Archive | September, 2008

SAY NO TO ISA

24 Sep

Advertisements

UNISEL BoD : Will Pakatan Rakyat be any different from the Barisan Nasional?

23 Sep

I really wonder when I just saw that 4 persons were just appointed as members of Board of Universiti Industri Selangor (Unisel) – and I noted that they were all from one ethnic group. Then, I went to the UNISEL website, and again I saw that ALL the members of the Board of Directors were again were from one ethnic group only.

This Universiti Industri Selangor (Unisel) is wholly owned by the Selangor State government – now a Pakatan Rakyat government

Selangorians are of different ethnic groups – and maybe, consideration was purely on merit and qualification, and it was only a coincidence that ALL the members of the Board of Directors are from one ethnic group.

I have also noted earlier that all the Mayors and the Heads of the Local Councils in Selangor are also from ONE ethnic group – maybe again it was based on the merits, and there were no one from any other ethnic groups that had the required qualification.

I believe in choosing the best person for the job – BUT the facts mentioned above makes me wonder whether such was the case – or was it an act of positive discrimination in favour of one ethnic group.

When Pakatan Rakyat came into being – I hoped that things would change — but looking at what the Selangor MB and the Pakatan Rakyat State government is doing, it makes me wonder.

I believe that there should be no ethnic or religious considerations in the choice and/or the appointment of the Menteri Besar, Deputy Menteri Besar, Speaker Dewan, State Secretary, Local Council Heads and members, Penghulus, Mayors, PKNS Head and Board members, UNISEL members of the Board… Noting also the multiracial, multi-religious and the multi-cultural nature of the people of Malaysia(Selangor) care must be taken to reflect this in the appointment by the State government.

PKR Ampang

http://groups.yahoo.com/group/ajkbahagian/message/333

MENAKJUBKAN!! SERAMBI MEKAH DI BAWAH LIM GUAN ENG

23 Sep

Pulau Pinang secara tradisinya memang diperintah oleh pemimpin Cina sejak dahulu lagi dan ianya begitu lama di bawah Parti Gerakan. Selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, tradisi ini berterusan di mana pemimpin kaum Cina terus memimpin P.Pinang cuma bezanya pemimpin ini bukan dari parti komponen BN.  Parti DAP yang telah lama bertapak di P.Pinang akhirnya berjaya merampas kerusi Ketua Menteri P.Pinang dari Parti Gerakan di bawah pimpinan Koh Tsu Koon.  Lim Guan Eng yang dikenali sebagai pejuang rakyat tidak mengira bangsa dan agama diberi kepercayaan oleh rakyat P.Pinang untuk menerajui kerajaan Negeri P.Pinang.

Tampuk pemerintahan negeri di bawah Lim Guan Eng sememangnya dialu-alukan oleh rakyat pelbagai kaum di Pulau Mutiara itu. Kecuali UMNO, majoriti rakyat di P.Pinang termasuk dari MCA, Gerakan dan juga parti di dalam gabungan Pakatan Rakyat percaya dan yakin Lim Guan Eng mampu memberi perubahan besar kepada rakyat di P.Pinang.  Apabila Lim Guan Eng mula merangka dasar dan arah tuju pentadbiran di P.Pinang, UMNO tidak berhenti-henti cuba mengelirukan masyarakat khususnya Melayu di P.Pinang dengan menjaja pelbagai cerita dan tuduhan untuk memburukkan imej Lim Guan Eng.  Kini, UMNO cuba untuk menjadi hero Melayu di P.Pinang setelah sekian lama menjadi `budak suruhan’ dan Pak Turut di bawah pemerintahan Gerakan sebelum ini.

Lim Guan Eng seorang pemimpin muda yang berwawasan dan mempunyai nilai keperibadian yang baik cuba mengguna pakai kaedah pemerintahan yang bersih serta telus dengan menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model dan idolanya.  Tidak hairanlah beliau sering kali menyeru masyarakat P.Pinang agar merealisasikan konsep `Amar Makruf Nahi Mungkar‘.  Slogan ini bukan retorik semata-mata kerana beliau kini telah mula sedikit demi sedikit berusaha melaksanakannya.  Pencapaian beliau semenjak mula menduduki kerusi Ketua Menteri P.Pinang amat menakjubkan dan dilihat lebih ke hadapan dari lain-lain negeri di bawah Pakatan Rakyat.  Kerisauan masyarakat Islam di P.Pinang sebelum ini telah mula terhakis apabila Lim Guan Eng turut prihatin dengan permasalahan umat Islam di P.Pinang.  Langkah pertama mula beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kawasan pertama yang beliau lawati adalah kawasan majoriti penduduk Melayu dan Islam.  Beliau turut mengumumkan kenaikan elaun Guru KAFA di P.Pinang.

Baru-baru ini paling menakjubkan apabila sebuah daerah di P.Pinang iaitu kawasan Penanti telah dirancang untuk dibangunkan sebagai `Serambi Mekah‘ di P.Pinang.  Mungkin tidak ramai yang percaya di bawah pemimpin Cina akan wujud satu daerah yang bercirikan Islam.  Keprihatinan Lim Guan Eng terhadap masyarakat Melayu dan Islam di P.Pinang menyebabkan UMNO P.Pinang tidak mampu berdiri gagah sebagai pejuang Melayu Islam.  Sebagai jalan keluar untuk menutup kelemahan mereka, UMNO P.Pinang terpaksa memainkan isu-isu perkauman dan ketuanan Melayu.  Malang sekali, propaganda mereka ternyata gagal lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam di dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan PKR saling bekerjasama dan mempertahankan bentuk pentadbiran Lim Guan Eng.

Saya percaya sekiranya Lim Guan Eng berterusan sedemikian, maka impian UMNO/BN untuk menawan kembali P.Pinang agak sukar dicapai.  Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama memberikan sepenuh kerjasama dan buah fikiran yang berguna kepada kepimpinan P.Pinang sekarang.  Kita harus bersyukur kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat kini telah diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah beberapa negeri.  Meskipun masih terlalu muda dan awal untuk menilai keseluruhan pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, namun kita telah mula dapat melihat betapa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir dan menguruskan negeri masing-masing jauh lebih baik dari UMNO/BN.

Mudah-mudahan ketelusan dan keadilan kepada rakyat yang dipraktikkan oleh Lim Guan Eng akan dapat dijadikan contoh dan teladan kepada semua kerajaan negeri.  Di samping itu, ketelusan dan keadilan yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat ini akan mampu dijadikan panduan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka di masa-masa akan datang.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

W.FAUZDIN NS

22.09.2008

Benarkah Unisel Dakwa Datuk Seri Anwar Campurtangan Urusan Dalaman IPT Selangor?

22 Sep

Kemelut UNISEL nampaknya masih berpanjangan. Walaupun telah 6 bulan kerajaan PR mentadbir negeri, masalah IPT Selangor itu nampaknya belum selesai.

Isu terbaru, Penasihat UNISEL merangkap Ahli Lembaga Pengarah PIYSB yang baru dilantik oleh YAB Menteri Besar , Dato’ Dr. Mohamed Ariffin bin Hj. Aton pula menimbulkan kontroversi. Khabarnya ia berlaku dalam satu majlis berbuka puasa dan temuduga 3 orang bakal TNC UNISEL di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 16 September 2008. Beliau yang mempengerusikan majlis bersama dengan bakal2 TNC UNISEL telah mengungkap kata-kata sinis bahawa ramai yang campurtangan dalam urusan UNISEL termasuk pengerusi PR , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya telah cuba campurtangan dalam urusan UNISEL. Sekiranya ini benar, ia jelas satu petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kerajaan PR di Selangor.

Persoalannya disini :

Salahkah jika DSAI campurtangan ? Itupun jika betul DSAI campurtangan.

Tidak layakkah beliau untuk campurtangan ?

Mengapa setelah 6 bulan PR mentadbir negeri, masalah politik dalaman UNISEL masih tidak selesai?

Siapakah Dato’ Dr. Mohamed Ariffin Aton?

Mengapakah Tan Sri Khalid masih membiarkan kroni-kroni mantan MB bermaharajalela di UNISEL?

Mengapakah tokoh-tokoh akademia PR dipinggir dan tidak dilantik menerajui UNISEL?

Persoalan-persoalan tersebut perlu dijawab oleh MB Selangor. Tidak sepatutnya seorang wakil MB mempersoalkan wibawa DSAI. DSAI sendiri, selain pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri (pernah juga memangku jawatan PM), merupakan mantan Presiden UIAM dan mantan Menteri Pelajaran. Beliau juga terlibat dalam UNESCO serta menjadi Fellow di sebuah IPT  (Stanford) di Amerika Syarikat. Malahan, manifesto PRU-12 PKR sendiri memerlukan beliau mengambil berat dalam bidang pendidikan tinggi. Oleh yang demikian, memang wajar DSAI campurtangan sekiranya beliau mahukan kerana keadaan UNISEL sekarang dilihat agak huru-hara.

YAB Tan Sri Menteri Besar sepatutnya peka dengan isu-isu berbangkit di UNISEL sejak memegang tampuk pentadbiran Selangor. Tan Sri Khalid tidak sepatutnya bersikap lepas tangan. Ini bukan masalah kecil. Telah timbul rasa kurang senang rakan-rakan PR di dalam PAS dan DAP. Beri peluang juga kepada mereka memberikan pendapat. Apa salahnya tokoh-tokoh akademia PAS dan DAP yang tidak kurang hebatnya diajak untuk turut sama-sama menyumbang kepada kegemilangan UNISEL?

Mungkin saranan Tan Sri bahawa jangan politikkan UNISEL. Namun, Tan Sri harus ingat bahawa memang UNISEL lahir dari politik. Cuma jangan jadikan UNISEL tempat mengaut untung politikus-politikus serta pendokong mereka yang tidak ambil pusing betapa besarnya amanah ALLAH kepada mereka. Begitu mudah mereka menggadaikan pendidikan untuk tujuan kekayaan dunia.

Kesemua mantan NC UNISEL adalah lantikan politik. Jangan bercakap ibarat ahli korporat. Pendidikan adalah amanah, Ia juga perlu menjadi asas untuk memperkukuhkan PR di Selangor. Inilah masanya membuktikan keupayaan PR dalam bidang pendidikan. Ini juga masanya untuk menunjukkan contoh kepada kerajaan pusat bahawa PR juga wibawa dalam mendokong pendidikan tinggi. UNISEL bukan sahaja universiti negeri pertama seperti yang diwawarkan. Ia juga universiti bukan BN pertama.

Adalah menjadi harapan agar YAB Tan Sri dapat memilih tokoh-tokoh yang tidak mencabar DSAI dan mempunyai aspirasi Pakatan Rakyat. Ingatlah bahawa ALLAH memenangkan PKR dengan DSAI sebagai pemangkinnya. Tidak ada maknanya jika PR mentadbir Selangor tetapi pentadbiran dikuasai oleh orang terdahulu. Mana mungkin mantan MB masih mempunyai akses dalam maklumat negeri jika tidak disalurkan oleh orang-orangnya yang masih di dalam pentadbiran.

Ingatlah, rakyat marhaen sedang menilai prestasi PR di Selangor. Rakyat sedang memerhati. Rakyat juga akan menghakimi. Rakyat Hakim Negara.

Matematik Orang Kedah – Cara Kira Harga Minyak

22 Sep

http://kedahlanie.blogspot.com/2008/09/matematik-orang-kedah.html

oleh KoboiBM

Perkiraan mudahnya seperti di bawah :-

1 barrel(tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (converter di sini)
harga minyak semasa = USD92.7 setong (rujuk sini)

Dulu USD145 x 3.3 (Rate semasa) / 159 liter = RM3 – RM0.30 (Subsidi) = RM2.70
Skrg USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kerajaan jual => RM2.55
Harga tanpa subsidi => RM2.00
Kita tanggung kerajaan = RM0.55 per liter.

Ape citer nieh? X cukup ke ngan cukai yang kita bayar????

Alahai Tan Sri …

15 Sep

Aku sgt setuju dgn cerita pasal Tan Sri … cara tan sri ni mcm berdepan dgn sorang lagi umno, tiada bezanya … org2 pr dah jadi pengemis walaupun pr menang. Tokoh2 pr di sgor tidak mendapat tempat di agensi negeri walaupun ada 9 GLC milik selangor … IPT UNISEL pun hancur … sibuk komen psl uitm … unisel dpn mata tak nampak … diserah bulat2 kpd lembaga pengarah yang hampir semuanya umno … tak tau nak jadi apa dengan pkr sgor ni … tan sri ni buat malu kat dap dan pas … kami penat lelah berjuang dan berdoa menangkan pr mcm sia-sia je walau dah 6 bulan pr memerintah … nampak mcm dap dan pas je berjaya buat kerja … tindakan tan sri mcm budak baru belajar nak berpolitik … perancangan tak ambil kira langsung hati-hati reformis … bukan nak apa, kami tak haloba ganjaran … kami ni bukan mcm umno, nak habuan … tapi tan sri ni gagal buat tindakan2 penting … buat haru je … kesian kat DSAI … nanti org kata , sgor pun tak mampu nak tadbir, ada hati nak tadbir malaysia … kesian DSAI … buang je lah Tan Sri ni … ramai lagi tokoh, Azmin ke … lagipun tokoh2 pkr mcm dr badrul amin, mustafa kami, dr mohd nor manuty, dr md nor nawawi dipinggirkan … apa le nak jadi

Si Pengundi Ijok

Terengganu Ada Mustapa Ali, Selangor Ada Khalid Ibrahim

15 Sep

Terengganu ada Mustapa Ali, Selangor ada Khalid Ibrahim

Marah betul Tuan Guru Nik Aziz dengan kenyataan yang dibuat oleh Mustapha Ali tentang peralihan kuasa pada 16 September. Menongkah arus … baca sini. Yang menambah kecoh lagi adalah dengan siaran berita di Harakah yang menurut kata ramai ahli PAS, ianya sudah bertukar menjadi lidah rasmi UMNO.

AKu dapat tahu syarikat percetakan yang berkhidmat dengan Harakah adalah milik dan mempunyai kepentingan dengan Mustapha Ali sendiri dan sekarang dengan pengharaman artikel yang di hasilkan oleh TG Nik Aziz lebih menjelaskan keadaan sebenar.

Kalau Mustapha Ali di Terengganu, di Selangor kita ada Tan Sri Khalid Ibrahim. Budak budak PKR dan Reformis dah tak tahan dengan karenah MB ni kerana kekalkan jawatan ramai barua barua UMNO di dalam kerajaan negeri. Dari SUK membawa kepada PBT.

Apa yang mengekalkan sokongan budak budak tu adalah atas perjuangan DS Anwar Ibrahim. Kalau tak der … mungkin PKR tinggal beberapa kerat saja. UMNO pula menanti untuk mengisi ruang kosong peninggalan penyokong PKR. Semuanya muka macam pembangkang, tapi sejak dulu sampai sekarang perjuangan mereka lebih kepada projek projek kerajaan negeri.

Menurut kenyataan dari beberapa orang penyokong HARD CORE PKR … mereka tunggu 16 September. Peralihan kuasa dan minta DS Anwar gantikan tempat MB dengan orang lain yang lebih sayang kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Kalau masih MB sekarang … diorang nak chow.

Biar panas bontot …. Dah lah angkut semua orang GUTHRIE penuh kan kerusi anak syarikat Kerajaan Negeri, Khalid juga terus mengekalkan ramai kakitangan yang UMNO tok tok untuk mengawal pergerakan EXCO ….

Penyokong PKR dapat apa? Debu dan asap? Kalau ingat sokongan datang dari UMNO …. kita tunggu lepas 16 September nanti.

http://umnomore.blogspot.com