BPR siasat profesor Unisel didakwa tipu

19 Jun
April 5, 2008

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat seorang anggota pengurusan kanan Universiti Selangor (Unisel) bergelar profesor kerana disyaki memalsukan dokumen dan tandatangan bekas Naib Canselor universiti berkenaan untuk menyambung tempoh kontrak jawatan selama dua tahun. Perbuatan pensyarah berkelulusan bidang perancangan bandar itu dikesan Bahagian Sumber Manusia Unisel yang meneliti dokumen berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara itu, awal tahun ini. Sumber BPR memberitahu Berita Harian, berikutan itu, BPR mendapatkan kerjasama bekas Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr Adnan Alias yang menamatkan khidmatnya di Unisel pada Disember 2006 untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki berusia 50 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu kerana menjangka perkhidmatannya secara kontrak tidak akan disambung oleh pengganti Adnan iaitu Naib Canselor sekarang, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang memulakan tugas pada Ogos tahun lalu. “Dokumen itu menyatakan sokongan Adnan kepada lelaki berkenaan untuk menyambung kontraknya selama dua tahun lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, pelantikan jawatan pengurusan kanan seperti yang disandang lelaki berkenaan adalah tertakluk dalam bidang kuasa Naib Canselor. Bagaimanapun, Mohd Razali ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.
Orang yang dimaksudkan adalah Timbalan Naib Canselor Unisel sendiri. Hingga hari ini , BPR atau Pejabat Peguam Negara belum mengemukakan apa-apa pertuduhan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah jelas. Beliau merupakan kroni mantan MB, turut berkempen di DUN SG Panjang. Kini amat rapat dengan Pakatan Rakyat di Selangor. Pernah dilihat memeluk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Karyawan II di SUK Shah ALam. Amat rapat dengan YB Yaakoh Sapari .. mohon hati-hati … telah berjumpa dengan YB Dr Halimah, YB Datuk Dr Hasan Ali, YB Elizabeth Wong dsb. Masih ramai org2 mantan MB di agensi2 negeri Selangor. Mereka digunakan untuk memberi maklumat dan akhrnya mensabotaj kerajaan PR. Mengapa Tan Sri masih berdiam diri ? Bagaimana siasatan BPR? Mohon pantau mereka sebelum terlambat …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: