Nukilan oleh ‘parahadirin

Dato’ Dr. Mohamed Ariffin Hj. Aton. Apabila MB mengumumkan perlantikan beliau sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah UNISEL yang baru pada 19 Ogos 2008, harapan kembali berputik buat IPT milik PR itu.

Harapan menggunung mula diletakkan apabila DATO’ DR ARIFFIN ATON datang dengan penuh semangat untuk mengkaji kelemahan pentadbiran dan sistem keseluruhan UNISEL. Harapan makin bertambah apabila dalam pertemuan dengan pengurusan teringgi UNISEL, beliau nampak seperti kritikal dengan apa yang berlaku di universiti itu. DATO’ DR ARIFFIN ATON seolah-olah sedar dengan permasalahan UNISEL seperti peraturan yang sering diketepi, penglibatan orang-orang mantan MB, kelemahan pentadbiran, berlaku pilih kasih, berlaku ketidakcekapan, kewujudan puak-puak bertelagah dan pelbagai lagi masalah di UNISEL.

Hasil dari latarbelakang itu, masyarakat kampus menaruh harapan tinggi terhadap laporan yang bakal dihasilkan oleh DATO’ DR ARIFFIN ATON berkenaan UNISEL. Mereka memaruh harapan bahawa DATO’ DR ARIFFIN ATON bukan sahaja mempunyai objektif malah tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Namun, dalam masa yang amat singkat keadaan mula berubah. Beliau dilihat kerap bersama dengan Pemangku Naib Canselor UNISEL, Setiausaha Syarikat dan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau mula menjadi sebahagian dari golongan ini. Empat individu ini mula menjadi kawan rapat dan DATO’ DR ARIFFIN ATON mula menerima pandangan mereka yang pada awalnya DATO’ DR ARIFFIN ATON sangat kritikal.

Kini, DATO’ DR ARIFFIN ATON telah bersekongkol dengan mereka dan orang-orang UMNO seperti Pendaftar dan Setiausaha Syarikat kembali riang mencorak agenda mereka tersendiri di UNISEL. Agenda mantan MB mula disambung. Antaranya meletakkan dan mengekalkan orang UMNO Prof. Dr. Khalifah Othman sbagai pemangku Naib Canselor. Terdapat laporan bahawa DATO’ DR ARIFFIN ATON bersama Dato’ SUK bersama Prof. Khalifah telah bertemu Tan Sri Khalid pada 22 September 2008 untuk melobi sekurang-kurangnya Khalifah dikekalkan sebagai Timbalan Naib Canselor.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah sekiranya ini benar-benar berlaku, DATO’ DR ARIFFIN ATON nyata tidak membuat apa-apa perubahan di UNISEL seperti yang dicanangkan. Pendokong mantan MB masih kekal berkuasa dan meneruskan agenda pra-PRU-12. Pembaharuan yang diharapkan pasti tidak akan berlaku walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan amat tinggi untuk menjadikan UNISEL gedung ilmu yang dihormati dan tinggi nilainya.

Keraguan terbaru adalah pengeluaran peruntukkan RM150,000 dari Bahagian Pemasaran kepada Unisel Graduate School of Management (UGSM) yang pernah diketuai oleh orang UMNO, Prof. Khalifah sendiri. Ia telah dibelanjakan dengan boros sekali dimana RM90,000 daripadanya untuk membuat video iklan UGSM di NTV7. Iklan tersebut ditayangkan di NTV7 antara pukul 7.30 ptg – 8.00 malam yang tidak komersil. Kajian di TV3 menunjukkan ia boleh dihasilkan sekitar RM40,000 sahaja. Baki peruntukkan UGS itu pula khabarnya digunakan untuk perjalanan ke Indonesia kononya untuk menarik pelajar dari sana ke program UGSM.

Ironinya, kelulusan RM150,000 itu diluluskan sebaik sahaja Prof Khalifah kekal menjadi pemangku Naib Canselor. Padahal sewaktu zaman mantan Naib canselor yang dipecat, begotu sukar pruntukkan dikeluarkan hingga satu ke satu tahap Naib Canselor langsung tidak berkuasa. Kini, amat mudah UNISEL berbelanja kerana pemangku Naib Canselor rapat dengan Dato’ SUK (Ingat lagi Amerika Syarikat?). Apa yang pasti, perbelanjaan itu ditentukan oleh Pemangku Naib Canselor dengan persetujuan Pendaftar, Bendahari dan Dato’ SUK tanpa dibawa ke pengetahuan pengurusan tertinggi UNISEL yang lain. Persoalan di sini, siapa yang memantau? Kalau beginilah caranya UNISEL ditadbirurus, universiti ini akan terus merosot walaupun ada tokoh-tokoh baru dalam Lembaga Pengarahnya.

Dari sumber-sumber yang diperolehi, tiada apa yang hebat sewaktu DATO’ DR ARIFFIN ATON menerajui SIRIM sebagai CEO. Pihak PR menaruh harapan tinggi agar Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor tidak digula-gulakan oleh mereka ini. Tindakan tegas perlu dilaksanakan seperti apa yang sebenarnya diketahui oleh DATO’ DR ARIFFIN ATON .

YAB Tan Sri Menteri Besar mesti peka dengan keadaan ini kerana DATO’ DR ARIFFIN ATON adalah sahabat baik beliau sejak di SIRIM sewaktu Tan Sri menjadi Ahli Lembaga Pengarah di sana. Amalan mengambil kroni perlulah dihentikan segera sekiranya tidak membawa kepada kebaikkan. Adalah menjadi harapan agar ahli-ahli lembaga pengarah baru yang lain seperti Dato’ Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie dan Puan Faekah Husin tidak mudah termakan dengan kepimpinan UNISEL sedia ada. Mereka perlu bertindak dengan lebih kritikal dan professional bagi menyelamatkan UNISEL dan memartabatkannya seperti yang dicita-citakan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Rakyat.

3 Responses to “Pakatan Rakyat Perlu Prihatin Dengan Pendidikan Tinggi di Selangor”

  1. banjaris October 11, 2008 at 3:29 am #

    PAS dan DAP perlu memainkan peranan lebih aktif. nampak gaya MB tak tau apa-apa. Ini masalahnya amik bekas umno.

  2. Pengundi yang dah jelak October 13, 2008 at 3:31 pm #

    Mendapat berita pasti dari Kuala Selangor di Konvokesyen UNISEL 2 November 2008 nanti DS Rosmah Mansor (isteri bakal PRESIDEN UMNO) Canselor UNISEL dan TS Khalid Ibrahim MB Selangor Pengerusi UNISEL (KETUA PKR Selangor) duduk sebelah menyebelah di pentas dan makan semeja>> lu pikir sendirilah>> kumpulan pentadbiran utama IPTS milikpenuh negeri Selangor tu jangan cakaplah>> dari Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat, Setiausaha Syarikat, Naib Canselor, Pendaftar dan Bendahari semuanya tentulah orang UMNO beb!

  3. Ibnu Khuzaimah October 20, 2008 at 12:36 pm #

    Soalan Cepumas. Benarkah Selangor akan ditadbir oleh mantan-mantan PNB dan Guthrie?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: