Archive | July, 2008

Saiful : Tiada Bukti Beliau Diliwat

28 Jul

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu – demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami “tenesmus” – kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan “plastik” di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah”, dan “tiada kesan koyak atau calar”.

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Advertisements

Permohonan maaf Ketua Penerangan PAS berhubung isu muzakarah

28 Jul

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila �muzakarah� tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas �pembohongan� ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa �jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita�. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tahniah Pemimpin PAS … jalan ke Putrajaya semakin dekat !!!

22 Jul

Salam …

Sejak kebelakangan ini, nampaknya berkobar-kobar sebahagian pemimpin PAS ingin berbaik-baik dengan UMNO … Nama-nama seperti Mustafa Ali, Nasruddin Mat Isa, Harun Taib, Salahuddin Ayub, Halim Abd. Rahman, Hassan Ali, Khalid Samad, Haron Din serta Hadi Awang sendiri begitu beriya-iya dengan janji manis dan ikhlas UMNO. Tahniah …pergilah sertai UMNO … moga cita-cita menyatukan orang Melayu tercapai … yang paling penting, moga cita-cita nak jadi menteri, timbalan menteri, mungkin s/u parlimen dan timbalan perdana menteri (nasruddin mat isa ?) tercapai.

Tahniah …. Selamat Mentadbir Negara dengan sahabat baik anda semua , UMNO … Moga Malaysia makmur dibawah kerjasama UMNO – Pemimpin PAS. Kami pula .. pendokong PR … usahlah dibimbang …. sekurang-kurangnya kami masih ada TG Dato’ Nik Aziz … anda semua tumpukanlah kerusi empuk di pejabat-pejabat masing-masing di Putrajaya … banyak tugas menanti anda semua dalam membela nasib rakyat … Tahniah …. tercapai juga hasrat ke Putrajaya … Tahniah … Tak sabar-sabar rasanya nak ucap tahniah … jangan lupa projek-projek mega yang bakal anda dapat … agihkanlah pada kami sedikit … Tahniah

TG Hadi, Ustaz Nasharudin akan kalah dalam Pemilihan Pas!

22 Jul

Dalam keadaan Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menunggu masa untuk
menguasai Putrajaya, terdapat beberapa pimpinan Pas yang menjadi
‘pengkhianat’ untuk menggagalkan rancangan yang berkenaan.

Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr
Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali sanggup berbuat
demikian? Isu ketuanan Melayu, mendakwah Umno dan sebagainya yang
dihujahkan oleh mereka hanyalah untuk menguatkan hujah dangkal mereka
semata-mata.

Mereka berlima orang ini perlu bersedia dengan jawapan kerana kami
ahli-ahli Pas di peringkat bawahan ini akan ke Muktamar Pas di Ipoh
tidak lama lagi.

Dan kami akan pastikan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat
Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali kalah
dalam Pemilihan Pas tahun hadapan!

Kiriman Saiful

Apa Yang Sedang Dibuat Saiful Sekarang?

22 Jul

Umum sudah mengetahui bagaimana saksi kes mahkamah biasanya akan diasuh untuk duduk di kandang saksi. Mereka akan diatur cara cakap dan bagaimana menghadapi serangan peguam ketika perbicaraan berlangsung. Para pendakwaraya serta pembantunya akan membentuk saksi laksana seorang peragawati untuk berjalan cara ‘catwalk’ bagi memakukan perhatian penonton. Di sini selain dari percakapan, malah emosi serta mimik muka juga akan dibentuk. Kekadang, pegawai atau peguam pendakwa akan memberi isyarat tertentu dalam mahkamah kepada saksi semasa disoal-jawab.

Ini suatu yang lumrah sahaja dan menjadi pengetahuan umum. Malah bagi mereka yang biasa berdampingan dalam kes-kes mahkamah, apa yang saya tulis ini merupakan makan pakai hari-harinya.

Kelmarin ada sidang akhbar yang dibuat oleh Keluarga Saiful bersama dengan peguamnya. Natijah dari sidang akhbar itu menekan akan pentingnya DS Anwar memberikan sampel DNA serta hujah bapanya betapa Saiful berkata benar dan tidak berbohong. Mereka setapak ke depan dengan memainkan sentiment Islam apabila mengatakan yang Saiful sanggup tampil ke hadapan untuk bersumpah di masjid secara Islam selepas siap laporan polis dengan bersaksikan para ulama.

Kehadiran peguam kepada Saiful serta bapa saudara nya yang kelihatan lembut itu, lebih kepada perbicaraan serta pembentukan persepsi pembaca di dada akhbar. Ditambah dengan komen-komen Pak Menteri serta sidang akhbar sebegitu diharap dapat menghasilkan tanggapan yang Anwar memang bersalah meliwat saluran tahi Saiful kerana keengganannya memberikan sampel DNA. Itu sahaja.

Persoalan kenapa saiful berada di bawah jagaan dan kawalan pihak polis dijawab lewa betapa ia perlu bagi menjaga keselamatannya. Nokhtakh. Gamaknya mereka takut Saiful menjadi sasaran pengikut Anwar!

Sebenarnya, itu lah jua yang pernah dilalui saksi pendakwa dalam tuduhan liwat tahun 1998 dahulu. Azizan, Umi Hafilda malah Tan Sri Musa Hasan turut melalui proses penghafalan skrip dan penjagaan tingkah laku agar bahasa badan seiringan dengan cerita yang nak dibohongkan.

Semasa proses tunjuk-cara (simulasi) atau mahkamah olok-olok memang la mudah dan enteng kerana ia melibatkan gerombolan haprak kesemuanya. Sang sarjan menjadi Hakim, Inpektor menjadi pendakwa serta pembela. Macam main masak-masak zaman kanak-kanak sahaja. Semuanya lancar dan meyakinkan. Namun pada hari perbicaraan lain pula ceritanya.

Dari pembacaan rekod lama, segala yang dirancang dan dihafal-hafal menjadi tunggang terbalik. Hari ini cakap lain, esoknya pula berputar 360 darjah. Malah lebih dahsyat selepas dua tiga soalan dari peguambela, kebenaran pun terserlah. Azizan yang terkenal dengan percakapan dolak-daliknya yang kunun diliwat 15 kali akhirnya mengaku ia tidak pun diliwat. Beliau mengaku dengan penuh sedar bahawa polis lah yang mengatur segala percakapannya. Malah KPN sekarang pun sehingga terpaksa mengaku yang ia akan patuh apa sahaja disuruh Tuannya si Rahim Nor hatta disuruh berbohong sekali pun. Ha, amacam? Itu kira pro tu, bagaimana agaknya Saiful Buasir nanti?!

Hanya ada satu alasan kenapa pihak polis bermati-matian mahu sungguh sampel DNA Anwar. Melaluinya mereka boleh ‘plant’ bahan bukti. Tak kira lah, samada seluar seroi Saiful ka, gumpalan tisu ka, mahupun kain tuala yang saiful lap air gatal peliwatnya. Kalau sekadar nak dibuat perbandingan bahan bukti yang ada dengan DNA tertuduh cukup dengan rekod pengkalan data Anwar yang lama, kes itu sudah pun boleh dibawa ke mahkamah! TETAPI mereka mahukan sampel baru untuk dibuat sebagai bahan bukti membelasah Anwar. Itu sahaja. Pada tahap ini mereka tidak ada apa-apa untuk menyokong dakwaan Saiful yang ia telah diliwat Anwar Ibrahim!!

Pemeriksan fizikal lubang bontot Saiful tidak laku sebagai hujah mengaitkan Anwar. Lubang bontot ada elastisiti, paling menonjol pun isi terusan anus terjengoi keluar. Tak mungkin ada tatu ‘Anwar was here’! tak mungkin. Mustahil juga ada kepingan air mani kering Anwar kat situ. Atau pun bulu rerambut kemaluan Anwar di situ. Peguambela goncang sikit saja kat mahkamah. Habis! Nak dapat apa sebagai bukti? Ia bukan macam ‘ballistic test’ pada senjata yang disyaki. Tak ada apa.

Jadinya, kekuatan di pihak polis dan pendakwaraya hanyalah cerita Saiful dan bahan bukti! Inilah yang menerangkan kenapa Saiful disimpan dan polis beria-ia mahu sampel DNA Anwar.

Terlajak menyebut betapa polis menyimpan Saiful, bukan lah sangat atas alasan keselamatan. Tak pernah ada mangsa liwat yang disimpan polis. Nada. Mereka sebenarnya bukan simpan, tetapi melatih ia menghafal maklumat peribadi yang ada pada badan Anwar. Segala rekod pemeriksaan kesihatan terkini Anwar yang sampai ke tangan polis akan dijadikan topik hafalan kepada saiful dan juga ubahsuaian dalam laporan polis serta pertuduhan nanti.

Bagaimana rupa paras ‘anu’ nya Anwar akan menjadi ratib harian Saiful. Bentuk, tahi lalat, dan sebagainya perihalan fizikal Anwar akan diingati dan dihafal. Berapa tegang senjata Anwar serta ukuran panjang dan ukur lilit akan ditanam dalam memori untuk perbicaraan kemudian hari.

Begitu lah perancangan manusia. Begitu lah juga yang dilalui semua sengkokolan dalam kes liwat 98 tatkala Tun Kepala Taik Mahathir menerajui negara. Namun perancangan Allah akhirnya menyerlahkan kemakaran mereka sehingga laporan perbicaraan dalam mahkamah menjadi bahan ketawa. Rakyat akhirnya melihat bukan Anwar yang dibicarakan, tetapi rejim Mahathir dan sekongkolannya.

Kita menjangkakan situasi yang sama bakal berulang. Untuk menutup satu pembohongan, pasti tercipta sembilan lagi pembohongan. Apabila datang kebenaran yang bathil pasti menghilang. Biar pun pelbagai cara dan mehnah yang mereka rancang serta lakukan, yang Hak pasti akan unggul dan bertakhta di atas persada.

Kalau TS Musa Hassan pun terkucil, apa lagi lah Saiful Buasir. Kalau Azizan pun mengaku ia disuruh polis membuat cerita palsu, apakah Saiful tak akan bercelaru? Tambahan pula kita tahu yang keputusan akademik nya yang begitu lemah semasa di Uniten. Tunggulah tatkala 9 peguam akan membelasahnya.

Tak sabar la pulak!

Dr Buasir

Nota kaki:
Kalau bukan kerana Mahkamah Kangaroo ‘Linggam’, tentu sahaja Anwar dibebaskan pada perbicaraan itu kerana banyak saksi berbohong dan mengada-adakan cerita dengan sekongkolan polis dan pihak pendakwaraya.

Tukar Segera Canselor UNISEL

18 Jul

http://azakiyamani.wordpress.com/2008/05/31/tukar-segera-canselor-unisel/

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini mengenai keududkan Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Kelayakan Rosmah hanya sekadar sebagai isteri Najib Razak di samping beberapa kepandaian ‘luar biasa’ lain yang belum dapat dipastikan.

Saya kira sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Selangor melantik melalui anak syarikatnya yang mengendalikan UNISEL menobatkan Canselor yang baru. Seorang Canselor yang selayaknya.

Pada hemat saya calon yang paling sesuai ialah Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan $smail. Beliau adalah seorang doktor pakar. Pencapaian akademik beliau adalah cukup cemerlang sejak daripada universiti. Kelayakan yang beliau miliki cukup sesuai dengan status UNISEL sebagai instituti akademik yang diharapkan akan terus meningkat.

Masa untuk perubahan.

Aduan PR Selangor : MB, Exco & YB Semakin Jauh Dari Rakyat?

18 Jul

Rakyat Selangor hakimi Pakatan Rakyat
Oleh : Saidah Hairan

Jawatan adalah amanah besar bukan suatu penghormatan. Dalam konteks negeri Selangor, Umno yang memerintah selepas merdeka gagal melaksanakan amanah kepimpinan yang diberikan rakyat.

Kehidupan rakyat Selangor yang berada di depan dalam pelbagai segi termasuk pendidikan, telah menyebabkan Umno tersungkur dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu. Rakyat Selangor tanpa disangka telah menaikkan pimpinan PAS, KeADILan dan DAP menjalankan pentadbiran baru di bawah Pakatan Rakyat.

Perubahan minda tanpa disangka itu membuktikan kehebatan dan kesedaran rakyat Selangor yang telah keluar daripada kepompong benak politik yang selama ini dikuasai Umno.

Walaupun pemimpin silih berganti, budaya rakus, fitnah, tamak, rasuah telah menjadi darah daging dalam Umno. Mustahil bagi sesetengah pimpinan Umno meninggalkan perbuatan buruk itu kerana ia merupakan jalan pintas untuk mengumpul harta kekayaan daripada kelemahan rakyat.

Penderitaan rakyat Selangor bertambah pada era pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo. Beliau pernah membuat kenyataan terbuka dalam majalah Massa 26.8.2000 katanya; “Saya tidak tergoda pada kemewahan…pembangunan rohani akan diutamakan…”

Sejak Khir menjadi MB hingga Mac 2008 apa sudah berlaku di Selangor?

Berapa banyak laporan yang dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BRP). Berkali-kali aduan rasmi dibuat oleh penulis, Ahmad Lutfi Othman kerana mensyaki Khir Toyo terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Malangnya, kes ituditutup atas arahan pimpinan tertinggi parti.

Rakyat Selangor tanpa mengira bangsa dan agama lega dengan keputusan pilihan raya 8 Mac lalu. Mungkin selama di bawah pentadbiran Umno rakyat yang seolah-olah bernafas dalam lumpur, kini lega dan boleh menarik serta menghembus nafas sepuas-puasnya.

Umno Selangor tersungkur disebabkan pimpinan mereka yang terlalu angkuh. Merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga tidak mahu mendengar rintihan dan keluahan rakyat.

Walau besar mana pangkat dan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah, seseorang itu perlu banyak bermuhasabah daripada mana asal usul mereka. Apabila berada di atas, seseorang mesti tengok ke bawah, bukan mendongak lagi.

Kegagalan Umno yang ditadbir selama 50 tahun untuk terus bertakhta di hati rakyat perlu diinsafi oleh seluruh pimpinan kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor.

Ini kerana kuasa yang ada pada pimpinan PAS, KeADILan dan DAP negeri Selangor merupakan amanah besar daripada rakyat.

Harapan rakyat Selangor terlalu tinggi terhadap perubahan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta saf kepimpinannya.

Pastinya, rakyat Selangor tidak mahu sejarah hitam berulang. Selama ini rakyat Selangor mempunyai Menteri Besar, ahli Parlimen dan Adun yang kurang mesra rakyat dan hanya bertemu rakyat ketika menjelang pilihan raya iaitu minggu kempen.

Selama tiga hingga empat tahun rakyat dibiarkan sepi. Setiap hari rakyat menanti kehadiran Adun dan Menteri Besar ibarat menanti buah yang tidak gugur.

Ada saja alasan jika rakyat mahu bertemu di pejabat exco dan Menteri Besar. Sibuk, mesyuarat, melawat kawasan dan sebagainya adalah antara alasan yang sering digunakan oleh wakil rakyat Umno.

Apakah wakil rakyat PAS, KeADILan dan DAP juga mempunyai alasan serupa ketika mahu ditemui rakyat?

Rakyat tidak akan sanggup memanjat bangunan SUK di Shah Alam tanpa sebarang alasan konkrit untuk mengadu masalah.

Bayangkan rakyat yang tinggal di Sabak Bernam, Tanjong Karang, Banting terpaksa bekejar ke Shah Alam semata-mata mahu meluahkan masalah kepada exco dan MB.

Tanpa rakyat siapa ahli Parlimen, Adun dan MB? Jika mereka tidak mempunyai sokongan padu daripada rakyat, apakah mereka akan berada pada tahap sekarang?

Pimpinan Pakatan Rakyat wajar melaksanakan mesra rakyat jika mahu kepimpinan mereka terus dihormati dan disanjung tinggi. Keakraban tiga parti mentadbir negeri Selangor perlu diterjemahkan bukan sekadar slogan bagi menutup mata rakyat.

Segala masalah pentadbiran dan rakyat perlu dibincang serta diatasi bersama.

Sokongan pengundi bukan Islam telah menaikkan nama pimpinan PAS dan KeADILan. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk terus memberi perhatian serius kepada mereka dengan mengenepikan penyokong Melayu terutama penyokong tetap PAS.

Dikhuatiri jika mereka tidak dipedulikan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berkecuali dalam pilihan raya umum akan datang.

Sudah pasti penyokong Pakatan Rakyat tidak mahu mereka dizalimi.

Mungkin pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan melakukan perobohan surau, sekatan penceramah di masjid, rasuah serta penyelewengan.

Tetapi tidak mustahil rakyat akan dizalimi dengan cara ahli Parlimen, Adun, Exco dan MB tiada masa untuk senyum dengan rakyat, jauh sekali meluangkan sedikit masa untuk dikunjungi rakyat di pejabat-pejabat atau di pusat khidmat di setiap Dun.

Apa salahnya wakil rakyat membuangkan sedikit alasan sibuk dan mesyuarat jika dihubungi rakyat untuk membuat temu janji.

Ketika hari perasmian sidang DUN di Shah Alam, ada pegawai Kerajaan SUK meluahkan kekesalan kerana Khir Toyo baru sudi melemparkan senyuman kepada mereka.

“Ah..dah kalah baru nak senyum dengan kita orang…”,demikian antara luahan dilemparkan terhadap Khir.

Justeru, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat perlu meneliti, mengkaji dan mengambil iktibar mengapa rakyat menolak Umno?

Apakah rakyat Selangor mahu terus dizalimi? Dan apakah kerajaan baru Pakatan Rakyat hanya mahu mentadbir sepenggal saja…jawapannya ada pada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.