Unisel Lantik Empat Ahli Lembaga Pengarah Baru

24 Aug

SHAH ALAM, 19 Ogos – Universiti Industri Selangor (Unisel) mendapat empat ahli lembaga pengarah baru berkuatkuasa 14 Ogos lalu.

Empat Ahli Lembaga Pengarah berkenaan ialah Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono, Pengerusi Perunding Bakti Sdn Bhd yang juga bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie, Pengerusi Perisai Petroleum Teknologi Bhd dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, Datuk Dr Mohamed Ariffin Aton serta peguambela dan peguamcara, Faekah Husin.

Ketika mengumumkan pelantikan tersebut, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mereka dilantik berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan akademik.

“Sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baru, mereka bertanggungjawab membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Unisel,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Zirkon@7 08 satu pameran seni visual Fakulti Teknologi Seni Lukis dan Seni Reka Industri (FTSSI) Unisel di Galeri Shah Alam petang tadi.

Dengan empat lantikan tambahan itu, Unisel mempunyai 13 Ahli Lembaga Pengarah.

Abdul Khalid berkata pelantikan mereka adalah antara langkah awal kerajaan negeri menjadikan Unisel sebuah universiti yang mempunyai daya saing serta melahirkan graduan yang bersedia bertugas di peringkat antarabangsa.

Sementara itu ketika mengulas mengenai kekosongan kerusi Naib Canselor yang kini dipangku Prof Dr Khalifah Othman, beliau berkata pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa yang telah dipilih.

“Sasaran kita ialah sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata tiga Timbalan Naib Canselor akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran juga akan turut dilantik.

“Oleh kerana kita dah ambil mereka-mereka yang mempunyai keupayaan mentadbir universiti, jadi mereka ini boleh memberi pendapat dan berkongsi pengalaman dari segi pemilihan yang terbaik untuk Unisel,” katanya. – NOOR ALLIA KASSIM

PS : Tahniah Tan Sri … sudah sampai masanya tindakan tersebut dilaksanakan  demi kemajuan IPT milik PR yang setakat ini dikuasai oleh kroni mantan MB. Lihat sahaja Suara Keadilan baru-baru ini. dari Pemangku Naib Canselor, Pendaftar serta para pentadbir yang lain … sebahagian besarnya mereka yang tidak ikhlas dan berkepentingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: