Aduan PR Selangor : MB, Exco & YB Semakin Jauh Dari Rakyat?

18 Jul

Rakyat Selangor hakimi Pakatan Rakyat
Oleh : Saidah Hairan

Jawatan adalah amanah besar bukan suatu penghormatan. Dalam konteks negeri Selangor, Umno yang memerintah selepas merdeka gagal melaksanakan amanah kepimpinan yang diberikan rakyat.

Kehidupan rakyat Selangor yang berada di depan dalam pelbagai segi termasuk pendidikan, telah menyebabkan Umno tersungkur dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Rakyat Selangor tanpa disangka telah menaikkan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP menjalankan pentadbiran baru di bawah Pakatan Rakyat.

Perubahan minda tanpa disangka itu membuktikan kehebatan dan kesedaran rakyat Selangor yang telah keluar daripada kepompong benak politik yang selama ini dikuasai Umno.

Walaupun pemimpin silih berganti, budaya rakus, fitnah, tamak, rasuah telah menjadi darah daging dalam Umno. Mustahil bagi sesetengah pimpinan Umno meninggalkan perbuatan buruk itu kerana ia merupakan jalan pintas untuk mengumpul harta kekayaan daripada kelemahan rakyat.

Penderitaan rakyat Selangor bertambah pada era pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo. Beliau pernah membuat kenyataan terbuka dalam majalah Massa 26.8.2000 katanya; “Saya tidak tergoda pada kemewahan…pembangunan rohani akan diutamakan…”

Sejak Khir menjadi MB hingga Mac 2008 apa sudah berlaku di Selangor?

Berapa banyak laporan yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BRP). Berkali-kali aduan rasmi dibuat oleh penulis, Ahmad Lutfi Othman kerana mensyaki Khir Toyo terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Malangnya, kes ituditutup atas arahan pimpinan tertinggi parti.

Rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dan agama lega dengan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu. Mungkin selama di bawah pentadbiran Umno rakyat yang seolah-olah bernafas dalam lumpur, kini lega dan boleh menarik serta menghembus nafas sepuas-puasnya.

Umno Selangor tersungkur disebabkan pimpinan mereka yang terlalu angkuh. Merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga tidak mahu mendengar rintihan dan keluahan rakyat.

Walau besar mana pangkat dan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah, seseorang itu perlu banyak bermuhasabah daripada mana asal usul mereka. Apabila berada di atas, seseorang mesti tengok ke bawah, bukan mendongak lagi.

Kegagalan Umno yang ditadbir selama 50 tahun untuk terus bertakhta di hati rakyat perlu diinsafi oleh seluruh pimpinan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor.

Ini kerana kuasa yang ada pada pimpinan PAS, KeADILan dan DAP negeri Selangor merupakan amanah besar daripada rakyat.

Harapan rakyat Selangor terlalu tinggi terhadap perubahan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta saf kepimpinannya.

Pastinya, rakyat Selangor tidak mahu sejarah hitam berulang. Selama ini rakyat Selangor mempunyai Menteri Besar, ahli Parlimen dan Adun yang kurang mesra rakyat dan hanya bertemu rakyat ketika menjelang pilihan raya iaitu minggu kempen.

Selama tiga hingga empat tahun rakyat dibiarkan sepi. Setiap hari rakyat menanti kehadiran Adun dan Menteri Besar ibarat menanti buah yang tidak gugur.

Ada saja alasan jika rakyat mahu bertemu di pejabat exco dan Menteri Besar. Sibuk, mesyuarat, melawat kawasan dan sebagainya adalah antara alasan yang sering digunakan oleh wakil rakyat Umno.

Apakah wakil rakyat PAS, KeADILan dan DAP juga mempunyai alasan serupa ketika mahu ditemui rakyat?

Rakyat tidak akan sanggup memanjat bangunan SUK di Shah Alam tanpa sebarang alasan konkrit untuk mengadu masalah.

Bayangkan rakyat yang tinggal di Sabak Bernam, Tanjong Karang, Banting terpaksa bekejar ke Shah Alam semata-mata mahu meluahkan masalah kepada exco dan MB.

Tanpa rakyat siapa ahli Parlimen, Adun dan MB? Jika mereka tidak mempunyai sokongan padu daripada rakyat, apakah mereka akan berada pada tahap sekarang?

Pimpinan Pakatan Rakyat wajar melaksanakan mesra rakyat jika mahu kepimpinan mereka terus dihormati dan disanjung tinggi. Keakraban tiga parti mentadbir negeri Selangor perlu diterjemahkan bukan sekadar slogan bagi menutup mata rakyat.

Segala masalah pentadbiran dan rakyat perlu dibincang serta diatasi bersama.

Sokongan pengundi bukan Islam telah menaikkan nama pimpinan PAS dan KeADILan. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk terus memberi perhatian serius kepada mereka dengan mengenepikan penyokong Melayu terutama penyokong tetap PAS.

Dikhuatiri jika mereka tidak dipedulikan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berkecuali dalam pilihan raya umum akan datang.

Sudah pasti penyokong Pakatan Rakyat tidak mahu mereka dizalimi.

Mungkin pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan melakukan perobohan surau, sekatan penceramah di masjid, rasuah serta penyelewengan.

Tetapi tidak mustahil rakyat akan dizalimi dengan cara ahli Parlimen, Adun, Exco dan MB tiada masa untuk senyum dengan rakyat, jauh sekali meluangkan sedikit masa untuk dikunjungi rakyat di pejabat-pejabat atau di pusat khidmat di setiap Dun.

Apa salahnya wakil rakyat membuangkan sedikit alasan sibuk dan mesyuarat jika dihubungi rakyat untuk membuat temu janji.

Ketika hari perasmian sidang DUN di Shah Alam, ada pegawai Kerajaan SUK meluahkan kekesalan kerana Khir Toyo baru sudi melemparkan senyuman kepada mereka.

“Ah..dah kalah baru nak senyum dengan kita orang…”,demikian antara luahan dilemparkan terhadap Khir.

Justeru, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat perlu meneliti, mengkaji dan mengambil iktibar mengapa rakyat menolak Umno?

Apakah rakyat Selangor mahu terus dizalimi? Dan apakah kerajaan baru Pakatan Rakyat hanya mahu mentadbir sepenggal saja…jawapannya ada pada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

One Response to “Aduan PR Selangor : MB, Exco & YB Semakin Jauh Dari Rakyat?”

  1. aura merah January 2, 2009 at 6:55 am #

    Pusat Khidmat Dun indah khabar dari rupa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: