Pembersihan UNISEL Bermula … Tapi Oleh Siapa?

4 Jul

Dari Sumber :

http://fisher.globat.com/%7Emarhaen.org/v1/mar_a_pkr_selangor04.html

Setelah menamatkan khidmat Pengarah Muzeum Selangor, kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghunus pedang pemutus sekali lagi.

Kali ini pancungannya keras dan tuntas sekali.

Dalam mesyuarat Lembaga Universiti yang diadakan lewat petang Khamis Naib Canselor Unisel, Prof. Dato, Dr. Razali Agus diberitakan diberikan notis berhenti 24 jam!.

Serentak itu, Timbalan Naib Canselor, Pro. Dr. Rustam Abbas juga ditamatkan tempoh pinjaman dan dikembalikan semula ke UiTM.

Terkini :

Berdasarkan siaran akhbar perdana, Pemangku NC UNISEL telah dilantik dan memulakan tugas pada 1 Julai 2008.

Namun, kedengaran desas-desus tentang cubaan untuk mencantas Ketua Unit Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd. Nor Nawawi yang baru sahaja dihantar oleh PR. Dikatakan juga beberapa orang kuat Pakatan Rakyat terutama dari PKR Pusat yang berada di UNISEL juga akan dikenakan tindakan oleh pemangku NC atas alasan-alasan tertentu. KPPR akan melaporkan akan perkembangan terkini berhubung dengan perkara tersebut. Wakil-wakil KPPR telah melakukan lawatan  di kedua-dua kampus UNISEL baru-baru ini untuk mendapatkan maklumat terkini yang akan kami sampaikan di ruang UNISEL. Pihak KPPR juga akan membawa isu-isu berbangkit untuk perbincangan dengan pihak Angkatan Muda KEADILAN Pusat dalam jangka masa terdekat. Mohon YAB Tan Sri Menteri Besar turut memantau keadaan ini. Laungan Kepedulian Rakyat yang dilaungkan dengan penuh semangat oleh Y.Bhg. Datuk Seri Anwar di Stadium Malawati tempoh hari perlu dimanifestasikan.

3 Responses to “Pembersihan UNISEL Bermula … Tapi Oleh Siapa?”

  1. kalambuluayam July 5, 2008 at 2:06 am #

    Apa susahnya sangat menyelesaikan masalah Unisel? Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu mempastikan pemimpin Unisel adalah dari kalangan orang-orang yang benar, amanah dan yang paling penting ikhlas mendokong cita-cita perjuangan dan aspirasi pendidikan tinggi kerajaan Pakatan Rakyat.

  2. nightwalk08 July 18, 2008 at 1:32 am #

    Daripad sumber2 yg dipercayai, Acting VC juga telah menyambung kontak jawatan “orang” yg terbukti melangar pelembagaan unisel. VC terdahulu (Razali agus) telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontak “orang” itu tetapi tidak kesampaian….
    Pemimpin PR kena bertindak tegas didalam perkara ini… dengan membetulkan keadaan…

  3. nasirzaki October 12, 2008 at 1:42 pm #

    jangan kita menyebarkan fitnah,
    sanggupkah jika kita mati dan di akhirat kelak, org yang difitnah tidak memaafkan kita.

    sumbanglah kepada kesatuan dan bukan perpecahan ummah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: