Kaji semula kenaikan, alasan terbeban dengan subsidi tidak dapat diterima – Presiden KeADILan

8 Jun

Kaji semula kenaikan, alasan terbeban dengan subsidi tidak dapat diterima – Presiden KeADILan

Khamis, 5 Jun 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Jun  (SK)- Presiden KeADILan merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan agar menimbangkan semula keputusan kenaikan 40% harga petrol yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri.

Katanya, pengumuman kerajaan ke atas kenaikan 78 sen seliter itu amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga rakyat terasa tertipu dengan kerajaan yang kononya simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.

“Alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat diterima rakyat,” katanya lagi.

Dr Wan Azizah menambah, kenyataan bercanggah beberapa menteri mengenai jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.

Menteri Perdangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri,Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.

“Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion,” katanya lagi dalam kenyataan yang diterima oleh kami.

Pada masa yang sama, Dr Wan Azizah berkata, rakyat maklum bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding dengan harga minyak mentah USD130 setong.

Menurutnya, Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan.

“Persoalannya kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan membebankan rakyat?” katanya lagi.

Jelasnya lagi, harga petrol boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi.
“Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi. Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus terbeban?” katanya lagi.
“Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura,Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan,” tambahnya lagi.

Katanya lagi, rakyat yang rata-ratanya akan membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan dan membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuhraya kini terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.
“Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk “double tracking railway project” yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi berdalih untuk membelanjakan RM13-15 billion bagi subsidi petrol. Kenapa tidak digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol,” katanya lagi.

adv_username = “keadilan”;
adv_gid = “keadilan_default”;
adtype = “468×60”;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: