Archive | August, 2008

Imbasan P44 di Lokasi DSAI Mengundi

26 Aug
PDRM

PDRM Polis mengawal warga PRBN

DSAI Tiba

DSAI Tiba

Panas

Panas

FRU

Lokasi

Lokasi

FRU
Tempat DSAI Mengundi

Tempat DSAI Mengundi

Bilik Panas PR

Bilik Panas PR

Advertisements

Keputusan P44 Permatang Pauh

26 Aug

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31195

Datuk Arif Shah (BN)  15524

Hj. Hanafi Mamat (AKIM) 92


Datuk Seri Anwar menang dengan majoriti 15671

Unisel Lantik Empat Ahli Lembaga Pengarah Baru

24 Aug

SHAH ALAM, 19 Ogos – Universiti Industri Selangor (Unisel) mendapat empat ahli lembaga pengarah baru berkuatkuasa 14 Ogos lalu.

Empat Ahli Lembaga Pengarah berkenaan ialah Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono, Pengerusi Perunding Bakti Sdn Bhd yang juga bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Dato’ Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie, Pengerusi Perisai Petroleum Teknologi Bhd dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, Datuk Dr Mohamed Ariffin Aton serta peguambela dan peguamcara, Faekah Husin.

Ketika mengumumkan pelantikan tersebut, Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mereka dilantik berdasarkan pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan akademik.

“Sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baru, mereka bertanggungjawab membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Unisel,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Zirkon@7 08 satu pameran seni visual Fakulti Teknologi Seni Lukis dan Seni Reka Industri (FTSSI) Unisel di Galeri Shah Alam petang tadi.

Dengan empat lantikan tambahan itu, Unisel mempunyai 13 Ahli Lembaga Pengarah.

Abdul Khalid berkata pelantikan mereka adalah antara langkah awal kerajaan negeri menjadikan Unisel sebuah universiti yang mempunyai daya saing serta melahirkan graduan yang bersedia bertugas di peringkat antarabangsa.

Sementara itu ketika mengulas mengenai kekosongan kerusi Naib Canselor yang kini dipangku Prof Dr Khalifah Othman, beliau berkata pemilihan akan dibuat oleh satu jawatankuasa yang telah dipilih.

“Sasaran kita ialah sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata tiga Timbalan Naib Canselor akademik, hal ehwal pelajar dan pentadbiran juga akan turut dilantik.

“Oleh kerana kita dah ambil mereka-mereka yang mempunyai keupayaan mentadbir universiti, jadi mereka ini boleh memberi pendapat dan berkongsi pengalaman dari segi pemilihan yang terbaik untuk Unisel,” katanya. – NOOR ALLIA KASSIM

PS : Tahniah Tan Sri … sudah sampai masanya tindakan tersebut dilaksanakan  demi kemajuan IPT milik PR yang setakat ini dikuasai oleh kroni mantan MB. Lihat sahaja Suara Keadilan baru-baru ini. dari Pemangku Naib Canselor, Pendaftar serta para pentadbir yang lain … sebahagian besarnya mereka yang tidak ikhlas dan berkepentingan.

Undilah DSAI P44 Permatang Pauh

12 Aug
Undilah DSAI

Undilah DSAI

KENYATAAN AKHBAR SPR

11 Aug

PILIHAN RAYA KECIL BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN
P.44 PERMATANG PAUH

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan secara rasmi pada 1 Ogos 2008 oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya Parlimen P.44 Permatang Pauh berikutan dengan perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh Y.B Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail pada 31 Julai 2008.

2. Berikutan dengan kekosongan kerusi Dewan Rakyat tersebut, SPR, berpandukan kepada undang-undang yang berkaitan dengannya perlu mengambil tindakan-tindakan yang sesuai dan telah melantik seorang Pegawai Pengurus dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus untuk melaksanakan tanggungjawab menjalankan pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan berkenaan.

3. Mereka yang telah dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai berikut :-

Pegawai Pengurus

Encik Roslan bin Yahaya
Pegawai Daerah,
Seberang Perai Tengah.

Penolong Pegawai Pengurus

i. Encik Zainol Abidin bin Md. Noh
Setiausaha,
Majlis Perbandaran Seberang Perai.

ii. Encik Kamarul Haizal bin Koderat
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan)
Seberang Perai Tengah.

iii. Encik Azizal bin Ahmad
Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Seberang Perai Tengah.

4. Sehubungan dengan perkara ini, SPR telah bermesyuarat pada 6 Ogos 2008 untuk menetapkan tarikh-tarikh bagi menjalankan pilihan raya kecil sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Dengan ini diumumkan bahawa bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil bahagian pilihan raya Parlimen P.44 Permatang Pauh, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

4.1 Tarikh Writ dikeluarkan : 7 OGOS 2008

4.2 Tarikh Notis dikeluarkan : 8 OGOS 2008

4.3 Tarikh Penamaan Calon : 16 OGOS 2008

4.4 Tarikh Pengundian : 26 OGOS 2008
(Jika ada pertandingan)

5. Bagi tujuan pilihan raya kecil ini, menurut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihan raya kecil P.44 Permatang Pauh ini. Seramai 58,459 pemilih yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos adalah layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil bagi P.44 Permatang Pauh ini.

6. Dalam tempoh pilihan raya kecil ini dijalankan, amat penting semua pihak mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. Oleh itu, semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas parti dan individu-individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang telah ditetapkan. Semua pihak perlu juga ambil ingatan bahawa terdapat beberapa kes petisyen pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum 2008 masih dalam perbicaraan. Oleh yang demikian, calon-calon adalah diingatkan supaya tidak menyentuh isu-isu yang melibatkan kes-kes petisyen dalam kempen-kempen mereka.

7. Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya kecil bagi bahagian pilihan raya ini akan diumumkan dari masa ke semasa oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang dan Pegawai Pengurus P.44 Permatang Pauh.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI HAJI AB RASHID BIN AB RAHMAN)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia.

6 OGOS 2008

KERAJAAN PUSAT WAJIB DITUKAR

11 Aug

KERAJAAN PUSAT CUBA “MENDERA” RAKYAT PULAU PINANG

6 Aug

Permatang Pauh 3 HB- Lawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan YB Lim Guan Eng ke Empangan Mengkuang bersama Pengurus besar PBA Pulau Pinang , Sdr Jasmin Maidin Syah dan juga ADUN Permatang Pasir YB Hamdan Abdul Rahman, PAS Permatang Pasir serta Exco kerajaan negeri merangkap Exco Pengguna Pulau Pinang YB Abul Malik ,Ahli Parlimen bukit Mertajam YB Chong Eng,ADUN Padang Lallang YB Chong Eng adalah bertujuan meninjau projek yang sepatutnya mendapat kelulusan dan diteruskan oleh kerajaan pusat, kini telah ditangguhkan pembinaannnya.

Ini adalah kerana dengan pendedahan betapa rancangan pembesaran empangan Mengkuang ini yang menjadi nadi sumber utama bekalan air utama kepada membekalkan air di Pulau Pinang dan Seberang Perai telah ditangguhkan pembinaaanya.Empangan mengkuang yang terletak di bawah parlimen Permatang Pauh adalah antara empangan yang terbesar di Pulau Pinang yang siap dibina pada tahun 1985 adalah empangan yang paling besar di Pulau Pinang dengan kapasiti 23.6 billion liter air ini seharusnya dibesarkan mengikut rancangan Malaysia ke 8 dan kini rancangan Malaysia ke 9 seharusnyalah memulakan pembinaannya pada tahun 2009 dan dijangka siap pada tahun 2012 agar masalah perbekalan airnya mencukupi sehingga tahun 2024.

Pembesaran Empangan ini yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan ke 9 seharusnya telah memulakannya proses pembesarannya kerana semua tanah milik penduduk yang berdekatan telah disukat dan dikenalpasti, tetapi sehingga penggumuman yang dibuat kerajaan Pusat untuk menangguhkan pebinaannnya sehingga tarikh yang tidak pasti menggusarkan kerajaan negeri.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBA Pulau Pinang pembesaran ini dalah perlu kerana mengikut kajian Lembaga Penduduk Pulau Pinang , pertambahan penduduk akan bertambah dalm masa 10 tahun akan datang iaitu dari 1.52 juta penduduk pada tahun 2007 kepada 2.06 juta penduduk pada tahun 2020 berdasarkan kepada peningkatan purata tahunan jumlah kelahiran dan pertambahan penduduk dengan kadar 2.36% setahun.

Status : Empangan Mengkuang Isi padu (billion liter)
Isipadu sekarang /Existing 23.6
Pertambahan /Expansion 86.4
Perbezaan /Difference 62.8

Empangan Mengkuang akan membolehkan simpanan meningkat kepada 3.7 kali jika di lakukan pembesaran

Perkara utama dalam pembesaran empangan mengkuang ini ialah:

Meningkatkan ketinggian sebanyak 11 meter(iaitu dari 31 meter kepada 42 meter)

Membina dengan menyambungkan empangan yang sedia ada dengan membina empangan yang baru menyambungkan empangan lama yang dipanggil empangan mengkuang 2

Membina dan mengadakan sistem stesen pam yang baru

Ini adalah projek yang paling mustahak untuk keperluan penduduk Pulau Pinang

“ Kerajaan negeri memandang serius penangguhan projek pembesaran Empangan Mengkuang ini yang mana ianya merupakan salah satu projek yang diluluskan oleh Dewan undangan negeri Pulau Pinang dan mengharapkan kerajaan Persekutuan meneruskan projek ini. Ini adalah kerana ,semua penduduk Pulau Pinang adalah pembayar cukai, dan empangan Mengkuang ini terletak di kawasan parlimen Permatang Pauh,maka kerana itu saya rasakan kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab kerana menangguhkannya” jelas YB Lim Guan Eng lagi.

Projek ini harus dilaksanakan tahun ini atau awal tahun depan untuk menampung keperluan penduduk .Ianya harus di mulakan pada tahun hadapan atau siap pada tahun 2012, jika tidak bekalan air Pulau Pinang akan terjejas dan tidak mencukupi sehingga 2024 nanti.Malah akan meningkat lagi jumlah pebelanjaan pembinaannya dimana pada asalnya jumlahnya ialah sebanyak 950 juta, namun dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang pembinaan(simen dan besi) kosnya semakin meningkat iaitu sebanyak RM 1.1 billion.

Projek ini sebenarnya adalah pinjaman penuh daripada kerajaan Pusat dibawah rancangan Malaysia ke 9 dimana tanah-tanah yang telah dikenal pasti iaitu sebanyak 190 plot yang bernilai RM172 juta ringgit.Sehingga kini sejumlah 32 lots dengan jumlah 105 ekar telah dikenalpasti dengan nilai harga tanahnya berjumlah RM35 juta .Sementara itu dengan menambahkan 158 lot lagi, iaitu menjadikan jumlah 488.5 ekar adalah jumlah yang sepatutnya bagi pembinaan empangan baru dimana sejumlah RM137 juta adalah dari bantuan pinjaman dari kerajaan pusat.

Menurut YB Lim lagi, “saya tegaskan bahawa ini adalah projek rakyat ,kerajaan menegaskan ianya mengutamakan projek bekalan makanan , namun air adalah penting dalam kehidupan kita.Mungkin kita boleh berpuasa , namun kita memerlukan air dari makanan jika keadaan darurat, dan ini adalah keperluan asas dan kita merayu kerajaan pusat agar meneruskan, dan jika tidak akan disiapkan kita akan menghadapi bekalan air yang tidak mencukupi dan empangan yang besar adalah untuk menyimpan air,”

Menurut pengurus besar PBA En Jasni Amin Shah, “Pembesaran ini memberi impak yang besar kerana sewaktu berlakunya banjir diselatan Kedah empangan Mengkuang ini akan mengepam air yang berlebihan dan akan simpan didalam empangan Mengkuang ini.Ini memberi keuntungan kerana air yang berlebihan di alirkan ke laut. Sistem pam ini dilakukan pada musim hujan dan kita akan meminimakan banjir di SPU dan selatan Kedah. Pulau Pinang mengalami musim kemarau dari bulan Januari ke bulan Mei, jadi jika ini berlaku simpanan air akan mencukupi untuk keperluan penduduk”, demikian jelas En Jasni lagi.

Menurut YB Lim lagi, adakah kerana penangguhan projek ini adalah kerana ianya mungkin didalam kawasan Wan Azizah, yang kini di tandingi oleh Dato Seri Anwar dan mungkin dalam dua tahun lagi apabila Pak lah melepaskan jawatan dan pulang ke Pulau Pinang, apakah beliau akan sanggup menghadapi masaalah bekalan air” demikian jelas Ketua menteri lagi.