Ezam: Jawab Sumpah Lokman Dulu, Sebelum Cabar Anwar !!

18 Jul

CUCU MAT KILAU

(Disahkan oleh Bekas Timbalan Ketua Perhubungan PKR Negeri Pahang)

Nampaknya mutakhir ini Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md.Nor yang baru sahaja “menjilat” ludahnya masuk UMNO kini begitu rakus untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Memang benar telahan semua pihak bahawa Ezam dijadikan senjata oleh Pak Lah untuk memastikan riwayat politik Anwar berkubur. Bahkan, Ezam kini seolah-olah telah menjadi “wira”, kononnya untuk mempertahankan “kebenaran”. Kebenaran apa yang ingin dipertahankan agaknya? Bukan main lagi beliau cuba menjuarai isu-isu rasuah yang melibatkan Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama beliau terus lupa dan alpa dengan kotak “fail-fail rasuah” pemimpin UMNO yang masih belum beliau bongkarkan selama ini. Beliau terlena diulit mimpi, kononnya niat menyertai semula UMNO setelah melihat Pak Lah melaksanakan perubahan dalam kerajaan sekarang. Beliau langsung tidak boleh menilai “mana intan mana kaca” kini. Baginya, rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dulu sudah pun dihapuskan oleh Pak Lah sejak mengambil alih kuasa. Bahkan beliau merasakan bahawa segalanya telah dilakukan oleh Pak Lah, maka itu kini beliau rela memperhambakan diri kepada parti karat yang hampir karam itu. Inilah dia bukti betapa “dangkal”nya mentaliti budak Ezam yang pernah disanjung kerana perjuangannya selama ini.

Soalnya sekarang mengapakah Ezam tiba-tiba ingin menjadi “hero” bagi menyelamatkan parti karat UMNO itu. Walhal beliaulah orang yang selama ini berhasrat untuk membongkarkan segala penyelewengan dan rasuah yang melibatkan kepimpinan parti itu. Bukan sahaja semasa berada dalam Keadilan, malahan ketika beliau menubuhkan GERAK juga, banyak pendedahan yang telag beliau lakukan terhadap penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan korupsi oleh pemimpin UMNO dan kerajaan BN. Ini yang menghairankan kita sebenarnya. Memang dari awal lagi, kita sudah dapat menggagak bahawa Ezam akan masuk UMNO iaitu sejak peristiwa “kumpulan 12” yang melibatkan Ruslan Kassim dan rakan-rakan. Benarlah kabaran yang menyatakan bahawa Ezam adalah perencana semua itu. Ezamlah yang telah awal-awal lagi mengadakan pertemua dan rundingan demi rundingan untuk menyertai UMNO. Namun, hasrat itu terencat apabila tawarannya untuk jawatan “Menteri” ditolak oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan kerajaan. Lantaran itulah Ezam meneruskan agenda perjuangannya bersama Keadilan dan dalam masa yang sama terus mencari ruang untuk menukar haluannya. Sungguh jijik apa yang dilakukan oleh Ezam selama ini. Ramai anak-anak muda yang tertipu dengan imej Ezam yang dikatakan sebagai “Ikon Perjuangan” mereka selama ini.

Dosa Ezam terlalu besar untuk ditanggung sebenarnya. Ramai yang kecewa dengan sikap beliau. Ezam kini sudah tiada nilai dan harga diri lagi. Beliau sudah menjual maruahnya dan kini beliau bakal dihina dan dicemuh sebagai “petualang” lantaran sikapnya ini. Ezam kini berbangga kerana dalam kekeliruan beliau akhirnya diterima masuk UMNO biarpun terdapat pertelingkahan dikalangan MT UMNO sendiri. Lantaran untuk menghargai pendirian dan menunjukkan beliau serius untuk kembali bersama UMNO, kini beliau dilihat “lebih UMNO dari kalangan pemimpin UMNO sendiri”. Inilah yang digusarkan oleh pemimpin UMNO sebenarnya. Biarpun kemasukan Ezam bersyarat dimana beliau tidak dibenarkan memegang dan bertanding dalam mana-mana jawatan tertinggi parti dalam tempoh terdekat ini. Namun segalanya akan berubah, bila mana pemimpin tertinggi UMNO terutamanya Pak Lah dan Najib melihat kerja-kerja yang dilakukan oleh Ezam sekarang ini. Dalam masa beliau mengadakan “roadshow sesumpah”nya itu, beliau juga sebenarnya sedang berkempen untuk orang-orang tertentu. Buktinya, kita dapat melihat dengan jelas sebaik sahaja Ezam balik dari roadshownya di Kuala Trengganu yang dihadiri oleh “orang-orang hantu” maka Pemuda UMNO Trengganu dengan sebulat suara menetapkan untuk menyokong perlantikan Khariy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO. Bukankah, ini sesuatu yang menakjubkan sebenarnya. Ezam melaksanakan dua agenda dalam satu masa. Pertama, memburuk-buruk serta menjatuhkan imej Anwar dan kedua berkempen supaya Pemuda UMNO negeri menyokong Khairy diangkat sebagai Ketua Pemuda parti karat besi itu. Sungguh luar biasa hebatnya budak Ezam ini!.

Berbalik kepada isu sesumpah Ezam sekarang ini. Kita pun naik hairan melihat sikap beliau yang “cakap tak serupa bikin” selama ini. Dulu beliaulah manusia yang sanggup bermati-matian mempertahankan Anwar dari segala tuduhan. Kini beliau pula yang kononnya ingin bersumpah untuk mendedahkan “rahsia besar” Anwar jika Ketua Umum PKR dan isterinya sering menfitnah kononnya beliau mendapat habuan “jutaan ringgit” untuk masuk UMNO. Lucu benar bila kita melihat budak Ezam ini. Sungguh tidak kita sangka-sangka orang yang selama ini kita sanjung sebagai “pejuang” dan bakal menjadi pemimpin yang hebat untuk mempertahankan agenda rakyat kini “menikus” dan menjadi “hamba” kepada pemimpin yang selama ini beliau hina dan kutuk. Ini bermakna beliau lebih hina dan terkutuk daripada apa yang kita sangkakan. Malu benar untuk kita kenang sejarah Ezam sejak 10 tahun yang lalu.

Apa yang menghairankan kita juga kenapakan Ezam kini sudah pandai berbicara soal “sumpah”?. Mungkin agaknya terkena badi “sesumpah” yang dilafazkan oleh Balasubramaniam dalam “Akuan Sumpahnya” baru-baru ini. Atau, mungkin juga terpalit dek “sumpah” yang bakal dilakukan oleh Saiful budak suruhan Najib perihal kes liwatnya itu. Atau mungkin juga, Ezam terikut-ikut rentak bos barunya Najib Razak yang telah “bersumpah” kononnya beliau tidak kenal manusia yang bernama “Altantunya Shariibu” selama ini. Lantaran itulah Ezam juga ingin popular dengan sumpah. Apakah beliau terlupa dengan “sumpah keramatnya” yang dilaungkan di Bumi Pahang dulu?. Sumpah keramat yang dilafazkan untuk memberi semangat dan keazaman yang berkobar-kobar kepada anak-anak muda keadilan dalam menitia arus perjuangan. Kini semuanya hancur lebur dan terkulai layu begitu sahaja. Ezam kini bukan lagi Ezam dulu. Maka itu apakah lagi “sumpah” yang ingin beliau lakukan agaknya?. Mungkin satu hari nanti budak Ezam ini akan dimakan sumpah agaknya. Barulah beliau tahu “langit itu tinggi atau rendah”.

Masih kita ingat dulu, sekitar tahun 2004 dimana Saudara Lokman Noor Adam (Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan) yang juga MPT Keadilan telah dipecat dari parti gara-gara membongkarkan rahsia penyelewengan Ezam. Rahsia Ezam memunggah segala wang kegunaan parti untuk membesarkan “temboloknya”. Rahsia dimana Ezam menggunakan kedudukannya untuk membawa masuk banyak wang ke dalam parti melalui akaun peribadinya. Ribuan, malahan jutaan ringgit yang disalurkan telah diselewengkan untuk kepentingan peribadinya. Beliau bermegah-megah membina banglo dan sebagainya dengan wang tersebut sedangkan dalam masa yang sama ada orang terpaksa menderita meringkat dalam tahan ISA dengan keluarganya tidak dibela iaitu Lokman. Bahkan akaun pemuda Keadilan hanya berbaki lebih kurang RM300 sahaja, sedangkan wang masuk berserta dengan bukti menunjukkan sebaliknya. Ezamlah orang yang bertanggungjawab melakukan penyelewengan itu. Namun perkara ini dipertahankan oleh pucuk pimpinan parti dan apabila Lokman mendedahkan penyelewangan ini, beliau telah dipecat dari parti. Lokman menjadi mangsa hinggalah beliau mencabar Ezam bersumpah di Masjid Negara ketika itu. Apa jawab Ezam .”Lokman dahh tak betul, budak bangang dan tak perlu dilayan”. Sedangkan ketika itu Lokman, bersumpah mengikut Islam dalam sebuah rumah Allah. Soalnya, mengapakah Ezam takut dan tidak berani untuk bersumpah ketika itu kiranya beliau benar?.

Akhirnya, Lokman menjadi mangsa kerakusan Ezam dalam kes ini. Hilanglah satu permata yang berharga. Dan dalam kes inilah Cucu serta rakan-rakan Keadilan Bahagian Paya Besar Pahang cuba mempertahankan Lokman hingga membawa kepada pembubaran “Parti Keadilan Paya Besar” sekitar tahun 2004 itu. Lokman ketika itu berjumpa dengan Cucu di Kuantan, meminta dan merayu Cucu untuk mendedahkan penyelewengan Ezam menerusi internet. Cucu telah melakukannya, hingga membawa kepada kegagalan Ezam untuk bertanding menentang Najib di Pekan. Antara pemimpin Keadilan Paya Besar yang turut membantu Lokman ialah Ketua Bahagaian (Wan Jusoh Wan Kolok), Setiausaha (Ariffin Ismail), Wan Min serta lain-lain lagi. Kami memang pasti Ezam bersalah dalam hal ini, dan Ezam adalah “petualang sebenar” dan bukan Lokman. Pembubaran parti Keadilan Paya Besar ketika itu telah menyebabkan Wan Jusoh digantikan dengan Shaari Shungip. Sebelum pembubaran, Cucu sempat bertemu dan bersemuka dengan Ezam di sebuah warung di hadapan Kem Batu 10, Kuantan (Bersebelahan dengan Petronas). Ketika itu Wan Jusoh dan Ariffin turut bersama. Ezam baru selesai mengadakan ceramah pilihanraya di Chini ketika itu. Dalam pertemua itu, sekali lagi Cucu bertanya apakah benar apa yang didedahkan oleh Lokman di TV3?. Mengapa beliau tidak mahu menjawap “sumpah” Lokman seperti yang dicabarnya itu.

Ezam sekali lagi memberi jawapan yang meragukan dan seolah-olah mengatakan Lokman seperti “budak gila”. Walhal beliau sepatutnya “berani kerana benar”. Inilah yang menyebabkan Keadilan Paya Besar hilang kepercayaan kepada beliau dan membela Lokman. Sekarang… sudah terbukti Siapakah Ezam sebenarnya? Apapun Lokman tetap menjadi mangsa, dan kini kabarnya sudah selesa dengan kehidupannya diluar sana. Tahniah kepada Lokman dan Takziah kepada Ezam. Kini kedua-duanya telah berada diluar parti yang didokong selama ini. Biarpun satu wadah kini iaitu “UMNO” namun, Cucu yakin Lokman tidak akan menerima kehadiran Ezam iaitu manusia yang menjatuhkan maruahnya dulu. Luka lama pastikan berdarah kembali. Perjalanan politik Ezam untuk kembali ke UMNO sudah dapat Cucu baca sejak dari awal perletakkan jawatannya lagi. Kini artikel Cucu dua tahun lalu yang bertajuk “Ezam Keluar Parti : Malapetaka Besar Buat Keadilan” terbukti kesahihannya.

Dengan pendedahan ini terbuktilah kepada kita bahawa budak Ezam, bukanlah manusia yang boleh disanjung. Beliau sememangnya seorang yang “munafik” yang langsung tidak ada hala tuju dalam perjuangannya. Ezam ibarat “sesumpah” yang boleh bertukar warna bila-bila masa sahaja. Kini beliau bersama UMNO dan mengutuk Keadilan. Dulu bersama Keadilan dan menghentam UMNO. Apa akan jadi masa akan datang jika Anwar benar-benar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri?. Apakah kita boleh terima manusia seperti Ezam kiranya beliau mengakui kesilapannya dan insaf? Justeru itulah melihat apa yang berlaku kepada Lokman dulu, terbuktilah kepada kita bahawa Ezam amat takut dengan “sumpah”. Kini beliau cuba untuk menjadi juara pula dalam hal sumpah tatkala ingin berhadapan dengan Anwar. Semoga satu hari nanti Ezam akan dimakan oleh sumpahnya itu. Apapun kita yakin benar bahawa Ezam sememanya terlibat secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar kali ini. Mungkinkah juga beliau adalah “mastermind” isu Liwat terbaru Anwar, dalam usaha untuk menyakin pucuk pimpinan tertinggi parti agar membebaskannya dari larangan memegang jawatan dalam parti dan bertanding dalam pemilihan agung parti hujung tahun ini. Apapun, kita sama-sama nanti riwayat hidup Ezam selepas ini. Adalah lebih elok Ezam jawab dulu sumpah Lokman sebelum beriya-iya untuk sanggup bersumpah dalah mencabar Anwar!

[Kali terakhir Cucu bersama Lokman di pejabatnya di Shah Alam, dan kini hubungan telah terputus sama sekali, setelah Cucu tidak mengikutinya untuk projek Emas di Filipina. Biarpun bukti sudah jelas, pembubaran Keadilan Paya Besar pada tahun 2004 kerana Ezam. Dan Jelas kini Ezam adalah petualang. Namun, masih ada lagi pemimpin Keadilan Pahang yang tidak dapat menerima kehadiran semula rakan-rakan Cucu iaitu Ketua Keadilan Paya Besar (Wan Jusoh Wan Kolok) dan Setiausaha Bahagian (Ariffin Ismail) apatah lagi cucumatkilau (Bekas Calon DUN Lepar, 2004 dan Calon PKR DUN Kemayan, 2008). Semoga dengan penjelasan ini akan terungkailah semua kemusykilan]

Pautan Kenangan Isu Bubar Parti & Lokman ( 2004 )

* Spekulasi Pembubaran Parti Keadilan Nasional Bahagian Paya Besar
* Pembubaran Parti Keadilan Paya Besar Satu Kemenangan AwalB
* Lokman Noor Adam: Perginya Wira Dari Sebalik Tirai Perjuangan

Blog Cucumatkilau:u. http://www.cucumatkilau.blogdrive.com]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: