Wujud Kes liwat untuk sekat kemaraan Pakatan Rakyat

2 Jul
Mohd Sabri Said
Tue | Jul 01, 08 | 12:42:46 pm MYT
PULAU PINANG, 1 Julai (Hrkh) – Berbagai pihak di Pulau Pinang menggangap tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berlaku disebabkan dua faktor iaitu takutkan peralihan kuasa dan kesukaran Barisan Nasional (BN) untuk membaiki kepincangan dalamanya seperti kemelut MIC, MCA dan SAPP. <!–

–>

Bagi melepaskan tanggung jawab itu tidak mustahil konpirasi menjatuhkan Dato’ Seri Anwar dilakukan bagi menghilangkan ‘haba kebangkitan’ rakyat yang sedang membara untuk melihat Perdana Menteri Malaysia bakal menduduki kerusi pembangkang setelah BN berkuasa 50 tahun.

Yang Dipertua Jemaah Islah (Jim) Pulau Pinang, Jamaludin Abdullah berkata, ia adalah satu pembohongan untuk memusnahkan karier politik Dato’ Seri Anwar menjelang kejatuhan BN.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib cukup pandai mencaturkan permainan untuk memastikan kemaraan Dato’ Seri Anwar tidak kesampaian bagi menjawat jawatan Perdana Menteri ke enam Malaysia.

“Dato’ Seri Najib tentu gusar melihatkan perkembangan terkini menjelang pertengahan Julai ini. Lantas barangkali memasang perangkap bagi memastikan beliau tetap menjadi Perdana Menteri selepas Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,” ujarnya.

Penulis blog ‘Bicara Ummah’, Arzaman Sulaiman pula berpendapat semua rancangan itu diatur oleh individu yang berkepentingan dalam politik BN berikutan kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 suara di parlimen pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Namun beliau yakin rakyat akan mentertawakan ciptaan tersebut kerana mustahil Dato’ Seri Anwar melakukan perkara terkutuk itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah pula menggangap peristiwa yang tiba-tiba meletus adalah satu kompirasi setelah BN gagal membuktikan kesalahan Dato’ Seri Anwar pada tahun 1998 dulu setelah mahkamah membatalkan pertuduhan liwat selepas beliau ditahan dalam penjara selama enam tahun.

Jika ada bukti yang kukuh dengan mengemukakan saksi-saksi yang benar pihak polis perlu mengendalikan kes ini dengan telus dan bertanggung jawab bukan mengikut rentak kepimpinan BN.

“Kita nampak ia satu kompirasi yang sengaja diwujudkan bagi menghalang kebangkitan Pakaran Rakyat untuk mengambil alihan kuasa,” Ujarnya.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Rizal Tahir juga menyifatkan ia sebagai satu langkah mematikan karier politik Dato’ Seri Anwar kerana bimbang rakyat mengetahui penipuan atau perancangan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan pada tahun 1998.

Itulah tindakan bila kerajaan BN terdesak mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh sekiranya perlu, katanya.

“BN sengaja merancang untuk menjaga kepentingan dua individu yang bakal didedahkan oleh Dato’ Seri Anwar. Selepas itu rakyat akan ketahui kerja mereka selama ini,” kata beliau.

Tokoh veteran politik Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man menyifatkan, fenomena itu bukan sahaja bermatlamat menjatuhkan maruah Dato’ Seri Anwar malahan menyelamatkan kepincangan dalaman BN daripada diketahui umum.

Semua rakyat tahu, kedudukan politik SAPP, MCA dan terkini MIC sehingga perletakan jawatan Ketua Pemuda MIC baru-baru ini.

“Saya lihat ia adalah cubaan menutup kelemahan dalaman BN yang semakin tertekan bukan sahaja membunuh karier politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu,” tegasnya. – mns _

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: