Benarkah Unisel Dakwa Datuk Seri Anwar Campurtangan Urusan Dalaman IPT Selangor?

22 Sep

Kemelut UNISEL nampaknya masih berpanjangan. Walaupun telah 6 bulan kerajaan PR mentadbir negeri, masalah IPT Selangor itu nampaknya belum selesai.

Isu terbaru, Penasihat UNISEL merangkap Ahli Lembaga Pengarah PIYSB yang baru dilantik oleh YAB Menteri Besar , Dato’ Dr. Mohamed Ariffin bin Hj. Aton pula menimbulkan kontroversi. Khabarnya ia berlaku dalam satu majlis berbuka puasa dan temuduga 3 orang bakal TNC UNISEL di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 16 September 2008. Beliau yang mempengerusikan majlis bersama dengan bakal2 TNC UNISEL telah mengungkap kata-kata sinis bahawa ramai yang campurtangan dalam urusan UNISEL termasuk pengerusi PR , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah cuba campurtangan dalam urusan UNISEL. Sekiranya ini benar, ia jelas satu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan PR di Selangor.

Persoalannya disini :

Salahkah jika DSAI campurtangan ? Itupun jika betul DSAI campurtangan.

Tidak layakkah beliau untuk campurtangan ?

Mengapa setelah 6 bulan PR mentadbir negeri, masalah politik dalaman UNISEL masih tidak selesai?

Siapakah Dato’ Dr. Mohamed Ariffin Aton?

Mengapakah Tan Sri Khalid masih membiarkan kroni-kroni mantan MB bermaharajalela di UNISEL?

Mengapakah tokoh-tokoh akademia PR dipinggir dan tidak dilantik menerajui UNISEL?

Persoalan-persoalan tersebut perlu dijawab oleh MB Selangor. Tidak sepatutnya seorang wakil MB mempersoalkan wibawa DSAI. DSAI sendiri, selain pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri (pernah juga memangku jawatan PM), merupakan mantan Presiden UIAM dan mantan Menteri Pelajaran. Beliau juga terlibat dalam UNESCO serta menjadi Fellow di sebuah IPT  (Stanford) di Amerika Syarikat. Malahan, manifesto PRU-12 PKR sendiri memerlukan beliau mengambil berat dalam bidang pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, memang wajar DSAI campurtangan sekiranya beliau mahukan kerana keadaan UNISEL sekarang dilihat agak huru-hara.

YAB Tan Sri Menteri Besar sepatutnya peka dengan isu-isu berbangkit di UNISEL sejak memegang tampuk pentadbiran Selangor. Tan Sri Khalid tidak sepatutnya bersikap lepas tangan. Ini bukan masalah kecil. Telah timbul rasa kurang senang rakan-rakan PR di dalam PAS dan DAP. Beri peluang juga kepada mereka memberikan pendapat. Apa salahnya tokoh-tokoh akademia PAS dan DAP yang tidak kurang hebatnya diajak untuk turut sama-sama menyumbang kepada kegemilangan UNISEL?

Mungkin saranan Tan Sri bahawa jangan politikkan UNISEL. Namun, Tan Sri harus ingat bahawa memang UNISEL lahir dari politik. Cuma jangan jadikan UNISEL tempat mengaut untung politikus-politikus serta pendokong mereka yang tidak ambil pusing betapa besarnya amanah ALLAH kepada mereka. Begitu mudah mereka menggadaikan pendidikan untuk tujuan kekayaan dunia.

Kesemua mantan NC UNISEL adalah lantikan politik. Jangan bercakap ibarat ahli korporat. Pendidikan adalah amanah, Ia juga perlu menjadi asas untuk memperkukuhkan PR di Selangor. Inilah masanya membuktikan keupayaan PR dalam bidang pendidikan. Ini juga masanya untuk menunjukkan contoh kepada kerajaan pusat bahawa PR juga wibawa dalam mendokong pendidikan tinggi. UNISEL bukan sahaja universiti negeri pertama seperti yang diwawarkan. Ia juga universiti bukan BN pertama.

Adalah menjadi harapan agar YAB Tan Sri dapat memilih tokoh-tokoh yang tidak mencabar DSAI dan mempunyai aspirasi Pakatan Rakyat. Ingatlah bahawa ALLAH memenangkan PKR dengan DSAI sebagai pemangkinnya. Tidak ada maknanya jika PR mentadbir Selangor tetapi pentadbiran dikuasai oleh orang terdahulu. Mana mungkin mantan MB masih mempunyai akses dalam maklumat negeri jika tidak disalurkan oleh orang-orangnya yang masih di dalam pentadbiran.

Ingatlah, rakyat marhaen sedang menilai prestasi PR di Selangor. Rakyat sedang memerhati. Rakyat juga akan menghakimi. Rakyat Hakim Negara.

5 Responses to “Benarkah Unisel Dakwa Datuk Seri Anwar Campurtangan Urusan Dalaman IPT Selangor?”

  1. Anonymous September 23, 2008 at 10:58 pm #

    1. Dato Dr Arifin Aton + Prof Khalifah Othman (Pemangku VC) + Dato Ramly Mahmud (Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap CEO) + Rokmaa Mat (Pendaftar) + Mazli Mokhtar (Setiausaha Syarikat) = team penuh yang meneruskan penguasaaan mantan Dr Mohd Khir Toyo dan BN.

    2. TS Khalid Ibrahim (Pengerusi Lembaga Pengarah UNISEL masih tak sedar-sedar atau buat-buat tak sedar? Kenapa masih biar mereka mentadbir UNISEL?

    3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    3.

  2. Orang Selangor September 23, 2008 at 11:55 pm #

    Aku setuju sgt dgn kppr. Selangor ni mcm lupakan org PR … penat je kita bebuih mulut pertahankan MB kat P44 baru-baru ni. Dok buat lagi.

  3. hantu September 26, 2008 at 2:28 am #

    setuju sangat dengan kekawan diatas

  4. Anonymous September 26, 2008 at 2:31 am #

    Wahai sahabat2 ku, doa org yang dizalimi diangkat ke langit dan tanpa hijab, oleh itu janganlah berputus asa…marilah kita bersabar dan teruskan usaha sampai Allah makbulkan doa serta beri hidayat kepada mereka yang menzalimi kita. Hidup PR!!!!

  5. Anonymous October 8, 2008 at 3:55 pm #

    berita terbaru :

    1, Dengar khabar MB Selangor dan Dato Ramly SUK sambung Profesor Khalifah Osman memangku VC UNISEL 3 bulan lagi Sept hingga Disember 2008? (jumlah 6 bulan)

    2. Entahlah, Pakatan Rakyat takde ke calon berkaliber yang layak jadi VC UNISEL? Balik-balik orang UMNO tu lagi. PKR, PAS & DAP Selangor tolonglah jawab!

    3. Ni semua Arifin Aton punya nasihat ke? Dengar kabar dari UNISEL orang lain kasi nasihat MB tak pakai, betul ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: