Luahan Pelajar UNISEL – Uncut Version

15 Jul

Ini adalah luahan kes yang biasa kita dengari dari kolej atau universiti Malaysia, Kiriman daripada pelajar UNISEL:-

http://www.youtube.com/user/buginese501 SAYA ****** no kad pengenalan ****** adalah seorang pelajar di Universiti Industri Selangor (Unisel) yang ingin mewakili semua pelajar tidak kira di kampus Bestari Jaya atau Shah Alam. Saya terkilan kerana banyak perubahan dan pengurusan universiti yang dilakukan di kampus atau hostel itu membebankan pelajar, khususnya dari segi kewangan. Memandangkan pentadbiran dibawah Setiausaha Kerajaan negeri Selangor telah bertukar tampuk pemerintahan yang baru – yang bukan Barisan Nasional(maka UNISEL di bawah SUK Selangor) , saya berasa surat ini bertepatan rasanya bilamana pihak editor boleh menyampaikan permasalahan ini kepada Tan Sri Khalid bagi pihak kami pelajar disini. Biar saya mulakan permasalahannya disini, (berkenaan yuran) pelajar dikenakan bayaran perkhidmatan teknologi maklumat (ICT) yang tidak munasabah, iaitu RM100 untuk setiap semester (1 semester maksima hanya 5 bulan), dengan alasan tidak masuk akal seperti yang tertera dalam laman web rasmi Unisel dengan nombor rujukan UNiSEL/NC/SK-int/05. Antara alasan yang diberi adalah pelesenan perisian, penyediaan perkhidmatan portal pelajar dan e-mel (dibuat secara percuma menggunakan website Google), capaian internet tanpa wayar (tapi tidak wujud langsung di mana-mana kawasan kampus ), dan penyelenggaraan peralatan ICT (mustahil kos penyelenggaraan terlalu tinggi berikutan keuntungan yang diambil daripada beribu-ribu pelajar). Selain itu, pihak universiti juga mengenakan bayaran sewa penginapan dalam kampus yang sangat mahal iaitu RM800 untuk satu semester tanpa kemudahan internet walaupun mempunyai kemampuan hotspot TMNET dan tanpa pengawasan keselamatan yang tinggi. Akibatnya, saya telah kehilangan sebuah motorsikal bernombor plat BCY3410. Saya juga pernah mengadu kepada timbalan naib canselor UNISEL itu sendiri namun tiada tindakan atau bantuan pun yang diberikan sekalipun saya mengesyorkan agar pemasangan CCTV di lokasi bermasalah kampus dilaksanakan. Walaupun menyediakan pengawal keselamatan yang agak ramai, namun tahap pengawasan diasrama dan kampus masih tidak effisien dengan bilangan itu. Harap ada pihak peka terhadap hal ini. Itu belum kira segala kerosakan yang bukan disebabkan oleh pelajar, seperti paip air lama, gelongsor tingkap ketat, masalah serangga dan pengutipan sampah tidak mengikut jadual. Saya berani tampil untuk mengatakan yang tahap kualiti binaan hampir keseluruhan bangunan UNISEL amatlah teruk. Pelajar yang mendaftar pada semester baru, iaitu pada Disember lalu pula dikenakan caj RM1,000 untuk penginapan dengan alasan RM200 ditambah sebagai deposit untuk kerosakan dan sebagainya. Malah, ada segelintir pelajar baru juga tidak mendapat tempat penginapan walaupun sudah membayar penuh RM1,000, dengan alasan, sudah penuh. Saya ingin bertanya, ke mana wang deposit itu kemudian? Masalah yang terbaru mula menimpa lagi bila kesemua pelajar yg mempunyai tunggakan yuran diwajibkan untuk menjelaskan baki yuran sebelum tiba minggu peperiksaan akhir walaupun pihak UNISEL telah pun membuat pemotongan terus dari akaun pelajar sebanyak RM7900 bagi kursus ijazah. (tidak pasti untuk kursus diploma). Tidak cukup dengan seksa itu, kami diberi kata dua samada jelaskan baki yuran, atau dinafikan untuk menduduki peperiksaan akhir yang hanya tinggal lebih kurang seminggu (waktu itu 31 March 2008 kerana syarat menduduki peperiksaan dimestikan ada slip exam, dan slip exam hanya boleh diperolehi jika selesai melunaskan hutang tertunggak). Masalah timbul lagi bila pihak UNISEL sedikit tidak berkompromi atau mendengar rayuan pelajar agar dikecualikan kerana pemotongan PTPTN telah pun dilakukan. Diharap pihak pentadbiran kampus dan pihak berwajib melihat perkara ini dengan serius kerana masalah kewangan yang ditanggung pelajar sangat besar dan membebankan, terutama jika ibu bapa pelajar daripada golongan susah. Lihatlah jika berlaku kemungkinan penyalahgunaan wang pelajar. p/s saudara timbang2 la sendiri, pada saya takkan pokok bergoyang klu tiada angin yg bertiup. UNISEL semena-mena je nak wat itu la ini la.. mcm2.. xde nyer dia buat camana nak tingkatkan mutu akademik. tau nak yuran.. yuran.. yuran.. dah la aku org susah (serius)..

13 Responses to “Luahan Pelajar UNISEL – Uncut Version”

  1. senior October 12, 2008 at 10:28 pm #

    UNISEL ? yuran time aku dijanjikan adalah RM200 satu jam credit … tapi bila dah tahun 4 … yuran tetiba jadi rm250 satu jam credit … elok2 takde hutang dah jadi hutang pulak… tak tau le lain kali tetiba lak naik 300 … pastu dah blaja 4 tahun naik lagi 350 … kata nak mesyuarat.. dah banyak kali mesyuarat.. keputusan mesyuarat zero … pihak UNISEL sila tgk balik senior2 nih.. dah abis blaja lama dah.. jangan sampai aku dah jadi orang besar …aku carik balik kepala2 yang naya aku… banyak cite takder .. tuh court punya cite .. jawap la sendiri.. elok2 korang dah tua … dah susah nak naik turun court … pihak UNISEL yang kat atas tuh sila baca

  2. EX-STud unisel December 12, 2008 at 9:19 pm #

    Saya setuju Unisel ada masalah pentadbiran utk pelajar. Tetapi alasan anda kurang kukuh dan tiada homeworks. Contoh:
    Masalah:
    1. Yuran ICT
    Jawapan: Mana2 ipt/ipts telah mengenakan caj ICT cuba check kalu tak caya
    2.Internet tanpa wayar tiada
    Jawapan:Internet tanpa wayar ada, yg awak sebut hotspot tu aper kebendanya
    3. Budak baru tiada asrama
    Jawapan: Unisel tlh maklum yg asrama terhad. Bile suruh hantar borang booking asrama tak buat. mmg lah penuh, org berebut. anda vip, tau dtg nak ade jer. takkan anda nak potong que
    4. pemotongan ptptn
    J: slalu nyer pemotongan ptptn dibuat. tapi sbb budak repeat subjek, caj terlebih ptptn tak cover. dulu ptptn potong penuh tanpa bahagi pada unisel, budak abiskan duit. ada kes, budak mintak refund, katanye mak nak pakai utk gi Mekah, ada yg kate parent nak pakai d/p keta.
    5. Saya sokong anda complaint tapi buat lar homeworks ngan suma pelajar, ni cekap hentam kromo, awak ingat tansri nak dengar ker hujah awak camni..

  3. student unisel April 23, 2009 at 8:27 pm #

    homework ye?

    wireless tu, dlu dijanjikan ade kat hostel. xsume block hostel dpt bang. check pamplet ye. kesian gak, aku balik kelas tgk bdk2 melepek kat rotunda fsp tu.

    yuran. ade 25% student xde tunggakkan. then ble nk p baya yuran sem (nk dekat exam la tu), bile p je, brader kat counter tu ckp, “ye, tunggakkan awak 4000 hengget ye, minimum kene baya, ha, 1/3 dari jumlah itu.” bile disuruh kire balik… “oh, silap, ye, ade kesilapan kat sini.”, even yg ade tunggakkan pon, kene gak. kes ni da dr bulan 7 tahun 2008 camtu start. tu yg ade kene maki tu. seb baik hari tu x jadi rusuhan.

    masalah lain. online subject registration. aku rase, mcm xpayah ade je kalo dorang nk mintak gak manual form. tp, ‘cool’ gak la bole register online, peh tu ble da tengah sem, lecturer ckp “ahmad, name kamu xde dalam sistem ye”

    masalah lain. aku kene baya 50 hengget utk matrik kad yg sepatutnye aku dpt free. ade plak brader kat counter tu ckp aku kencing resit. “ni resit lame ni, lu nk tipu ni”.. bile aku da baya 25 hengget, 2 kali ye, aku apply lagi skali, brader tu ckp “eh, awak baya 2 kali yeh?” cane wat keje beb? tau nk maki je, janji ade chance sket.

    oh, ha, setahu aku, exam unit xleh charge pape kalo kite lewat amek slip result. tu keje die simpan. apehal plak nk pau 5 hengget kalo aku nk amek slip result aku yg blom di ambil. pendapat aku je la.

    hostel tu, x mungkin ade masalah, sebab skang dorang ngah sebok iklan, hostel byk kosong, sebab budak ramai lari. sape nk dok dlm unisel tu beb, unless tepakse je.

    member aku ade ckp dlu, lepas 3 tahun dok sini same2 “Unisel, pantas dan efficient nye~”, buat aku nk tgelak.

    oh ye, UNiSEL, not a good place to further what you’ve got in that brain~

  4. student unisel bj May 17, 2009 at 3:15 pm #

    bismillah.. salam.
    mana2 universiti pun ada masalahnye. tp di unisel, sy yg tak berapa mengambil berat ttg unisel telah perasan bbrp perkara yg membuatkan pelajar slalu mengamuk. contoh :
    1.bayaran pendaftaran setiap semester : dipersoalkan knp setiap sem nak kene byr
    2.yuran tersalah potong oleh pihak unisel : ada terlebih potong, nak refund punyer la lame. begitu gak menyusahkan student nak pergi pulang balik duit di canseleri
    3.wireless tak menentu : alhamdulillah ade gak wireless tp tak 100% berkesan utk sume pelajar, so pelajar rasa rugi la
    4.keselamatan : even guard byk tp kes kecurian tpp ada. nak wat cane nih? sikap student ke?
    5.facility di unisel dah teruk. byk kerusi rosak. aircond takyah cerita. tingkap pecah. langsir hancur. ok la ni sikap pelajar gak ni. tp aircond rosak punye la lame nak repair. bile dah repair pun still air menitik la, tak sejuk la. membuatkan suasana pembelajaran tak kondusif lgsg. mula la pelajar tak dpt tumpu perhatian.
    6.ohye sistem penerimaan pelajar di unisel amat la longgar. tu pasal ramai repeater . series!! aku penah dgr student tak brp perfom di SPM/STP still dpt masuk unisel. janji byr yuran sudah.
    7.urusan di canseleri byk menyakitkan hati. kalau beratur pagi, petang belum tentu selesai. kdg smbg sampai ke esok pagi. ni kes ujung2 sem la. nasib baik aku rajin wat awal2. tu pun take time ke tengahari gak huhuh.
    8.harga makanan di fakulti pengurusan industri cekik darah. dah ngadu kpd dekan tp smpai skg terpaksa rela beli makanan kat situ. byg la mee grg bodoh2 letak telur 3 ringgit. sikit je tu.
    9.susunan kelas macam haram. kadang 5 subjek diabehkan sehari. budak2 mule tak focus dah.
    10.library tak cukup bahan dan aircond tak kuat.

    erm tu 10 jek, yg lain off the rekod lagi la tak terkira. student tau nak develop universiti yg bagus perlu sumbangan dan penglibatan sumer pihak. tp kalau management pun cam haram, camne la student nak ikut. bak kate perpatah guru kencing berdiri, anak2 murid kencing berlari laa.

  5. Student batch 2005 September 14, 2009 at 2:41 am #

    Aku lg kecewa dgn unisel.. First year degree tak semena- mena ptptn aku tak dpt.. aku pun pelik gak.. result ok je… bila check2 kat HEP diorg kata tape, tahun dua diorg akan pastikan aku dpt… ok la mcm tu.. sbb tyme tu satu jam kredit rm150, boleh la cover..

    masuk tahun 2 aku check tgk yuran aku dh jd rm250 perjam kredit… dh la tu semua tunggakkan aku yg dulu rm150 jd rm250.. aku tension siot.. tyme tu unisel ngaku diorg silap diorg bg aku masuk exam… then diorg betulkan balik harga kredit perjam aku tu..

    Bila dah abis degree, aku pi kat bendahari tyme tu yuran aku ader tunggakan rm7k… aku tau aku takleh bayar terus jd aku pi cari keje then kumpul dlm rm 3k nak banyar ansur…

    tibe2 aku terkejut diorg kata yuran aku rm24500, logik tak sedangkan aku dh abis belajr tp yuran aku leh tunggak bnyk tu…

    dah ni aku skrg tader slip keputusan pun.. susah nak cari keje yg gaji tggi tader kelulusan.. aku terkilan sgt ngn unisel ni sbb aku dah abis belajar dah tp slip result tak dpt…

    pastu aku pernah keluar kan duit dekat2 rm1000 nak anjurkan “Klinik martial arts”. Mula2 diorg kata diorg tgh minta sponsor dr SUK nnti bila dah dapat diorg akan bayar balik tp smpai skrg tak dapat.. malah dah burn pun…

    Smpai skrg ni pun aku cri keje cuma melalui rekemen dari lecturer aku bahwa aku student degree.. ader company percaya, ader tak… aku susah, family aku dah la bukan org berada.. semua harap dan tggu aku nak konvo tp tak kesampaian, atok aku dah meninggal dunia, dia nak sgt tgk aku pakai jubah konvo tp tak kesampaian.. sepatutnya tahun lepas aku konvo mesti dia dpt tgk…

    Aku dah ilanng semangat.. mane nak cari rm 24500… ayah aku persara tentera dan mak aku bukak warong… aku tak tau la..

    aku harap sgt pihak unisel dpt bantu aku,, at least keluarkan slip result aku pun tape.. biar aku dpt keje then aku bleh byar ansur2…

    • Anonymous April 12, 2010 at 5:54 pm #

      x sangka btl……saya sgt kesian dgn awak…….apa nk buat nsb student unisel smua sama je
      skrng pun kecoh nk pg bb tp kita org tingl 2 sem je……nk bt tesis skt kepala……pindah sini sana…….x th la nk ckp apa………..kalau semua kemudahan ada x pe tp x ada apa2 pun surh pg jg…………lps tu top management x buka mulut pun pasal ni……..apekehek crt…..

  6. senior stud February 4, 2010 at 8:14 am #

    PKR = PKM

    Janji nak tolong kami. mana pergi janji. kami stud di sini terkapai-kapai. semua pakai duit. mcm2 yuran lagi. kita semua asal susah. kadang2 cuti kene kerje. offer macam2. last2 tong kosong. tolong perbaiki taraf pendidikan di unisel. terima kasih

    • kppr July 28, 2012 at 5:38 am #

      telah disampaikan kepada pihak yang berwajib sejak sekian lama….

  7. Anonymous October 10, 2011 at 5:09 pm #

    kalau cm tu pentadbiran kat unisel,,,, tutup ja…

  8. Kak ila April 21, 2012 at 2:09 pm #

    Apa pendapat korg sebagai ex student Unisel utk pelajar baru cam anak saya yg akan dapat tawaran ke Unisel ni..comment please..

    • kppr July 28, 2012 at 5:33 am #

      Dari segi akademik, program-program UNISEL rata-rata tiada masalah. Masalah di UNISEL dikatakan tiada kaitan dengan kualiti akademik dan program yang ditawarkan.

  9. Anonymous May 19, 2012 at 4:51 pm #

    takutnya dengar… baru planing nak future degree kat unisel …ish …mcm nie plak jadinya…

    • kppr July 28, 2012 at 5:31 am #

      Setiap IPT pasti punya masalah tersendiri. Tak perlu takut jika tahu salauran yang boleh digunakan sekiranya merasa tidak puas hati. Yang petih sentiasa punya sikap positif untuk menuntut ilmu dan mencari inspirasi demi untuk berjaya Insya ALLAH pasti berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: