Kelab Penyokong Pakatan Rakyat

KPPR akan KEMBALI !!!!!

October 8, 2009 · Leave a Comment

Setelah menyepi sekian lama, kppr akan kembali dengan penjenamaan semula dan bersama pasukan lebih mantap … nantikan detiknya … pelbagai topik & isu sensasi dan kontroversi. Tumpuan kan lebih tertumpu di negeri Selangor.

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Naib Canselor baru UNISEL versi 2009

March 14, 2009 · 1 Comment

Prof. Datuk Dr Rosti Saruwono

dr rosti
Memulakan tugas di UNISEL pada 2 Mac 2009.

Sedikit Biodata Beliau :

Datuk Dr Rosti Saruwono was the Vice President, Education Division, PETRONAS . Prior to this he was the Rector/Chief Executive Officer of Universiti Teknologi PETRONAS. He was also the MD/CEO of Institute of Technology Petronas Sdn. Bhd. the company that plans the establishment of the University since 1995.

Datuk Dr Rosti received his B. E. (Mechanical Engineering) from the University of Queensland, Australia in 1973. He then started his career with the Ministry of Labour and Manpower as the Principal of the Industrial Training Institute, Kuala Lumpur from 1974 to 1980. In mid 1980 he joined PETRONAS as the Section Head of Technical Training.

He was later (1985) appointed as the Manager of Institute Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP), Kuala Trengganu after obtaining his MBA from the Henley Management College, Brunel University, United Kingdom. Later on, Datuk Dr Rosti joined the Group Manpower Planning and Development Department as its manager before being appointed as Deputy General Manager, Human Resource Division from 1988 to 1990.

From 1990 to 1993, Datuk Dr Rosti did his Ph.D. in Business Studies at the Henley Management College, Brunel University, UK where he as also a Research Associate. Upon returning to Malaysia, he was appointed as MD/CEO of PETRONAS Management Training Sdn. Bhd. Subsequently in 1995 he was appointed as the MD/CEO of Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. to spearhead the establishment of Universiti Teknologi PETRONAS.

Datuk Dr Rosti’s other qualifications include certificate in Non-Formal Education (Philippines, 1979) and Post Graduate Diploma in Petroleum Management (Oxford, 1983). He had also attended several management course including the Senior Executive Program of Columbia University, New York.

P/S KPPR mengucapkan selamat menjalankan tugas. Harap dapat bertugas dikedua-dua kampus. Panas kerusi NC UNISEL ni.
1. Bagaimana agaknya NC baru UNISEL nak menyatukan pihak pengurusan tertinggi dengan kakitangan serta pelajar UNISEL? Pelbagai isu berbangkit perlu diselesaikan dengan tekus dan bukan dengan janji-janji manis dan indah.
2. Pelbagai masalah dalam zaman BN di UNISEL perlu dirungkai segera sebelum terus menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat.

→ 1 CommentCategories: IPT PR Unisel

Bekas Timbalan Naib Canselor Unisel ditahan

March 14, 2009 · 1 Comment

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) kerana disyaki menggunakan dokumen palsu bagi melanjutkan kontraknya.

Beliau yang berumur 55 tahun ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes itu di pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Syukri Abdul berkata, bekas Timbalan Naib Canselor itu menggunakan dokumen palsu tersebut tahun lepas.

“Beliau tamat kontrak sebagai Timbalan Naib Canselor di universiti terbabit pada 2007, bagaimanapun menggunakan dokumen palsu untuk menyambung perkhidmatannya dalam jawatan yang sama pada 2008.

“Sekarang beliau bertugas di sebuah universiti awam di Lembah Klang dan akan dituduh Isnin depan di Mahkamah Klang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. BERNAMA

→ 1 CommentCategories: IPT PR Unisel

Benarkah Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali Pegawai Khas kepada Jamaluddin & Osman ?

February 4, 2009 · Leave a Comment

Oleh Amin Iskandar@Black

Saya baru menerima sms daripada seorang teman yang tinggal di Perak.

Dalam smsnya, teman tersebut berkata,

“orang-orang yang mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu bukanlah pegawai khas kepada kedua-dua exco tersebut. Kenyataan tersebut boleh dicabar kerana kedua-dua exco kerajaan negeri Perak tersebut tidak mempunyai sebarang kenyataan sendiri”

Semalam Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai khas kepada kedua-dua exco terbabit mengedarkan kenyataan kepada media tanpa kemunculan kedua-dua exco terbabit.

Saya menelefon teman terbabit untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini. Teman saya memberitahu bahawa informasi yang beliau terima adalah melalui salah seorang pegawai khas kepada exco yang lain di Perak.

Menurut teman saya lagi, Firdaus Saharuddin yang mendakwa dirinya adalah pegawai khas kepada Jamaluddin Mat Radzi adalah seorang kontraktor di Behrang dan merupakan ahli Umno disitu.

Cerita ini juga telah menjadi buah mulut rakyat negeri Perak menurut teman saya lagi.

Sejauh manakah kebenarannya?

Apakah Firdaus Saharuddin dan Puzi Ghazali dihantar oleh Umno untuk membuat kenyataan bagi pihak Jamaluddin dan Osman?

Kita tunggu dan lihat. Kebenaran pasti akan terbongkar.

→ Leave a CommentCategories: Uncategorized

Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud , Speaker ada bukti – MB Perak

February 2, 2009 · Leave a Comment

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

“Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

“Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

“Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut,” katanya.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu.

“Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.

→ Leave a CommentCategories: Perak