Surat Terbuka Untuk Pimpinan Pakatan Rakyat

8 Jul

Saifudin bin Ibrahim
(No. KP : 760702-03-5999)
Lot 250 Kampung Pintu Gang,
15100 Kota Bharu,Kelantan.

5 Rejab 1429 / 8 Julai 2008


Ke Majlis :

1. Ybhg. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pengerusi,
Majlis Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi bin Awang
Presiden,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

3. YB Datin Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

4. YB Lim Kit Siang
Penasihat & Pengerusi Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik,
Democratic Action Party (DAP)

YB Dato’ Seri,


KERJASAMA PAKATAN RAKYAT


Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan saya seperti nama di atas adalah salah seorang daripada jutaan penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Tidak terlewat rasanya untuk ucapan tahniah di atas kejayaan memerintah 5 buah negeri dan menawan Wilayah Persekutuan. Di atas kerjasama yang paling erat dari kalangan parti-parti pembangkang, ia mungkin menjadi satu sejarah kepada politik Negara. Pertembungan ‘satu lawan satu’ akhirnya menjadi realiti. Natijahnya, alhamduliLlah PR berjaya menggoncang keangkuhan Barisan Nasional dan sekarang kelihatan semakin hari semakin goyah.


4 negeri baru (Kedah, Perak, Selangor & Pulau Pinang) yang ditawan telahpun melepasi 100 hari pemerintahannya. Mungkin tiada apa yang hendak dinilainya, tetapi apabila menyebut 100 hari, ia seperti satu exam awal untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan.


Mungkin dan pastinya ia menjadi satu pengalaman baru kepada PAS, PKR & DAP untuk memerintah negeri-negeri berkenaan. Jika sebelum ini, kita hanya mengkritik pihak lawan, tetapi sekarang perlu diakui kita pula yang akan dikritik.


Nak tak nak, pengajaran dan pengalaman dalam menempuh uiian selama 18 tahun dari YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan WAJIB diambil kira & dipelajari oleh negeri-negeri lain yang baru saja menikmati perubahan.


Sekarang, antara tajuk yang kerap dibincangkan ialah, adakah 5 negeri akan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat? Atau adakah Pakatan Rakyat akan terus gagah bagi bergelar Pakatan Rakyat?


YB Dato’ Seri,


Melihat kepada realiti yang terjadi, terutama yang terbaru program Himpunan Sejuta Rakyat Membantah Kenaikan Harga Minyak pada 6 Julai 2008. Saya sebagai orang bawahan yang turut serta menghadiri program tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada keutuhan PR ini. Mungkin melihat kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia kerap mendakwa keutuhan dalam PR semakin utuh.


Tetapi apabila melihat satu program besar seperti program semalam (6 Julai 2008), walaupun ianya dianjurkan oleh PROTES, telah menjadi rahsia umum ia adalah anjuran PR. Gagalnya pihak penganjur untuk memenuhi ‘hasrat rakyat’ yang bersusah payah untuk turun dari jauh bagi menjayakan himpunan tersebut perlu dipandang berat oleh pihak pimpinan PR. Mengapa ramai petugas yang bergegas pulang? Mengapa ramai peserta yang pulang awal? Dan mengapa ia terjadi?


Jawapan saya satu. Keutuhan PR belum betul-betul utuh. Selagi kita masih gagal untuk ‘mendamaikan’ perbezaan antara satu sama lain, jangan impikan kemenangan. Kemenangan hasil kelemahan lawan mungkin tiba, tetapi sejarah membuktikan ia akan menjadi kemenangan yang sementara. Hati terasa cukup bimbang apabila melihat penghuni Putrajaya akan berubah tidak lama lagi, insya Allah.


Adakah sejarah di Afghanistan berulang di Malaysia? Bersatu ketika susah tidak semestinya kita akan bersatu ketika menang. Rakyat Afghanistan sanggup bersatu untuk menentang kezaliman Rusia yang telah menjajah mereka, tetapi apabila penjajah dihumban keluar, natijahnya ialah perpecahan dan saling bunuh membunuh diantara satu sama lain kerana KUASA.

Sekarang timbul bisikan-bisikan yang kurang enak dikalangan penyokong-penyokong bawahan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Tambahan tragedi di Kelana Jaya semalam. Pertanggungjawaban k eatas tragedi tersebut mesti dipikul bersama, bukan hanya mempersalahkan diantara satu sama lain.

Bagi saya, seburuk-buruk Barisan Nasional (BN) pun, tetapi ia tidak serapuh ikatan yang ada dikalangan Pakatan Rakyat. Hanya satu…. ketidakpuasan akan menjadi lebih parah, selagi ikatan Pakatan Rakyat hanya berlangsung hanya seperti hari ini. Gagalnya kita untuk bertolak ansur bukan sahaja perbezaan antara parti, tetapi emosi penyokong sendiri tidak sepatut dibiarkan.
Bagi saya, PR perlu menyelesaikan seberapa segera untuk berusaha ‘mendamaikan’ perbezaan yang ada. Malah bukan sahaja perbezaan, tetapi sikap memandang sinis sesama sendiri. Sepertimana diluahkan oleh seorang pemilkir (www.saifulislam.com) : “PKR yang menang besar itu pasti tidak lupa kepada setiap peluh keringat jentera PAS yang membantu di segebap kawasan yang ditandinginya. DAP juga tidak dapat lari dari kenyataan bahawa kemenangan yang diperolehinya adalah sebahagiannya hasil keterbukaan segelintir orang Melayu dan Muslim yang sanggup memejamkan sebelah mata mereka dari segala catatan silam, atas optimisnya mereka kepada komitmen DAP kepada prinsip-prinsip yang adil dan saksama. Malah PAS juga masih terkenang-kenang betapa nostalgianya PRU 12 apabila bulan purnama dan laungan Takbir disohorkan bukan lagi oleh Melayu (berketayap) semata-mata malah segala jenis Melayu, dan ditambah dengan bukan Melayu dan bukan Muslim.”

Jika perlu ada konvensyen di kalangan Pakatan Rakyat, teruskan. Pemuafakatan bukan hanya perlu ada dikalangan pimpinan, malah di peringkat penyokong bawahan juga perlu ada.
S

egala dasar dan manifesto yang diputuskan dalam menghadapi PRU 12 jangan di’arkib’kan. Janji tersebut bukan sahaja untuk diberi kepada rakyat, malah ia adalah janji kepada persefahaman & kerjasama dalam membina Malaysia Baru. Pastikan ada ‘win win’.

Sekarang yang hendak dituju, ialah meruntuhkan empayar zalim BN. Jika PAS menghadapi masalah, sokongan dari PKR dan DAP patuh dihulur. Begitu juga jika PKR (sekarang isu liwat dan pentadbiran di Selangor) menghadapi masalah, PAS dan DAP patut cepat-cepat menghulur sokongan dan bantuan.


Insya Allah kemenangan pasti akan tiba. Semakin dekat ia tiba, semakin kuatlah ujian yang mendatang! Saya insya Allah akan terus bersama-sama dengan Pakatan Rakyat selagi ia menepati tujuan asal permuafakatan yang dijalin.

Seperti kata seorang sahabat, “Setakat ini PR telah berjaya meletakkan semua agama & bangsa di bawah ‘satu bumbung’, tetapi masih bertahan dengan ‘tiang’ yang berbeza…. Apa peranan kita?”

Salam perjuangan untuk semua, daripada golongan marhaen.

‘Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
Menuju Negara Berkebajikan’

Yang benar,


SAIFUDIN BIN IBRAHIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: