Archive | June, 2008

Saiful Bukhari Azlan

29 Jun

Saiful Bukhari Azlan (left in blue shirt) and Khairil Annas Jusoh (right) work for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak.

Advertisements

Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 29 Jun 2008

29 Jun
29 Jun 2008
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

*

The police report lodged against me earlier today is a complete fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress. This is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and justice.

The report has been organized by interested parties to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained implicating IGP Musa Hassan and the AG Gani Patail in misconduct including fabrication of evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.

I urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We expect the media, the judiciary and the police force to all come under the direct and unchecked control of the executive.

My fellow Malaysians – we took a bold step forward on March 8th towards a new dawn for freedom and justice for all of our citizens. This people’s movement for change must go on with all of our strength and conviction.

ANWAR IBRAHIM

Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan

29 Jun
29 Jun 2008
Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.

Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.

Biro Penerangan
Parti KeADILan Rakyat

Untuk tinjaun selanjutnya dan berita terkini, sila layar ke laman Suara KeADILan

Fitnah Sodomi Cubaan Cemar Maruah Bakal PM Anwar Ibrahim

29 Jun

Cubaan untuk menjatuhkan DSAI sudah bermula. Akhbar-akhbar perdanan hari menyiarkan tuduhan liwat oleh pembantu beliau. Sejarah 1998 berulang kembali. Ini semua pada hemah kami bertujuan untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap pelbagai isu yang menghantui BN.

Lawaknya, terdapat percanggahan lokasi liwat antara Bukit Damansara & sebuah apartment mewah di KL. Imbas semula 1998 … Ingat lagi Tivoli Villa? Kejadian terbaru dikatakan berlaku 2-3 hari yang lalu ..bukankah DSAI baru pulang daru mengerjakan ibadah Umrah?

Ini dugan terbaru ke arah melahirkan Malaysia baru … bagi semua … banyakkanlah membaca Surah Yaasin serta Surah al-Fil … moga dugaan terbaru ini berjaya diatasi.

Sekian untuk kali ini …

Sisipan : Keadilan Online

Ahad, 29 Jun 2008 •

Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua menyanggah fitnah terbaru yang dilemparkan terhadap Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sebagai tindakan terdesak dan bertujuan mencemar maruah pemimpin reformasi itu. “Tuduhan ini jelas satu cubaan jahat dari pihak-pihak yang terdesak mahu menjatuhkan Ketua Umum Anwar Ibrahim, ketika Pakatan Rakyat semakin hampir membentuk kerajaan rakyat,” tegas Tian Chua. Sekitar jam 5 petang tadi, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Brickfields terhadap Anwar Ibrahim. Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan, pengadu menuduh Anwar Ibrahim meliwat setiausaha peribadinya. Ini adalah kali kedua tuduhan sedemikian dibuat. Pada tahun 1998, tuduhan yang sama dilempar terhadap Anwar Ibrahim sebagai asas kepada pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pemecatan Anwar Ibrahim membawa kepada kebangkitan ‘Reformasi’ – terdiri dari jutaan rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan berunsur politik itu. Mahkamah menggugurkan tuduhan tersebut pada 6 November 2006. Hakim Nursinah Adzmi membebaskan Anwar Ibrahim dan Sukma Dermawan Sasmitad Madja selepas Peguam Negara Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kerajaan tidak mempunyai bukti membuktikan perilaku sumbang itu pernah berlaku. “KeADILan kesal pihak-pihak tertentu masih menggunakan fitnah jahat ini. Anwar Ibrahim telah dibuktikan tidak bersalah, dan Mahkamah akan membuktikan tuduhan terbaru ini juga tidak berasas sama-sekali,” kata Tian Chua.

Tan Sri & Unisel … mengapa bertindak begini?

28 Jun

Salam Tan Sri …

Izinkan kami merujuk kepada pemecatan NC Unisel seperti yang tersiar di media cetak dan eletronik. Dalam kppr membincangkan kemelut UNISEL terutama salah laku TNCnya, kami dikejutkan dengan pemecatan NCnya pula. Lantas, Tan Sri mengumumkan pemangku jawatan tersebut iaitu Prof. Dr. Khalifah Othman. Tahniah YAB Tan Sri Khalid. Kepeutusan yang cukup ‘bijaksana’. Pemenangnya ? Suku-sakat UMNO Selangor terutama penyokong mantan MB KT. Tahniah kerana bejaya mengecewakan para penyokong PR yang bermati-matian menyokong Tan Sri selama ini. Kami turut sama-sama kecewa ketika pilihanraya kecil Ijok … turut bergembira ketika kemenangan PR di Selangor. Secara ikhlas, kami amat mengharapkan kerajaan PR yang amat-amat hebat. Namun …. setelah lebih 100 hari … muncul pelbagai masalah … pelbagai desas-desus kedengaran tentang Tan Sri … kini timbul pula masalah UNISEL.

Tan Sri … bukanlah niat untuk menyokong Dato’ Razali … kami tau sejarahnya di UM … segala masalahnya selama ini … apa yang dibuatnya di Ijok … tetapi berbaloikah memecat beliau ? mahupun menamatkan kontrak beliau … lupakah pemecatan artifak muzium tempoh hari ? PR terdedah lagi dengan serangan BN … lupakah dengan kes Pak Ya? Kes Wang Derma Sambutan 100 Hari? Perlantikkan Ahli2 Majlis? Khir Toyo tersenyum sinis lagi … Malah semakin hari semakin lebar senyum beliau … Tan Sri Mike Tyson pun menunggu masa.

Mengapa tidak siasat secara mendalam apa yang berlaku di UNISEL. Telitilah apa yang sebenarnya berlaku … lihatlah dari akar umbi. Janganlah hanya percaya kepada orang-orang sekeliling Tan Sri yang selama ini turut membantu Khir Toyo. Cukuplah Tan Sri. TNC dan orang-orangnya yang bermasalah dan dalam diam-diam menentang Tan Sri ditatang, dibiarkan bergembira. Malah orang yang pernah mempersendakan PR dilantik memangku jawatan NC. Lupakan Tan Sri kepada pendokong reformasi 10 tahun lalu yang ramai dalam UNISEL? bagaimana dengan mereka yang baru berjinak-jinak dengan PR? Mungkinkah mereka beralih sokongan semula? Bagaimana dengan para pelajarnya ? Ramai pelajar merupakan pendokong PR. Tidak kurang juga yang berjuang semasa PRU12 untuk PKR. Mungkin Tan Sri tidak peduli . Ye lah … Tan Sri bergelar jutawan. Orang senang. Andai kerajaan PR tumbang selepas inipun , Tan Sri tetap senang. Tapi, bagaimana orang2 marhain macam kami?

Masalah UNISEL tidak selesai dengan pemecatan Dato’ Razali. Malah bertambah masalah dengan tindakan terbaru Tan Sri. Maka kecewalah kami sekali lagi. Terima Kasihlah YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Dato’ Menteri Besar Selangor.

YB Yusmadi Yusoff (PKR – Balik Pulau)- Siri 1

21 Jun

PERSONAL

Yusmadi merupakan seorang pengamal undang-undang, penulis, penganalisa politik, aktivis masyarakat dan Ahli Parlimen. Anak kelahiran Kampung Jalan Bahru, Balik Pulau, Pulau Pinang dari sebuah keluarga yang susah (kisah beliau telah ditulis di dalam sebuah artikel bertajuk Dari Balik Pulau Ke Washington D.C. di Majalah Al Islam keluaran Februari 2006 dan diceritakan di dalam sebuah dokumentari bertajuk The Neighboring Country Story oleh Saluran TV Pheonix, Hong Kong). Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok, Balik Pulau.

Kemudian melanjutkan pelajaran menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Yusmadi kemudian menyambung pelajaran di dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2006, terpilih mewakili Malaysia untuk biasiswa berprestij daripada kerajaan Amerika Syarikat dan dilantik sebagai Hubert H. Humphrey Fellow Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di mana beliau juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Undang-Undang (LL.M) di American University Washington College of Law di Washington D.C.. Seorang peguam yang banyak mengendalikan kes-kes hak asasi manusia, hak awam dan jenayah melibatkan tokoh-tokoh dan selebriti terkenal tanah air. Merupakan Rakan Kongsi di sebuah firma guaman di Petaling Jaya dan Fellow di Institut Kajian Dasar (IKD). Karya-karya penulisan beliau banyak disiarkan di akhbar-akhbar tempatan melalui kolum Dengan Izin.

Baru-baru ini beliau telah terpilih sebagai Sarjana Demokrasi & Pembangunan oleh Pusat Demokrasi, Pembangunan & Negara Hukum di Universiti Stanford di California.

Di dalam Pilihanraya Ke- 12 baru-baru ini Yusmadi telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Strategi & Hal-Ehwal Antarabangsa Angkatan Muda KeADILan (AMK), Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Tiada Ijazah : Mengapa Rosmah Mansor dilantik Canselor UNISEL?

19 Jun

(Harakah) – Perlantikan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) dipersoal dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini.

Unisel ditubuhkan dan dimiliki oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pada tahun 1999 dan merupakan universiti pertama yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Isu itu dibangkitkan oleh Adun Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2008 baru-baru ini yang mahu memberi perhatian kepada kualiti barisan kepimpinan Unisel yang amat penting untuk melahirkan graduan-graduan yang berkualiti.

Beliau tertarik dengan hala tuju Unisel untuk tahun akan datang di mana beliau berpendapat potensi universiti ini perlu dikembangkan dengan segera agar negeri Selangor dapat melahirkan sumber manusia yang berkualiti tinggi.

Katanya, beliau begitu prihatin terhadap barisan kepimpinan Unisel yang dianggotai oleh individu-individu yang tidak mempunyai kelayakan akademi yang diperlukan untuk memimpin Universiti.

“Contohnya perlantikan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri sebagai Canselor Unisel.

“Beliau tidak mempunyai sebarang Ijazah Kedoktoran Falsafah langsung. Saya ingin bertanya sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa,” katanya ketika berucap di Sidang Dun.

Sebelum itu beliau yang juga Setiausaha DAP Selangor turut mendedahkan laporan bahawa terdapat seramai 42 mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang pernah menjadi calon pro-BN yang menginap di sebuah hotel empat bintang di Petaling Jaya sebagai sebahagian daripada tanda terima kasih pihak kerajaan.

Mahasiswa-mahasisiwi tersebut menyertai pilihan raya kampus yang berlangsung pada 21 September 2006 yang lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa pejabat Menteri Besar Selangor pada masa itu telah menjelaskan bil yang berjumlah lebih daripada RM5,000 untuk calon-calon yang menginap di 32 bilik termasuk beberapa bilik eksekutif di tingkat tertinggi hotel tersebut dan dalam masa sama menjamu selera di restoran hotel tersebut.

“Saya meminta Menteri Besar dapat menyiasat perkara ini biarpun jumlah wang yang terlibat adalah sedikit kerana walau macam mana sedikitpun, wang ini tetap merupakan wang rakyat negeri Selangor,” katanya.